Monday, 23 March 2015

Suspicious- Part 2

Assalamualaikum...


google..

Entri kali ni aku nak sambung balik entri suspicious-part 1.. walaupun aku di kritik oleh plu2 tegar kat sini.. hahaaa.. tapi aku nak teruskan jugak.. alang2 dah cerita part 1.. okey la sebelum tu aku nak 'backup' diri aku pasal scene 'sumbat menyumbat' tu.. yer.. aku tau benda tu tak de la over sangat sampai aku nak tuduh diorang tu Gcouple.. tapi macam aku penah cakap sebelum ni.. aku memang tak pernah tengok depan2 mata aku.. kalau kat utube memang belambak.. dan k-pop pun gila2 macam tu jugak malah lebih dari tu.. ditambah lagi aku ni jenis excited tengok sweet scene *bagi aku* macam tu..^.^ so no wonder la kenapa reaksi aku begi teruja.. dan kalau sesiapa perasan di akhir story aku tu.. aku ada cakap ada benda yang buat aku lebih syak wasangka berbanding aksi 'sumbat telinga' ni  hehee..

Mula2 tengok tu memang aku meroyan jugak la.. dan memang aku tak nafikan aku syak diorang 'ada apa2'.. tapi lepas keesokan harinya bila aku fikir balik.. tak baik tuduh orang macam tu.. siann mereka kena fitnah.. hehee.. tapi malangnya hati aku tetap berbunga bila ingat kejadian tersebut..  then tiba2 otak aku mula plan something.. aku tak tau la kalau ada perempuan lain yang sanggup buat benda ni.. huhuu.. plan aku nak jadi 'mamarazi' tanpa kamera.. hahaa.. *memang aku tak ada keja lain -.-' *

Aku pun mula mengatur plan nak skodeng diorang pada hari, masa dan tempat yang sama...

D-day

Sampai2 je kat library (area yang sama dengan last week) aku terus ke rak buku paling hujung yang membolehkan aku mengintai ruang meja2 study.. mula2 aku tak nampak kelibat diorang.. tapi bila perhati sekeliling rupanya si I (Is) duduk di meja lain.. tak jauh dari rak buku tempat aku mengintip.. bila dah jumpa sasaran aku pun cari la meja kosong.. yang bestnya aku dapat bertentangan dengan Is.. so boleh la tengok reaksi diorang.. masa tu si S (Syah) tak ada lagi.. kat meja tu aku nampak Is dengan sorang perempuan yang duduk berhadapan dengan Is.. tengok dari gaya diorang macam tengah discussion.. serius jerrk muka..

Kurang dari setengah jam.. akhirnya aku nampak muka Syah yang baru sampai.. dari reaksi dia nampak seolah2 kepenatan.. mungkin dia tergesa2 dalam perjalanan tadi.. tapi yang aku sedikit musykil.. kenapa muka dia nampak happy? aku ingat lagi muka dia senyum lebar bila tarik kerusi sambil2 curi2 pandang kat Is yang dari tadi serius je aku tengok.. kehadiran si Syah masa tu macam tak ada perubahan pada situasi perbincangan.. dan aku berani katakan Is langsung tak menoleh pada Syah.. kalau aku lah.. bila kawan aku baru sampai.. sekurang2nya aku tegur jugak lah sikit.. elehh bukan meeting pun sampai tak boleh nak cakap benda lain.. reaksi Syah yang bagaikan di pulaukan tu berubah jadi serius menghadap laptop.. dah tak kena layan.. buat hal sendiri lerr..

Dalam masa kurang 20 minit aku nampak perempuan tu mula mengemas buku2 dia.. dah habis berbincang kot.. sebenarnya masa tu aku masih tertanya2 kenapa Is langsung tak toleh pada Syah.. sampaikan perempuan tu dah berdiri nak beredar pun dia masih buat muka tak pedulikan kawan dia kat sebelah... then! selepas je perempuan tu blah dari tempat tu (masa ni aku memang perhatikan reaksi si Is) aku nampak dari riak wajah Is, dia seolah2 ingin melakukan sesuatu tapi secara senyap.. kenapa aku describe kan macam tu? sebab masa tu dia tengok sekeliling dia.. dan yup mata kami bertemu *lol* dia sedikit menyembunyikan muka dia dari tiang (tiang menjadi halangan tuk perhati seluruh muka si Is) tapi aku still boleh nampak.. dalam masa beberapa saat je aku tengok dia perhatikan orang sekeliling (aku sendiri tertanya2 apa yang dia nak buat sebenarnya sebab muka dia memang nampak 'something') lepas je dia rasa tak ada orang perhatikan.. aku nampak tangan kiri dia perlahan2 mendarat kat atas tangan kanan Syah then diusap2 tangan si Syah.. Oh maii.. aku baru je habis meroyan minggu lepas.. kenapa hari tu dia nak buat aku meroyan jugakk! seriously.. aku tak kesah kalau dia nak buat depan2 orang.. nak peluk ke hape.. tapi kenapa kau nak perhatikan orang sekeliling dulu??

Ohya.. lupa nak bagitau reaksi si Syah.. hehe.. dia buat donno jer.. *nasib baik* kalau dia buat muka happy atau muka gedik ker.. sah2 aku tak tido malam tu.. -.-' .. lepas tu aku tak ingat dah.. tapi yang aku ingat.. masa aku blah tu.. rupanya diorang pun blah jugak.. dan kami menuju tempat yang sama.. iaitu cafe.. pada pandangan aku diorang ni jumpa di library sebab diorang nak makan sama2..

