Monday, 23 March 2015

Suspicious- Part 2

Assalamualaikum...


google..

Entri kali ni aku nak sambung balik entri suspicious-part 1.. walaupun aku di kritik oleh plu2 tegar kat sini.. hahaaa.. tapi aku nak teruskan jugak.. alang2 dah cerita part 1.. okey la sebelum tu aku nak 'backup' diri aku pasal scene 'sumbat menyumbat' tu.. yer.. aku tau benda tu tak de la over sangat sampai aku nak tuduh diorang tu Gcouple.. tapi macam aku penah cakap sebelum ni.. aku memang tak pernah tengok depan2 mata aku.. kalau kat utube memang belambak.. dan k-pop pun gila2 macam tu jugak malah lebih dari tu.. ditambah lagi aku ni jenis excited tengok sweet scene *bagi aku* macam tu..^.^ so no wonder la kenapa reaksi aku begi teruja.. dan kalau sesiapa perasan di akhir story aku tu.. aku ada cakap ada benda yang buat aku lebih syak wasangka berbanding aksi 'sumbat telinga' ni  hehee..

Mula2 tengok tu memang aku meroyan jugak la.. dan memang aku tak nafikan aku syak diorang 'ada apa2'.. tapi lepas keesokan harinya bila aku fikir balik.. tak baik tuduh orang macam tu.. siann mereka kena fitnah.. hehee.. tapi malangnya hati aku tetap berbunga bila ingat kejadian tersebut..  then tiba2 otak aku mula plan something.. aku tak tau la kalau ada perempuan lain yang sanggup buat benda ni.. huhuu.. plan aku nak jadi 'mamarazi' tanpa kamera.. hahaa.. *memang aku tak ada keja lain -.-' *

Aku pun mula mengatur plan nak skodeng diorang pada hari, masa dan tempat yang sama...

D-day

Sampai2 je kat library (area yang sama dengan last week) aku terus ke rak buku paling hujung yang membolehkan aku mengintai ruang meja2 study.. mula2 aku tak nampak kelibat diorang.. tapi bila perhati sekeliling rupanya si I (Is) duduk di meja lain.. tak jauh dari rak buku tempat aku mengintip.. bila dah jumpa sasaran aku pun cari la meja kosong.. yang bestnya aku dapat bertentangan dengan Is.. so boleh la tengok reaksi diorang.. masa tu si S (Syah) tak ada lagi.. kat meja tu aku nampak Is dengan sorang perempuan yang duduk berhadapan dengan Is.. tengok dari gaya diorang macam tengah discussion.. serius jerrk muka..

Kurang dari setengah jam.. akhirnya aku nampak muka Syah yang baru sampai.. dari reaksi dia nampak seolah2 kepenatan.. mungkin dia tergesa2 dalam perjalanan tadi.. tapi yang aku sedikit musykil.. kenapa muka dia nampak happy? aku ingat lagi muka dia senyum lebar bila tarik kerusi sambil2 curi2 pandang kat Is yang dari tadi serius je aku tengok.. kehadiran si Syah masa tu macam tak ada perubahan pada situasi perbincangan.. dan aku berani katakan Is langsung tak menoleh pada Syah.. kalau aku lah.. bila kawan aku baru sampai.. sekurang2nya aku tegur jugak lah sikit.. elehh bukan meeting pun sampai tak boleh nak cakap benda lain.. reaksi Syah yang bagaikan di pulaukan tu berubah jadi serius menghadap laptop.. dah tak kena layan.. buat hal sendiri lerr..

Dalam masa kurang 20 minit aku nampak perempuan tu mula mengemas buku2 dia.. dah habis berbincang kot.. sebenarnya masa tu aku masih tertanya2 kenapa Is langsung tak toleh pada Syah.. sampaikan perempuan tu dah berdiri nak beredar pun dia masih buat muka tak pedulikan kawan dia kat sebelah... then! selepas je perempuan tu blah dari tempat tu (masa ni aku memang perhatikan reaksi si Is) aku nampak dari riak wajah Is, dia seolah2 ingin melakukan sesuatu tapi secara senyap.. kenapa aku describe kan macam tu? sebab masa tu dia tengok sekeliling dia.. dan yup mata kami bertemu *lol* dia sedikit menyembunyikan muka dia dari tiang (tiang menjadi halangan tuk perhati seluruh muka si Is) tapi aku still boleh nampak.. dalam masa beberapa saat je aku tengok dia perhatikan orang sekeliling (aku sendiri tertanya2 apa yang dia nak buat sebenarnya sebab muka dia memang nampak 'something') lepas je dia rasa tak ada orang perhatikan.. aku nampak tangan kiri dia perlahan2 mendarat kat atas tangan kanan Syah then diusap2 tangan si Syah.. Oh maii.. aku baru je habis meroyan minggu lepas.. kenapa hari tu dia nak buat aku meroyan jugakk! seriously.. aku tak kesah kalau dia nak buat depan2 orang.. nak peluk ke hape.. tapi kenapa kau nak perhatikan orang sekeliling dulu??

