Thursday 5 February 2015

# 3 in 1 story #

Assalamualaikum...


Sumber google

Baru tadi budak A ajar aku nak donlod criter kat torrent.. sebelum ni ade je u torrent kat laptop aku guna sebelum ni.. abang aku pun guna laptop tu tuk download Merlin.. setelah aku merengek nak citer tu.. hahaa.. criter faveret aku tuh..tapi ending hampehh tol.. laptop tu lappy warisan akak aku punya.. tapi dah kene curik lerr.. siap ngan hardisk yang abang aku bagi lagik.. dah la banyak bende dalam tuh.. sedih gilerr.. T.T.. so kena la install yang baru.. ermm.. baru aku tau banyak jer criter boleh download kat torrent ni.. hahaaa~

Tapi bukan benda tu yang aku nak criter... 3 hari lepas.. 

Ija: Kak, buka wechat sekarang.. ade ke patut Ana nak pindah U gara2 mamat tuh. (mesej)

Then aku pun buka la cepat2.. kat group chat tu nampak jer kewujudan diorang.. ingatkan bincang pasal bende tu.. sekali main sticker daa.. -.-' .. aku punya la susah hati... aku pun join la main sticker jugak.. hahaa.. then dapat noti wasap dari Ija (private.. biasa kat group).. budak tuh bagi screenshot perbualan dia dengan Ana.. dalam tuh ada la si Ana ni berhajat nak pindah sekiranya dia betul2 break dengan pakwe dia..

Sebelum ni.. sebelum dia kapel.. sebelum dia jumpa mamat tuh.. dan sebelum2nya lagi.. aku dah bagi nasihat dah dengan budak Ana ni.. tym tuh dia tengah kapel dengan pakwe kat kampung dia.. dia selalu cakap dia ni dah matang.. dalam bab kapel dia lah yang paling tererr.. sampai aku yang tua dari dia pun kalah sebab tak pernah kapel.. *grrrrr* tapi malangnya itu hanya kata2nya saja.. kematangan ni boleh dilihat dari segi pemikiran bukan dengan gaya pemakaian atau pun tingkah laku.. tu pendapat aku laa.. gaya pemakaian dia agak matang sikit la dari aku.. *so what?!hahaa*

Style budak Ana ni kapel.. betul2 membuatkan aku teringat kat zaman2 skolah.. kekekee.. dia maen bedal je mamat2 yang ajak dia kapel.. cumanya dia ni mula kapel masa form 6.. kira dah besar panjang dah la.. berbanding umur PMR, SPM.. nasib lah yang ajak ni pun tak de la ramai sangat.. kalau ramai aku tak tau la macamna..

Jenis pemikiran dia ni.. 'lebih baek terima orang yang sayang kat kita daripada kita yang sayangkat orang tuh'... well.. ada betulnya dan ada juga salahnya.. apa gunanya terima orang tuh kalau hati kita tak de kat orang tuh langsung? kalau ada sikit pun.. kita akan bosan dengan orang tersebut kalau kita tak menerima dia seadanya..

Ana: isyhh.. bosan la kak.. asyik tanya benda yang same jer tiap2 hari.. 'buat apa?' 'dah makan ke belum' 'jalan dengan sape'.. bende2 tuuu je..

Pandai pula bosan.. tapi bila tak mesej mula lah..

Ana: eeee! kenapa dia tak mesej ni kak? selalunya tiap2 malam dia akan mesej.. tak pun call.. 
*dah sudaa tanya aku pesal?*
Aku: larr... hari tu kata mesej bosan la, ape laa.. ni tak mesej mencari jugak..
Ana: bosan sebab dia tak paham apa yang Ana nak... ni tak mesej ni layan perempuan laen ke ape?!
*what the ..... -.-' *

Aku memang tak paham jenis budak ni.. buat tu tak kena.. buat ni tak kena jugak.. well perempuan memang macam tu.. dan aku pun macam tu jugak.. hahaa.. tapi at least aku ni tak de la macam budak ni..

Ana: Ana nak dia ada selalu dengan Ana.. kalau dah jauh pun selalu la call.. Ana nak dia bagitau kesemuanya setiap hari.. blablablablablaaa~

Bila budak ni cakap macam ni.. terus aku bangkah pendapat dia.. well dia kena paham lelaki ni bukannya suka sangat nak melapor apa2 benda kat awek dia.. kalau ada pun sangat la sedikit.. tambah2 lagi nak selalu bersama2 dengan dia *selalu dating* .. aku pantang betul pendapat dia yang ini.. bebuih jugak la mulut aku ceramah budak ni.. alih2 dia cakap " eeee...kenapa pendapat akak dengan pakwe Ana same je? dia selalu cakap macam tu kat Ana" -.-' .. umo 22+pemikiran yang still budak2 VS umo 28+pemikiran lelaki yang dah matang(kot) .. dah memang laa berlainan pendapat.. keinginan pun laen2.. 