Masa aku baru nampak diorang ni.. aku tak kenal lagi.. then hujung2 sem 2 baru aku dapat tau yang rupanya si Syah ni 1 sekolah menengah rendah dengan roommate aku.. dari situ lah aku dapat tau nama betul Syah dan Is.. siap stalked FB diorang lagi.. huhu.. Syah dan Is ni 1 sekolah rupanya.. patut la rapat.. dan.. masa tu aku dapat tau rupanya Syah dah ada girlfren laaa... dan Is ni seorang yang aktif di Masjid.. hehee.. hilang kejap suspicious aku terhadap mereka... kenapa kejap?? sebab masa tu aku belum masuk kedunia plu2 sebenar.. maksud aku baca kisah hidup plu lerr.. tapi aku tak ada la fikir sangat hal diorang sebab dah lama tak nampak muka diorang.. dan aku berharap syak wasangka aku tu hanya lah syak semata2.. walaupun syak aku tu boleh jer jadi betul.. tapi harap2 tak laa..

End..

Ekceli.. masa aku skodeng diorang dalam diam.. aku terminat kat Syah.. minat wajah dia je lah.. muka dia cerah.. kuning langsat.. nsem pada aku sebab walaupun cerah tapi tak de la nampak jambu.. nampak muka budak baik la.. mula2 aku ingat kan dia ni sombong.. sebab kami pernah terserempak.. aku tengok dia.. dia pandang aku sambil berkerut+pandangan tajam.. tak tau kenapa.. tapi bila pikir balik.. mungkin sebab mata aku jugak.. sebab Ija kata, mata aku boleh tahan tajam jugak bila pandang orang tanpa senyum.. 
Masa sem 3.. di takdirkan aku sekelas tutorial dengan Syah.. walaupun jarang jumpa (sebab dia jarang masuk kelas) tapi masa dia buat presentation.. ada adegan lawak seimbas lalu.. hahaa.. aku sangkakan dia ni jenis yang petah berakata2.. sebab agak banyak jugak program yang dia join.. tapi dengan persembahan pembentangan dia tu.. membuatkan jangkaan aku meleset sama sekali.. jangankan ada orang nak dengar.. perempuan2 kat depan tu siap berbual lagik.. nampak la reaksi dia kat depan tu hanya aku je paham dan nampak.. kitorang dua je gelak.. hahaa..


12 comments:

  1. apa Yoobi akan buat kalau diaorang pelok atau kiss...erk...

    terus pengsan dalam library...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yoobi nie memang betul2 fangirl ...kalau diorang wink2 kat dia jer ..
      Boleh blushing sampai mati .. kehkeh

      Delete
    2. Kamen: hahahaak..ngokss.. nda la sampai pengsan.. maybe aku akan meroyan jadi fangirl diorang.. =p

      Bro Nu'man: x de nya nak blushing kalau diorang wink kat saya..pelik ada laa.. tapi kalau diorang wink sesama sendiri.. yerr.. ala2 anime mata love2 gitu.. hakhakhak

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. wah, stalker habis kau.... BTW nice job.
    respect gile org yang berani nak skodeng2 mamarazzi bagai.

    aku dapat rasakan perasaan kau melalui penulisan kau, mesti time skodeng tu berdebar2 kan? hhuhuhuhu...

    sila skodeng lagi, nak tahu kisah selanjutnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan gib..mana nak cari mamarazi mcm aku ni..hakhak

      Opkoss lerr..gile ko x bedebar..nsib diorg x buat apa2 such like touch2 lebih2 ke.. kalau x memang aku jd pom pom girl dlm librry tu..

      Den dah resign jd mamarazi..lagipun dah lama x nampak diorg..huhu

      Delete
  3. Yoobi kau ni menakutkan. Lepas ni fikir 2@3 kali sebelum masuk library. Hahaha. Aku selalu gak perasan gegadis yang suka usha orang kat dalam library.

    Tak mustahil dorang tu sesuatu, orientasi seks tak boleh di tentukan dengan kekerapan pegi masjid. Ada je aku jumpa orang macam Is, salah sorang nya aku. hihi. #blushing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni hati2 lah.. ANDA SEDANG DI PERHATIKAN~ Muahahahaa!!

      Betul2.. lepas jer aku msuk dlm dunia plu2 ni ramai jer yg dlm situasi mcm Is n Syah..aku x nafi kn..tp baik pikir positif je..hihi..

      Eh ko kaki msjd ea?uuuu...pewwiitt..lelaki idaman plu2 Islamic..hahaha

      Delete
  4. WUUUUUUUUUUUUUUUUUUU !!! Stalker !!
    Hai Is dan Syah ! Nak kenal boleh ? hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Yess i am...hikhik

      Meh la sini aku kenalkan ko dgn diorng =p

      Delete
  5. First time ak bce blog kau.. mmg best, sempoi je
    ak ni pon peminat yaoi.. takumi kun pon ak pnah tgk..

    pnah skali aku knalkan kawan ak L ngn H.. aku xsangka diorg ni songsang tp ak jd xkisah.. ak fhm perasaan excited kau tu, sronok giler stalk diorg.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai akemi..thanks sudi singgah blog aku..

      Wohoo..kita ada minat yg sama..hehe..bestnya ko dpt tgok dekat2..ak hanya mampu jd mamarazi jerr..huuu~

      Delete

Respond Me ^0^