Ohya.. lupa nak bagitau reaksi si Syah.. hehe.. dia buat donno jer.. *nasib baik* kalau dia buat muka happy atau muka gedik ker.. sah2 aku tak tido malam tu.. -.-' .. lepas tu aku tak ingat dah.. tapi yang aku ingat.. masa aku blah tu.. rupanya diorang pun blah jugak.. dan kami menuju tempat yang sama.. iaitu cafe.. pada pandangan aku diorang ni jumpa di library sebab diorang nak makan sama2..

Masa aku baru nampak diorang ni.. aku tak kenal lagi.. then hujung2 sem 2 baru aku dapat tau yang rupanya si Syah ni 1 sekolah menengah rendah dengan roommate aku.. dari situ lah aku dapat tau nama betul Syah dan Is.. siap stalked FB diorang lagi.. huhu.. Syah dan Is ni 1 sekolah rupanya.. patut la rapat.. dan.. masa tu aku dapat tau rupanya Syah dah ada girlfren laaa... dan Is ni seorang yang aktif di Masjid.. hehee.. hilang kejap suspicious aku terhadap mereka... kenapa kejap?? sebab masa tu aku belum masuk kedunia plu2 sebenar.. maksud aku baca kisah hidup plu lerr.. tapi aku tak ada la fikir sangat hal diorang sebab dah lama tak nampak muka diorang.. dan aku berharap syak wasangka aku tu hanya lah syak semata2.. walaupun syak aku tu boleh jer jadi betul.. tapi harap2 tak laa..

End..

Ekceli.. masa aku skodeng diorang dalam diam.. aku terminat kat Syah.. minat wajah dia je lah.. muka dia cerah.. kuning langsat.. nsem pada aku sebab walaupun cerah tapi tak de la nampak jambu.. nampak muka budak baik la.. mula2 aku ingat kan dia ni sombong.. sebab kami pernah terserempak.. aku tengok dia.. dia pandang aku sambil berkerut+pandangan tajam.. tak tau kenapa.. tapi bila pikir balik.. mungkin sebab mata aku jugak.. sebab Ija kata, mata aku boleh tahan tajam jugak bila pandang orang tanpa senyum.. 
Masa sem 3.. di takdirkan aku sekelas tutorial dengan Syah.. walaupun jarang jumpa (sebab dia jarang masuk kelas) tapi masa dia buat presentation.. ada adegan lawak seimbas lalu.. hahaa.. aku sangkakan dia ni jenis yang petah berakata2.. sebab agak banyak jugak program yang dia join.. tapi dengan persembahan pembentangan dia tu.. membuatkan jangkaan aku meleset sama sekali.. jangankan ada orang nak dengar.. perempuan2 kat depan tu siap berbual lagik.. nampak la reaksi dia kat depan tu hanya aku je paham dan nampak.. kitorang dua je gelak.. hahaa..


Saturday, 7 March 2015

Kejutan Untuk si Blur2~ hehee..

Assalamualaikum...



Entri sebelum ni aku ada preview pasal plan kitorang nak buat surprise birthday kat Ana.. tapi kitorang buat lambat sehari.. hehe.. sebabnya aku plan nak balik U hari isnin tapi hari tu jugak ada presentation.. tak buat apa2 lagi.. so nak tak nak kena balik ahad tu jugak.. hurmm tiap2 minggu present.. arghh malassnya nak cakap kat depan.. haha.. student tak bertauliah lah katakan..huhuhu.. 

Okey berbalik pada plan kitorang.. ceritanya begini.. 

