Assalamualaikum...
Ermm... dah lama rasanya tak update blog.. tak ada apa yang nak di ceritakan.. kalau ada pun aku rasa masih awal nak cerita..
Tapi.. disebabkan hal semalam.. terlintas pulak hati nak story kat sini.. sebenarnya tak ada apa2 pun.. tapi bagi aku memang ada apa2 lah.. hehe..
Semalam.. aku, Ana, Ija dan Imah pegi karaoke.. atas permintaan Ija yang nak karokss.. so semua pun join sama.. asalnya nak ambek setengah jam.. tapi alih2 jadi sejam..suara pun dah jadi serak.. dari awal semuanya ambek lagu2 yang high note punya..perghhh~.. pecah suara.. hahaa.. aku lagi laa.. awal2 dah ambek lagu beyonce Listen..memang berteriak sampai batuk2.. taubat aku tak mo ambil lagu tinggi lepas tu..
Nak dijadikan cerita.. aku ambek lagu feveret aku.. dari dulu aku memang suka lagu sedih ni.. Lestari- Mahligai dari air mata.. pertengahan lagu tu.. suara aku dah bergegar.. tapi tahan.. then nak abes lagu tu aku ter T.T .. hahahaa!!! 1st time aku termenangis masa karoks.. sengal betul.. diorang semua tekejut tengok aku..tapi semuanya diam2..alih2 aku minta next kan.. tak sanggup aku nak terus memalukan diri..huhuu..
Malam tu.. lepas jer solat Isyak aku whatsapp dengan kawan2 baik aku kat sekolah dulu..then terkeluar cerita sorang member aku ni nak kahwin masa cuti sem ni.. Tahniah.. tunang dia memang kitaorang dah kenal.. senior kitaorang time sekolah dulu.. borak punya borak.. last2 aku sampaikan hajat dihati nak tanya pasal satu benda ni.. memang segan sangat sebab dah lama tak borak pasal cerita ni.. masa tanya tu aku langsung tak sebut nama someone ni..tapi dia still faham siapa yang aku maksudkan..
Aku: Nana.. dia pegi tak majlis kau?
Nana: aku tak pasti.. nanti aku tanya tunang aku...... yoobi.. aku tak sangka yang kau still simpan perasaan kat dia..
Aku: hahahaaaa (T.T)
Nana: Jangan risau.. nanti aku suruh tunang aku bawa semua kawan2 dia.... tapii... aku risau kalau dia(someone) bawa isteri dia nanti... nanti kau jugak yang sedih nanti..
Aku: Hehe aku okey.. jangan risau.. (T.T)
Ps: sebenarnya ayat aku tak direct macam ni.. banyak simpang siurnya.. tapi nasib baik member aku ni cepat tangkap..hehee..
Pada masa yang sama.. aku pun borak2 kat whatsapp dengan sorang budak ni.. dari dulu memang dengan dia aku luahkan perasaan.. terutamanya pasal benda2 macam ni..
Hana: Kak Bi..dah la tu.. tak payah la fikirkan dia lagi..
Aku: akak okey laa.. just teringin tengok muka dia.. tu jer..
Hana: sudah2 lah.. baik akak cari yang lain..nak saya tolong carikan ker?
Aku: Hahahaa! tak payah!
Malam tu jugak.. Ija masuk bilik aku.. kitaorang borak2.. then tetiba dia tanya kenapa aku nanges tadi.. aku gelak2.. aku cakap saja je buat drama..hahaaa~... Ija senyap.. pandang aku semacam.. K fine! nah! aku bagi Ija baca whatsapp aku dengan Nana.. ekceli sebelum ni aku pernah story pasal someone ni dengan Ija..
Ija: (geleng2 kepala baca whatsapp) kak betul cakap kawan akak ni.. sudah2 la tu..
Aku: (sengih2) apa yang nak disudahkan? memang dah sudah pun..
Ija: habis tu yang ini?? (tunjuk whatsapp)
Aku: Ija.... walaupun akak macam ni.. tapi akak okey.. yang tu.. akak just nak tau..kot2 dia ada kat majlis kahwin kawan akak..
Ija: Buat apa akak nak tau?
Aku: sebab akak nak tengok muka dia..
Ija: Issyhh! tak paham lah.. kenapa akak nak sangat tengok muka dia? kalau dia bawa bini dia?? tak ke akak tambah sakit hati?
Aku: ehh.. tak la.. akak okey jer.. akak dah lama tak nampak muka dia.. tu jer..
Ija: buat apa lagi nak tengok muka dia?? (dia pulak yang marah lebih2)
Aku: Sebab memang dah lama akak nak tengok muka dia.. dari lepas dia ambek result SPM.. akak dah tak pernah nampak dia. lagi...
