Thursday 26 February 2015

Cerita 2, 3 Minggu Lepas~

Assalamualaikum..

Agak lama juga aku tak update+buka blog.. sebab baru2 ni aku habiskan masa dengan family aku (terutamanya with my Parents) jalan2 makan hangen.. minggu pertama tu kitorang pegi beberapa tempat dalam negeri jer.. tapi tak lama sebab masa cuti2 tu abang aku call bagitau anak dia tak berapa sihat so kitorang balik kampung nak jenguk anak buah aku sekali dengan jaga diorang la sebab akak ipar aku keje.. bila cakap pasal anak buah ni.. ekceli aku pernah jaga sorang anak buah aku dalam 2 tahun jugak la dari start umur dia 3 bulan, 2 bulan pertama tu akak ipar aku lerr jaga aku just tengok2 jer.. belajar dari dia.. tapi bila dah nak dekat 2 tahun aku tak jaga budak ni.. agak kekok juga la.. sebab dah lama tak urus baby kan.. ohya.. yang aku jaga sekejap ni umur dia bawah setahun means adik kepada yang aku penah jaga tu..

Selepas beberapa hari.. anak buah aku belum baik sepenuhnya lagi.. tapi apa boleh buat kitorang terpaksa tinggalkan diorang sebab kitorang dah beli tiket pegi semenanjung.. anak buah aku sebenarnya tak sakit teruk sangat pun.. Alhamdulillah diorang still aktif tapi biasa la budak2 penjagaan dia kena lebih sikit.. 



Sumber: google


Then keesokkannya kitorang terbang.. ada laa beberapa negeri kitorang lawat especially negeri2 Utara la.. akak aku ada kat sana so dia bawa la kitorang shopping.. hahaaa.. seminggu jugak lah kat sana.. ada beberapa tempat kitorang pergi.. my Mom pun bukan maen sakan lagi borong pakaian.. huhuu.. aku yang tengok pun naek gerun.. haha.. aku pula tak de la banyak sangat borong pakaian.. tudung je lah lebih sikit sebab nak bagi kat kawan2.. dan aku memang puas hati jugak la sebab memang jauh murah dari tempat aku.. kalau ikutkan hati memang banyak kitorang nak beli tapi.. nak membawa tu payah.. nak packing lagi.. my Dad geleng2 kepala jer mampu.. siann..hahaa

Ada satu tempat shopping ni kitorang pegi.. masa aku tengah tengok orang ramai yang datang.. tiba2 ada la 3 atau 4 sekawan lelaki ni.. tak de benda pun sebenarnya.. tapi nak story jugak lah.. ekceli benda ni biasa sebenarnya tapi kurang biasa bagi family aku tengok lelaki buat lelaki macam tu.. hehe.. diorang tak buat apa pun.. tapi 2 orang ni aku memang nampak diorang jalan rapat2.. alaa.. macam jalan tangan letak atas bahu tu.. memang biasa.. tapi yang gediknya tetiba tangan yang letak kat bahu kawan dia tu gatal pulak nak ramas2 belakang kawan dia dah tu bleh pulak dia usap2 pinggang kawan dia.. aku yang tertengok pun rasa 'errkk!.. tempat public kot..' terus aku tengok parents aku.. fuhh.. nasib baek diorang tengah galak belek2 baju.. andai kata mata kitorang sama2 menyaksikan benda tu.. mesti aku krik kriikk kriikk.. awkward gila.. kalau macam tu memang awal2 aku tengok tempat laen.. ha ha -.-' 

Ekceli.. sepatutnya lepas dari jalan2 kat negeri2 Utara ni.. kitorang terus balik tapi saje nak abes kan duit *lol* singgah lah ke Ibu negara.. nak dijadikan cerita nfon aku tercicir kat teksi.. gelabah gila aku cari2 fon.. huhuu.. Alhamdulillah teksi tu baek.. tapi dekat 2 hari la aku tak pegang fon.. padan muka! hahahaaa *nanges*


Tengah tunggu flight

Masa dalam kapal nak pegi Ibu negara.. aku tak tido pun.. tak tau la apa jer aku buat.. biasanya aku akan rehatkan mata.. tapi mungkin sebab aku dah membuta dalam perjalanan.. maybe sebab tu la aku tak ngantuk dah.. dan ni la keje aku antaranya..