**Action**

Ija dan Imah duduk daerah yang sama, memang dari sebelum cuti semester lagi diorang rancang nak balik U sama2 tapi kebetulan pada masa balik tu tiket bas habis.. yelah.. CNY kan..so parents Imah terpaksa menghantar dia balik U, agak jauh jugak dalam 6-7 jam untuk sampai U dan Ija pulak balik keeseokkan harinya.. (Problem 1)

Sebelum masuk semester baru, kitorang kena daftar subjek tapi malangnya sistem baru teramatlah menyusahkan kitorang (memang ramai student tak dapat daftar subjek sepenuhnya termasuk lah aku *bengang*). antara kami berempat Ija satu2 nya harapan kitorang untuk mendaftar subjek, sebab Ana dan Imah tak ada wifi kat rumah, biasanya aku pun tolong diorang daftarkan subjek tapi masa tu aku tengah holiday so memang aku tak bawa laptop.. kesian Ija sorang2 stress nak hadap sistem problem tu.. so salah 1 nak selesaikan adalah dengan daftar manual.. cam hampeh kann.. cakap sistem baru tapi menyusahkan pelajar.. sistem sebelum ni okey je..huh (Problem 2)

So dengan adanya 2 problem yang tersangat lah rapuh untuk di jadikan penyebab utama dalam plan kitorang.. Ija dan Imah bermasam muka disebabkan 2 perkara ni.. hahaa.. apa boleh buat.. tak ada benda lain yang lebih kukuh untuk dijadikan masalah, nak cipta 1 masalah takut ketara nanti, kan kitorang selalu ber wasap so dah memang la kebanyakan semua perkara kitorang kongsi bersama.. 

Idea nak bergaduh ni sebenarnya dari aku.. saje je nak bagi nanges si Ana.. kikikiii.. so aku la sebagai director+watak tambahan.. sebab kenapa? sebab tym Ana balik U tu aku kat rumah so watak utama aku serahkan kepada 2 budak tu Ija dan Imah.. disebabka Ana balik U lambat seminggu so itu antara peluang untuk menjayakan misi kitorang hehe.. 

Start hari kuliah 1st week lagi lakonan antara Ija dan Imah dah bermula, tapi hanya di wasap je lah.. Ija dah bagi hint sesuatu yang berlaku diantara dia dan Imah.. termasuk aku pun bagi hint kat FB..hehe.. hari sabtu tu Ana balik U, so Ija dan Imah mula buat lakonan secara visual.. depan Ana diorang berlagak serius+marah+tak puas hati.. tapi dalam hati Allah jer tau..rasa nak tergelak bila tengok muka risau Ana..*gelak jahat*.. apa2 yang berlaku diorang akan bagitau aku.. mastermind kann.. hahaha..

Masa befday Ana, kitorang langsung tak wish.. kesian kan budak tuh..dah lah dia ni sentitif sikit.. ada la beberapa kali tu dia try nak ingatkan Ija yang hari tu merupakan hari lahir dia.. tapi nasib baek Ija sempat potong ayat Ana.. sebab kalau terlepas.. tak 'Ump' lah plan kitorang.. hihii..

Agak terseksa juga lah 1 hari tu sebab masa kuliah Imah terpaksa duduk jauh dari kitorang.. dah lah budak tu jenis yang tak suka duduk sorang2.. tapi demi menjayakan misi.. dia sanggup duduk berjauhan.. nasib ada lah beberapa course mate kitorang yang temankan Imah.. tym kuliah last hari tu, aku tambahkan sikit perisa dalam lakonan kitorang.. biar nampak lah kitorang memang bergaduh..

Plan kitorang nak sambut befday Ana kat bilik Imah, memang kitorang selalu lepak kat bilik dia sebelum ni.. Imah balik hostel awal sebab nak ambek kek kat cafe tapi ada problem sikit sebab kek yang di tempah tu terjatuh dalam perjalanan.. jadinya aku dan Ija terpaksa melengah2 kan masa kat fakulti tu.. huhuu.. nasib baek tak lama sangat..fuhh

Kemuncak plan kitorang adalah bercakaran.. hahaaha.. mula2 sampai di bilik Imah konon2nya nak slowtalk lerr.. saje jer.. sebagai permulaan.. tapi apa yang aku angan2 kan tak menjadi 100%.. boleh pulak Imah sengih2 tym marah.. sakit hati aku dibuatnya.. aku nak dia serius.. tapi dia kata tak boleh.. Ija pun macam tu.. masing2 nak tahan gelak.. hampeh betul.. nasib lah Ana ni jenis yang blur2 sikit.. dia sendiri tak paham apa yang berlaku sebenarnya.. tym bergaduh mulut tu.. kesemua alasan2 yang dikemukakan memang tak masuk akal.. so terpaksa diorang bagi over sikit penceritaan tu.. bila ingat balik memang lawak habis..