Kepala budak ni lagi memang laen dari aku.. bila aku kata A dia kata Z.. dari awal perkenalan sampai sekarang budak ni selalu buat aku membebel.. dah tu cakap "rileks laa akak.." chehh! dah buat darah aku naek boleh plak suruh aku rileks.. yee.. aku tau perbezaan pendapat tu mesti dan normal.. aku sedaya upaya nak menerima perangai budak berdarah A ni.. hahaa.. kitorang ni walaupun selalu gaduh.. kadang2 kawan kelas kitorang tengok kitorang bercakap pun macam bergaduh.. hahaa.. tapi sebenarnya ini lah yang membuatkan hubungan kami bertambah rapat.. sekarang ni lepas je dari aku ceramah kaw2 kat dia pasal problem dia dengan pakwe dia yang baru.. baru lah dia tau betapa berharganya nasihat dari orang yang dulu makan garam ni.. bak pepatah Ija.. hahaa..

Apa yang aku cakapkan pun tuk diri dia juga.. sekarang ni bukan masa busy nak bercinta bagai.. kalau di takdirkan dia pun turut mempunyai perasaan yang sama dengan orang yang mengajak menjalinkan hubungan.. aku tak kesah sangat.. walaupun kalau bagi aku.. aku tak nak dia kapel dengan mana2 lelaki.. tapi aku hanya manusia biasa.. iman aku pun tak tebal mana.. aku takut nak membenci+memperlekehkan sesuatu sebab aku tau ia akan berbalik pada aku sendiri.. dan ianya pernah terjadi pada aku.. huhuu.. apa yang mampu aku nasihatkan jaga perilaku dia jer..dan dia pun tau benda tu..

Tapi Alhamdulillah.. selepas apa yang terjadi kat si Ana ni.. dia dah mula faham apa yang aku katakan.. dia dah janji dah dengan kitorang.. dia tak nak kapel dahh.. kalau boleh kawen terus hahaa.. errmm... kita tengok macamna masuk sem nanti.. siap la budak ni..



dari pacik google

2nd story.. aku ada chat dengan budak kelas aku jugak.. lelaki.. ntah macamna dia criter masalah dia dengan awek dia... *padahal aku tak rapat sangat pun..tambah2 tu 1st tym kitorang chat*  bukan cerita detail pasal masalah tu pun.. dia bengang sebab awek dia ni selalu merajuk tak tentu pasal..

J: dah pujuk dah.. habis dah ayat2 saya keluarkan.. tapi dia still juga merajuk...
perempuan ni memang suka merajuk tu fact! susah macam ni....
A: dah kalau ko rasa susah.. cari je la yang laen..
J: dah tu juga yang di sayang macamana akak?
A: grrr.. jiwangg! hahaa.. dah tu p la pujuk.. call dia..
J: buat apa kalau kriikk krik kriiikk.. buang masa je.. baek layan Dr. Zakir Naik..
A: haaahh.. bagus la tuh..

hurrmm.. pemikiran perempuan ni pun sama juga.. aku pelik lah.. kenapa diorang ni over sangat nak melayan buahati diorang.. mak bapak diorang dah bagi lampu ijau ker nak buat semua tuh.. adoii.. aku sekarang ni boleh la cakap macam nii.. dan benda ni la jugak aku takut kan bila dah ada kapel nanti *kalau ade laa*.. 

Yang aku nak sebut ni pasal "dah itu juga yang di sayang nak buat macamana?" sorry to say la.. aku sekarang ni masih belum lagi dapat rasakan perasaan menyukai seseorang yang sememangnya banyak kekurangan.. well aku tak pernah kapel kan.. kalau pernah pun tu tym budak2.. cinta monyet orang cakap.. aku tak masukkan perhubungan tuh dalam list kapel yang sebenar.. bila budak lelaki ni cakap macam tuh.. dalam hati aku terus cakap.. 'susah sangat ke cari laen?' hahaa... amboii ko yoobiii..sedap je kan cakap.. ye aku tau sakitnya bila putus cinta.. dan sememangnya aku pun pernah kecewa tapi lebih kepada bertepuk sebelah tangan jerr.. *sedihh* hahahaaa.. tapi kadang2 tu aku tak paham sangat macamana diorang (orang2 laen) susah sangat nak lepaskan buahati diorang.. kalau pasangan diorang okey, baik, memang menantu pilihan tak pe jugak.. tapi kalau dah terang2an kelabu asap buat apa nak jadi pasangan hidup? aku tak cakap diri aku perfect menantu pilihan ke hape.. tapi at least biar la yang mak bapak boleh terima pasangan kita tu jadi sebahagian dari family.. tapi kesimpulannya sini.. mulut orang yang tak pernah rasa bercinta memang senang jer cakap.. macam aku laa.. dan aku mohon doa supaya Allah tak berikan perasaan tu sebelum tiba masanya.. Amiinn...



google jugak..


Last story.. masa aku tengah wechat dengan Ana dan Ija.. sambil2 membebel tu.. tangan aku mengedik pulak pergi 'People Nearby' .. aku jarang bukak wechat sebenarnya.. tersangat jarang dan aku tak tau sangat pun kegunaan kat dalam wechat ni.. aku sempat la scroll sekali imbas je pastuh blah.. aku tak tau plak bila dah check in people nearby ni *ayat sesuka hati* orang laen still detect wechat aku.. tiba2 ada 2 orang add aku.. tapi aku tak terima pun.. tak lama pastu ada 3 orang.. aku pilih 1 je laa.. 