Pemandangan malam dari atas

Serius.. aku suka sangat2 tengok pemandangan malam.. maksud aku lampu2 la.. aku ambek ni setelah beberapa minit kapal berlepas.. dengan kamera yang tak seberapa aku ni di tambah kemahiran yang masih tak sampai setahun jagung.. ini je la aku mampu.. walaupun aku sebenarnya suka juga tangkap gambar tapi bukan semua benda aku teringin nak tangkap.. masa ambek ni.. aku lebih suka guna mood manual.. dah memang tu jer kitorang kena ajar.. guna mood lain aku tak berapa reti.. tambah2 nak cepat kan.. so guna mood yang aku pandai je la..


Selepas beberapa minit pemandangan bandar tadi.. muncul pulak pemandangan bandar negeri laen.. 

Bila bercuti kat bandar yang sesak ni.. dapat la aku cuci mata pegi salah satu tempat menarik yang wajib di kunjungi kepada mereka2 yang foreigner.. orang2 sini pun selalu jugak pegi tempat ni..

Dah lama tak naik LRT

Bila laa aku dapat naek kat atas tu.. teringiinn~


Bila kawan aku tanya bila balik U? yelaa.. dah nak masuk sem tym tu kan.. memang terbaek laa esoknya kuliah.. hari ni baru aku balik.. hahaha.. hari pertama memang serabut.. pakaian aku sumpah selekeh.. dengan badan tengah mengembang sekarang ni.. nak pakai seluar formal yang biasa aku pakai pun dah errmmm..... hahahaaa T.T ... gerak dari rumah memang drift la nampaknya... chehh.. drift konon.. tak de nya aku nak membahayakan nyawa *cehh poyo.. padahal tu sian kereta...* dengan jem lagi buat aku gelabah.. kejap ke kiri kejap ke kanan dah nampak kereta laju kat belakang tapi kereta kat depan still kat kanan jugak bawak pun cam jalan sambil bukak mulut telan angen.. memang berangen juga aku dibuatnya.. hahaa.. ni ayat2 orang yang kelam kabut pegi kuliah.. Padan muka ko..lambat2 lagi makan tengahari.. siap gelak2 lagi dengan parents.. baju tak iron lagi memang persiapan terbaek.. hahaa.. ekceli mood aku tym tu still mood holiday lagi.. alaa.. aku tau bukan aku sorang je buat macam ni.. kann?? ayat2 tak puas hati tym drive memang biasa lerr.. kadang2 kita rileks2 jer bawa tapi boleh naek hangen dengan karenah2 pembawa2 kereta laen.. dan diorang pon sama.. hangen jer tengok aku.. hohoo..

Minggu ni dah mula semester baru.. subjek pun semakin menarik.. yang tak menariknya nak buat research tuk final sem.. well menarik ke tak menarik kena buat juga.. tapi satu jer cara nak buat benda ni menarik.. cari la tajuk menarik yang ko enjoy nak buat.. bagi aku laa.. masa buat discourse aku dulu.. mula2 aku fikir macam susah jer.. boleh ker aku buat? memang tak yakin dengan kemampuan diri.. tapi Alhamdulillah kunci dia bagi aku selain dari doa+usaha.. ko kene set dalam kepala benda ni walau sesusah mana pun kau kena selesaikan satu persatu.. kena paham dan anggap jer benda ni tak la sesusah mana.. bagi aku la.. untuk otak aku yang tak berapa nak geliga ni kan.. tu laa.. dulu tau maen je keje..

Okey.. selain dari projek tuk sem ni.. aku dan genk2 aku pun ada projek besar.. ha ha ha *gelak jahat* tak lama lagi befday Ana.. kitorang nak buat gimik sikit kat dia.. bukan apa.. aku teringin nak tengok dia nanges disamping nak begaduh dengan Ija dan Ima..*kejam punya kawan* haha.. kitorang sekarang ni tengah ambek feel..memang dah start kumpul perasaan tak puas hati.. konon je laa.. padahal tu tak ada apa pun.. marah2 tak puas hati tu perkara biasa.. *peace*.. tapi satu benda je aku risau nak melakonkan watak ni.. aku risau tegelak je tym kemuncak gimik ni.. yelaa.. kitorang sehari memang tak sah tak gelak macam macik ponti.. -.-' bayangkanlah betapa bisingnya bila empat kepala bergabung.. aku harap projek ni menjadi dan ada la orang yang menanges nanti.. kikikii... salah satu kenangan terindah di U.. hahaa.. okey.. tak mo story lebih.. rentetan selepas kejadian akan aku ceritakan akan datang.. jadi ke tak jadi.. ngeee~~


Thursday 5 February 2015

# 3 in 1 story #

Assalamualaikum...