Kalau ikutkan scene bergaduh boleh je di percepatkan tapi yang melambatkan diorang sendiri.. aku nak diorang gaduh menggunakan badan..tak ada la sampai sepak terajang ke apa..tolak2 tu pun ok la.. sebab aku nak Ana jadi orang tengah yang memisahkan pergaduhan diorang..*ala2 referee kat padang bola* tapii.. macamana nak selesai cepat kalau diorang bertekak mulut sambil duduk2 santaii ?? sampai aku bagi hint suruh berdiri baru lah diorang bertekak sampai tahap jerit2 then baru bangun.. masa aku nampak Ana pun ikut berdiri sebab nak menghalang Ija dan Imah dari tarik2 rambut.. *hahaa*.. aku pun cepat2 keluar nak ambek kek kat luar.. matikan lampu bilik.. then.. SURPRISE!!! 

Hahahaa.... malam tu memang bising habis.. masa kitorang nyanyi tu.. Ana dah tercongok kat penjuru.. hahaa.. agak menjadi lah plan kitorang.. ada baeknya dapat kawan yang blur2 ni.. kalau plan tak berapa menjadi, masih boleh di betulkan sikit sebab dia takkan perasan.. hihihii..

Malam tu jugak.. walaupun mata aku dah berat tapi aku terpaksa habiskan plan terakhir aku iaitu nak betulkan  status2 yang kitorang post kat FB.. post aku, Ija dan Imah sebelum ni yang konon2 berbau pergaduhan.. aku betulkan supaya tak ada yang salah faham.. yelahh.. kat kelas tu semua dah kenal 'aku n the genk'.. masa Imah duduk jauh dari kitorang tu pun dah ramai dah mata yang memandang.. siap course mate yang duduk disebelah Imah pun cakap "aku ada bahu untuk kau berpaut" hahahaa.. bunyi macam lawak.. tapi kitorang bersyurkur sebab nampak lah yang diorang concern dengan perhubungan kiorang..

Hehe... tak besar mana pun plan kitorang.. cukup lah nak surprise kan si Ana.. walaupun idea ni memang lapuk dah ramai yang buat tapi kitorang tak buat lagi.. so merasa la jugak berlakon
walaupun hampeh.. masa kat U ni lah kita kena wujudkan kenangan2 yang macam ni.. tak tau kategori manis ke masin ni..hehe.. nampak lah kitorang ni sayang dia.. walaupun selalu jugak gaduh2 mulut.. hihiii...

**The end**

Sunday, 1 March 2015

My Awesome Mom~

Assalamualaikum...


Google..


Baru2 ni ekceli befday my Mom.. ingat nak karang lepas entri sebelum ni.. tapi dah lewat dah tym tuh.. esoknya ada kuliah.. so hari ni baru ada kesempatan nak story benda ni.. sempena ulang tahun lahir my Mom.. so of course la aku nak story about my Mom..

Firstly.. my Mom merupakan anak bongsu *same like me*.. adik beradik my Mom ramai sebenarnya.. tapi ramai yang meninggal tym kecik.. my Mom dilahir kan dalam keluarga yang serba kekurangan.. tambah2 lagi kat pedalaman.. selalu dengar cerita my Mom yang terpaksa jalan kaki berbatu2 jauhnya tanpa memakai kasut semata2 nak pergi sekolah.. my Mom ni suka pergi skolah tau.. hehe.. tak macam anak dia nii..huhuu.. sampaikan datuk aku masuk kan my Mom sekolah awal sebab dulu kecik2 my Mom tak sabar nak masuk sekolah.. kan bagus klu anak dia pun cam tu jugak..

Dalam semua adik beradik.. my Mom satu2nya yang berpendidikan dan berkerjaya.. pengorbanan my Mom untuk habiskan study walau takat SPM (aku tak tau dulu pnggil apa) tapi kalau dulu tahap tu dah memang tinggi dah.. lagi pun datuk aku rasanya dah tak ada dah masa tu.. masa sekolah menengah tu my Mom terpaksa menumpang rumah orang untuk memudahkan ulang alik pergi sekolah.. memang jauh kampung my Mom dengan Pekan.. sampai sekarang..naek kereta pon still jauh. apatah lagi jalan kaki.. ohh tidaakkk...