Malam tu memang menggedik lah kan.. aku tak pernah pun nak bekenalan2 ni semua.. pernah pun tym muda2 remaja dulu..hihii.. di awal perkenalan tu okey.. dia tak guna gamba dia.. lama juga la chat dengan mamat ni.. tukar2 soalan.. makin lama semakin mencapai tahap privacy yang boleh mendedahkan siapa diri aku..

L: boleh tengok gambar? *soalan+permintaan yang common dan menjengkelkan aku*
A: ni susah sikit.. aku tak suka bergambar blablablaa *alasan cuma.. padahal ade je gamba*

Alih2 dia tanya aku ni macamana orangnya.. aku pun bagi la ciri2 yang cliche.. hahaa.. then aku tanya dia pulak.. aku nak dia bagitau ciri2 fizikal dia jer.. alih2 dia bagi gambar.. 'hurrmm.. tak ensem sangat pun' lol.. tak.. aku tak memilih rupa ke apa.. biasa lah tu manusia.. just my comment.. lagipun kan kenal2 cam tu jer.. bukan nak jadi pakwe ke ape.. dalam2 berkenalan tu boleh pulak dia tanya alamat rumah aku.. heyyy.. nak datang ke apa.. memang ngok la kalau aku bagi..

A: aik.. nak buat apa? hantar rombongan meminang ke apa?
L: boleh ker? hehee..

cheh.. dia pun tak nak kalah 

L: nak minta no fon...

Ahahahaaa~ aku hanya mampu tergelak.. entah perempuan mana la yang nak bagi no fon cam tu jer..  aku harap tak de la yang maen bagi je no fon kat sape2.. aku menggedik malam tu pun sebab saje je tetibe mood nak berkenalan dengan someone.. hahaa.. malam tu je laa.. sekarang ni mood aku dah kembali normal.. Alhamdulillah..


Ps: dah 3 lebih nii.. mudah2an bukan gajah yang mengejutkan aku tym subuh nanti..huhuu




7 comments:

  1. 1st Story: Ana couple dengan lelaki umur 28 tahun eh? taste aku kot yang berumur sikit daripada aku. Haha. Biasa lah kalau lelaki tanya soalan yang sama je tiap hari, at least dia berusaha untuk ambil tahu pasal kita. Jawab jela. Kalau dia tak tanya mula lah fikir bukan2. ***cakap kat diri sendiri** Haha

    3rd story: Huiyoo yoobi ada peminat. Hahaha. Aku pun selalu gak kalau check in kat "people nearby" akan ada ramai gegadis yang add. Tapi takde sorang pun aku approve. Kahkah. Malas nak bagi harapan. Aku check in kat ''people nearby'' pun selalu set ''show males only''. hikhik. Tapi just tengok je reaksi lelaki, kalau diorang add aku means sejenis.. Tak penah layan lelebih pun. say "Hi" and "Bye".Thats it. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.. Lebih berusia lebih matang lah katakn... Tp mamat tu pun ntah ape2..kapel dgn Ana tp pd msa yg sma dia ikut pilihan mak dia..cam harreeem.. Loorr..kau pun pikir bukan2 jugak ke nov?dah mcm pemikiran pompuan lak ko ni.. Lol XD

      Cheh..dah memang ak tak guna gmba muka..sbb tu la diorg add.. Gamba prof aku pun misteri skit...hahaa.. Ko letak gamba ko ke?dh ensem sgt mmg la ramai peminat.. Tp siap letak 'males only' tu yg tak bleh blah.. Klu ada jugak lelaki add dah mcm grndr lak aku rasa.. Hahaa..

      Delete
    2. Opkos la yoobi oi. Haha. Bila hati dah sayang akan ada perasaan yang ingin memiliki. Konon taknak dia curang lah. :p

      Ha'ah letak gambar sendiri la. Kan ada button kat bahagian atas belah kanan. Kau set la nak jantina pe. Hahaha. Senang sikit keje nak cuci mata. ;)

      Delete
    3. Ermm...tp ko jgn la pikir bukan2 sgt..cer cam aku..rileekk jee. Dia mesej x mesej wat derrkk jee.. Hakhakhak..

      Tu diaa.. Confident tul mamat ni.. Klu aku x mo la.. Aku sedar muka aku biasa2 jerr.. Hahaaa.. Kot ye pun agak2 ler..mmg la aku pilih jntan jugak takkn betina kot...haha... Tp tu laa..pilih jantan salah, pilih betina mcm weird.. Agaknya xpayah la nk kenalan2 ni senang criter..huhu

      Delete
  2. aku baru follow blog kau girl....thanks ya sudi follow my blog... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur blog quite interesting.. Thanks jugak sudi follow blog aku..hehee..

      Delete
  3. Betway online casino | KADANG PINTAR
    If you have a mobile kadangpintar account, betway online 메리트카지노총판 casino. How to register. betway. Betway. Betway. septcasino

    ReplyDelete

Respond Me ^0^