Sumber google

Baru tadi budak A ajar aku nak donlod criter kat torrent.. sebelum ni ade je u torrent kat laptop aku guna sebelum ni.. abang aku pun guna laptop tu tuk download Merlin.. setelah aku merengek nak citer tu.. hahaa.. criter faveret aku tuh..tapi ending hampehh tol.. laptop tu lappy warisan akak aku punya.. tapi dah kene curik lerr.. siap ngan hardisk yang abang aku bagi lagik.. dah la banyak bende dalam tuh.. sedih gilerr.. T.T.. so kena la install yang baru.. ermm.. baru aku tau banyak jer criter boleh download kat torrent ni.. hahaaa~

Tapi bukan benda tu yang aku nak criter... 3 hari lepas.. 

Ija: Kak, buka wechat sekarang.. ade ke patut Ana nak pindah U gara2 mamat tuh. (mesej)

Then aku pun buka la cepat2.. kat group chat tu nampak jer kewujudan diorang.. ingatkan bincang pasal bende tu.. sekali main sticker daa.. -.-' .. aku punya la susah hati... aku pun join la main sticker jugak.. hahaa.. then dapat noti wasap dari Ija (private.. biasa kat group).. budak tuh bagi screenshot perbualan dia dengan Ana.. dalam tuh ada la si Ana ni berhajat nak pindah sekiranya dia betul2 break dengan pakwe dia..

Sebelum ni.. sebelum dia kapel.. sebelum dia jumpa mamat tuh.. dan sebelum2nya lagi.. aku dah bagi nasihat dah dengan budak Ana ni.. tym tuh dia tengah kapel dengan pakwe kat kampung dia.. dia selalu cakap dia ni dah matang.. dalam bab kapel dia lah yang paling tererr.. sampai aku yang tua dari dia pun kalah sebab tak pernah kapel.. *grrrrr* tapi malangnya itu hanya kata2nya saja.. kematangan ni boleh dilihat dari segi pemikiran bukan dengan gaya pemakaian atau pun tingkah laku.. tu pendapat aku laa.. gaya pemakaian dia agak matang sikit la dari aku.. *so what?!hahaa*

Style budak Ana ni kapel.. betul2 membuatkan aku teringat kat zaman2 skolah.. kekekee.. dia maen bedal je mamat2 yang ajak dia kapel.. cumanya dia ni mula kapel masa form 6.. kira dah besar panjang dah la.. berbanding umur PMR, SPM.. nasib lah yang ajak ni pun tak de la ramai sangat.. kalau ramai aku tak tau la macamna..

Jenis pemikiran dia ni.. 'lebih baek terima orang yang sayang kat kita daripada kita yang sayangkat orang tuh'... well.. ada betulnya dan ada juga salahnya.. apa gunanya terima orang tuh kalau hati kita tak de kat orang tuh langsung? kalau ada sikit pun.. kita akan bosan dengan orang tersebut kalau kita tak menerima dia seadanya..

Ana: isyhh.. bosan la kak.. asyik tanya benda yang same jer tiap2 hari.. 'buat apa?' 'dah makan ke belum' 'jalan dengan sape'.. bende2 tuuu je..

Pandai pula bosan.. tapi bila tak mesej mula lah..

Ana: eeee! kenapa dia tak mesej ni kak? selalunya tiap2 malam dia akan mesej.. tak pun call.. 
*dah sudaa tanya aku pesal?*
Aku: larr... hari tu kata mesej bosan la, ape laa.. ni tak mesej mencari jugak..
Ana: bosan sebab dia tak paham apa yang Ana nak... ni tak mesej ni layan perempuan laen ke ape?!
*what the ..... -.-' *

Aku memang tak paham jenis budak ni.. buat tu tak kena.. buat ni tak kena jugak.. well perempuan memang macam tu.. dan aku pun macam tu jugak.. hahaa.. tapi at least aku ni tak de la macam budak ni..