Kalau ikutkan hati.. memang aku dah nanges masa tu.. huh.. aku tak tau nak story macam mana.. sebab benda ni dah lama.. sejak aku form 2.. dia form 5..dan sampai sekarang..aku sendiri tak paham kenapa aku masih nak tau pasal dia..walaupun tahun lepas aku dah tau yang dia dah kahwin tapi aku still degil nak puaskan hati aku.. kalaulah dia ada Fb atau kat mana2 la yang ada gambar dia.. aku rasa aku tak jadi degil macam ni.. biarlah dia dah ada isteri ke anak ker yang penting hajat yang aku dah lama pendam tu tercapai.. tu je yang aku nak.. aku memang dari dulu tak pernah nak minta lebih.. dan aku memang tau kedudukan aku dari dulu sampai sekarang..
Kami tak pernah ada hubungan apa2 pun.. dan perasaan aku memang dari awal aku pesan yang dia hanya seseorang yang aku admire.. bagaikan artis dengan peminatnya (dia penyanyi nasyid sekolah).. macam tu la gambaran keadaan aku dan dia.. kitaorang tak pernah berbual pun.. aku jer suka duk skodeng dia masa sekolah dulu..hahahaa... kesian kan yoobi... hehee
Walaupun aku selalu sedapkan hati.. fikirkan yang Allah takdirkan macam ni sebab Dia nak bagitau yang sememangnya tiada jodoh antara kami berdua.. tapi hakikatnya... aku masih tertanya2.. apa hikmah disebalik rancanga Allah yang langsung tak mempertemukan kami.. bayangkan lah.. masa aku ambik diploma.. dia ambik degree di Kolej yang sama dan fakulti yang sama.. dia senior aku.. besar sangat ke fakulti tu sampai aku tak pernah jumpa dia walau sekali?? 3 tahun aku disana.. 7 tahun dia disana... rasa lawak pulak bila ingat balik.. dah tu aku langsung tak jumpa Fb dia.. kedekutt betul laa dia nii... geram pulak aku.. Arghh!!
dan google |
Salah ke kalau aku nak tengok muka dia sekali tu jer? aku tak mengharapkan apa2 pun.. cukup lah aku tengok wajah dia sekali pun cukup lah.. dan aku sememangnya tak ada jawapan kenapa aku nak sangat tengok dia walau macamana keadaan sekalipun.. mungkin sebab aku dah lama simpan hajat ni sejak dia ambik result.. tu paling last aku tengok dia.. arghh!! kenapa dengan ak nii??! dan tolonglah jangan tanya aku kenapa.. sebab aku sendiri tak ada jawapan yang tepat.. selain alasan aku 'dah lama tak nampak'.. kenapa la diorang tak faham2 perasaan aku ni.. please laa... tolong lah faham.. tu je aku nak.. tak susah pun kan? huhuu..
Ps: Menangis atau tak masa majlis nanti tu aku tak kesah.. yang penting dapat tengok dia walaupun dari jauh.. *Peace*
Rindu bertamu di kalbu...eceh...hehehe
ReplyDeleteBertamu di Abu Dhabi kot ..kehkeh
DeleteKamen: ko mksd kn tajuk drama ka apa ni? ka tajuk drama ko sndri hahaa..
DeleteBro Nu'man: haa..yg ni betul tajuk drama..hahaa..
Bila kau senyum, ku gembira
ReplyDeleteBila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang..
Walaweh hakak yoobi jiwang XD. Hahaha.
Takpe sabar je, mungkin dia bukan jodoh terbaik ko. Senyum sikit. Pegi jela wedding member tu, ade rezeki jumpa.
Nov..jom karoks ngan aku..hahahaa...
DeleteEh..mana da jiwang..aku x maen la jiwang2 nii..romantik je bleh..hahahaa..
Yup..dr dulu ak mmg tau x akan ada apa2 antra kmi..tp tu la..ntah knapa still rsa sedih..hehe
Emm..mmg nak pegi pon..doakan aku ye..
i macam sedikit memahami perasaan u... kadang2 walaupun kita dah tahu yang kita tiada jodoh dengan si dia, namun hati kita masih berharap untuk melihat, bertemu mahupun bersama dengannya.
ReplyDeleteits ok, menagis la jika perlu... Allah akan beri yang terbaik buat kita semua, cuma waktunye sahaja belum tiba.
Gibb~ *nanges T.T* betul tu.. walaupun saya kata saya tak harapkan apa2.. tapi hakikatnya saya mengharapkan yang dia still ingat saya walaupun dah 11 tahun x jumpa.. ahh.. bodohnyaa!
Deletedah banyak kali nanges dah pun.. nasib la mata ni tak mudah nampak bengkak..huhu..
Thanks Gibb =)