Ana: Ana nak dia ada selalu dengan Ana.. kalau dah jauh pun selalu la call.. Ana nak dia bagitau kesemuanya setiap hari.. blablablablablaaa~

Bila budak ni cakap macam ni.. terus aku bangkah pendapat dia.. well dia kena paham lelaki ni bukannya suka sangat nak melapor apa2 benda kat awek dia.. kalau ada pun sangat la sedikit.. tambah2 lagi nak selalu bersama2 dengan dia *selalu dating* .. aku pantang betul pendapat dia yang ini.. bebuih jugak la mulut aku ceramah budak ni.. alih2 dia cakap " eeee...kenapa pendapat akak dengan pakwe Ana same je? dia selalu cakap macam tu kat Ana" -.-' .. umo 22+pemikiran yang still budak2 VS umo 28+pemikiran lelaki yang dah matang(kot) .. dah memang laa berlainan pendapat.. keinginan pun laen2.. 

Kepala budak ni lagi memang laen dari aku.. bila aku kata A dia kata Z.. dari awal perkenalan sampai sekarang budak ni selalu buat aku membebel.. dah tu cakap "rileks laa akak.." chehh! dah buat darah aku naek boleh plak suruh aku rileks.. yee.. aku tau perbezaan pendapat tu mesti dan normal.. aku sedaya upaya nak menerima perangai budak berdarah A ni.. hahaa.. kitorang ni walaupun selalu gaduh.. kadang2 kawan kelas kitorang tengok kitorang bercakap pun macam bergaduh.. hahaa.. tapi sebenarnya ini lah yang membuatkan hubungan kami bertambah rapat.. sekarang ni lepas je dari aku ceramah kaw2 kat dia pasal problem dia dengan pakwe dia yang baru.. baru lah dia tau betapa berharganya nasihat dari orang yang dulu makan garam ni.. bak pepatah Ija.. hahaa..

Apa yang aku cakapkan pun tuk diri dia juga.. sekarang ni bukan masa busy nak bercinta bagai.. kalau di takdirkan dia pun turut mempunyai perasaan yang sama dengan orang yang mengajak menjalinkan hubungan.. aku tak kesah sangat.. walaupun kalau bagi aku.. aku tak nak dia kapel dengan mana2 lelaki.. tapi aku hanya manusia biasa.. iman aku pun tak tebal mana.. aku takut nak membenci+memperlekehkan sesuatu sebab aku tau ia akan berbalik pada aku sendiri.. dan ianya pernah terjadi pada aku.. huhuu.. apa yang mampu aku nasihatkan jaga perilaku dia jer..dan dia pun tau benda tu..

Tapi Alhamdulillah.. selepas apa yang terjadi kat si Ana ni.. dia dah mula faham apa yang aku katakan.. dia dah janji dah dengan kitorang.. dia tak nak kapel dahh.. kalau boleh kawen terus hahaa.. errmm... kita tengok macamna masuk sem nanti.. siap la budak ni..



dari pacik google

2nd story.. aku ada chat dengan budak kelas aku jugak.. lelaki.. ntah macamna dia criter masalah dia dengan awek dia... *padahal aku tak rapat sangat pun..tambah2 tu 1st tym kitorang chat*  bukan cerita detail pasal masalah tu pun.. dia bengang sebab awek dia ni selalu merajuk tak tentu pasal..

J: dah pujuk dah.. habis dah ayat2 saya keluarkan.. tapi dia still juga merajuk...
perempuan ni memang suka merajuk tu fact! susah macam ni....
A: dah kalau ko rasa susah.. cari je la yang laen..
J: dah tu juga yang di sayang macamana akak?
A: grrr.. jiwangg! hahaa.. dah tu p la pujuk.. call dia..
J: buat apa kalau kriikk krik kriiikk.. buang masa je.. baek layan Dr. Zakir Naik..
A: haaahh.. bagus la tuh..

hurrmm.. pemikiran perempuan ni pun sama juga.. aku pelik lah.. kenapa diorang ni over sangat nak melayan buahati diorang.. mak bapak diorang dah bagi lampu ijau ker nak buat semua tuh.. adoii.. aku sekarang ni boleh la cakap macam nii.. dan benda ni la jugak aku takut kan bila dah ada kapel nanti *kalau ade laa*.. 

Yang aku nak sebut ni pasal "dah itu juga yang di sayang nak buat macamana?" sorry to say la.. aku sekarang ni masih belum lagi dapat rasakan perasaan menyukai seseorang yang sememangnya banyak kekurangan.. well aku tak pernah kapel kan.. kalau pernah pun tu tym budak2.. cinta monyet orang cakap.. aku tak masukkan perhubungan tuh dalam list kapel yang sebenar.. bila budak lelaki ni cakap macam tuh.. dalam hati aku terus cakap.. 'susah sangat ke cari laen?' hahaa... amboii ko yoobiii..sedap je kan cakap.. ye aku tau sakitnya bila putus cinta.. dan sememangnya aku pun pernah kecewa tapi lebih kepada bertepuk sebelah tangan jerr.. *sedihh* hahahaaa.. tapi kadang2 tu aku tak paham sangat macamana diorang (orang2 laen) susah sangat nak lepaskan buahati diorang.. kalau pasangan diorang okey, baik, memang menantu pilihan tak pe jugak.. tapi kalau dah terang2an kelabu asap buat apa nak jadi pasangan hidup? aku tak cakap diri aku perfect menantu pilihan ke hape.. tapi at least biar la yang mak bapak boleh terima pasangan kita tu jadi sebahagian dari family.. tapi kesimpulannya sini.. mulut orang yang tak pernah rasa bercinta memang senang jer cakap.. macam aku laa.. dan aku mohon doa supaya Allah tak berikan perasaan tu sebelum tiba masanya.. Amiinn...



google jugak..


Last story.. masa aku tengah wechat dengan Ana dan Ija.. sambil2 membebel tu.. tangan aku mengedik pulak pergi 'People Nearby' .. aku jarang bukak wechat sebenarnya.. tersangat jarang dan aku tak tau sangat pun kegunaan kat dalam wechat ni.. aku sempat la scroll sekali imbas je pastuh blah.. aku tak tau plak bila dah check in people nearby ni *ayat sesuka hati* orang laen still detect wechat aku.. tiba2 ada 2 orang add aku.. tapi aku tak terima pun.. tak lama pastu ada 3 orang.. aku pilih 1 je laa.. 

Malam tu memang menggedik lah kan.. aku tak pernah pun nak bekenalan2 ni semua.. pernah pun tym muda2 remaja dulu..hihii.. di awal perkenalan tu okey.. dia tak guna gamba dia.. lama juga la chat dengan mamat ni.. tukar2 soalan.. makin lama semakin mencapai tahap privacy yang boleh mendedahkan siapa diri aku..

L: boleh tengok gambar? *soalan+permintaan yang common dan menjengkelkan aku*
A: ni susah sikit.. aku tak suka bergambar blablablaa *alasan cuma.. padahal ade je gamba*

Alih2 dia tanya aku ni macamana orangnya.. aku pun bagi la ciri2 yang cliche.. hahaa.. then aku tanya dia pulak.. aku nak dia bagitau ciri2 fizikal dia jer.. alih2 dia bagi gambar.. 'hurrmm.. tak ensem sangat pun' lol.. tak.. aku tak memilih rupa ke apa.. biasa lah tu manusia.. just my comment.. lagipun kan kenal2 cam tu jer.. bukan nak jadi pakwe ke ape.. dalam2 berkenalan tu boleh pulak dia tanya alamat rumah aku.. heyyy.. nak datang ke apa.. memang ngok la kalau aku bagi..

A: aik.. nak buat apa? hantar rombongan meminang ke apa?
L: boleh ker? hehee..

cheh.. dia pun tak nak kalah 

L: nak minta no fon...

Ahahahaaa~ aku hanya mampu tergelak.. entah perempuan mana la yang nak bagi no fon cam tu jer..  aku harap tak de la yang maen bagi je no fon kat sape2.. aku menggedik malam tu pun sebab saje je tetibe mood nak berkenalan dengan someone.. hahaa.. malam tu je laa.. sekarang ni mood aku dah kembali normal.. Alhamdulillah..


Ps: dah 3 lebih nii.. mudah2an bukan gajah yang mengejutkan aku tym subuh nanti..huhuu