Lepas jer abes sekolah menengah my Mom pun apply la kerja jadi kerani kat pekan tu jugak.. dan di sini lah bermulanya episod2 perkenalan dengan my Dad.. hihihi.. my Dad dulu agak nakal tau.. ramai jer yang minat kat my Dad tapi entah kenapa my Mom yang inesen tu jugak my Dad duk ushar.. hahaa.. mungkin sebab muka baru kan.. lagipun my Mom ni pendiam dulu.. sebab tu kot my Dad terpikat.. eceeeyyhh~ 

Ekceli my Mom ni nampak jer pendiam.. tapi hati my Mom ni agak keras jugak lah.. walaupun my Dad selalu ajak keluar dating tak pun my Dad sesaje nak jumpa my Mom.. tapi my Mom ni tak ada perasaan.. hahaa.. pernah sekali my Dad ajak makan sama2.. then my Mom pun on jer.. aku mula2 macam tekejut la sikit.. yelaa.. awal2 dah berani setuju keluar.. tapi my Mom cakap (tym story kat aku) "ehh..dah ada orang nak belanja ambek je la" lol ... *My Dad bantai gelak tym dengar reason ni* maksud ayat my Mom tu.. dia terima ajakan my Dad tanpa ada niat apa2.. dah orang belanja..bagus laa save jugak budget dia.. hehe

Personality my Mom ni.. walaupun agak pendiam tapi sebenarnya my Mom ni kental orangnya.. mungkin sebab kehidupan yang susah dari sejak kecil lagi itu yang mengajar my Mom jadi tabah seperti sekarang.. serius.. aku jarang tengok my Mom menangis.. pernah tengok 2, 3 kali masa tengok movie+AF1+nenek aku meninggal.. dan aku pun nanges jugak tengok movie dan AF1 tu.. tym nenek aku meninggal aku nanges sebab my Mom.. mesti my Mom sedih tym balik kampung hari tu.. huhuu..

Walaupun pada mulanya my Mom ni macam buat tak kesah jer dengan my Dad tapi akhirnya cair jugak hati my Mom setelah melihat kesungguhan my Dad.. sampaikan my Dad sanggup datang rumah my Mom nak ambek hati bakal mak mertua masa tu.. hihii.. dan Alhamdulillah.. sebelum my Parents nikah kat kampung my Dad.. my Mom sah menjadi seorang muslimah.. yess.. my Mom convert to Islam.. dari situ la my Mom belajar semua benda dari my Dad.. dari sekecil2 perkara seperti bab kebersihan, memasak, mengaji and everything.. dan Alhamdulillah juga.. walaupun my Mom tak lancar sangat baca Al-Quran tapi my Mom dah banyak kali khatam Al-Quran..

Apa yang aku bangga dengan memiliki ibu seperti my Mom adalah my Mom tak pernah malu untuk belajar agama walaupun benda tu basic dan dah pernah belajar sebelum ni tapi my Mom still join kelas2 fardu ain.. katanya "biarlah dah belajar..apasalahnya nak tambah lagi ilmu.. ustaz/ustazah ni kalau mengajar bukan benda tu je.. diorang boleh bagi ilmu melalui cerita2 tambahan diorang".. sampai lah sekarang.. kalau ada bicara ilmu kat tv.. mesti my Mom akan duduk depan tv sambil ditangan ada buku dan pen..my Mom akan salin perkara2 yang penting.. Sama juga bila my Mom tak tau baca jawi.. my Mom akan tanya aku atau akak dan abang2 aku tanpa rasa segan.. solat pun tak pernah tinggal.. di tambah lagi solat2 sunat.. *aku yang belajar di sekolah agama pun tak kerap solat sunat.. hukhuk* .. aku memang bersyukur dapat my Mom yang ambil berat perihal solat.. kalau nak dibandingkan Emak kawan2 aku.. yang rata2 semuanya memang beragama Islam tapi tak pernah nak solat.. harap anak jer yang dihantar ke sekolah agama.. huhuu..

Seumur hidup aku.. aku tak pernah kena pukul or whatever dengan my Mom.. sama juga dengan abang2 dan akak aku.. marah kena tengking pon memang aku tak pernah alami.. kalau my Mom marah pun my Mom tak tengking.. hanya dengar tone tak puas hati+menyindir jerr.. hahaa.. lagi satu, kalau tym sekolah rendah dulu kawan aku selalu cakap "eh.. aku tak boleh kotorkan baju aku..nanti mama aku marah" dalam hati aku 'mak aku tak pernah marah pun kalau baju aku kotor?' tapi aku ni bukannya jenis maen lasak outdoor punya.. guling2 kat lumpur ker.. memang tak la.. sebab aku ni dulu indoor punya.. ermm.. duduk rumah jerr..

My Mom ni jenis yang macam tak kesah dengan benda sekeliling..kalau rasa hati my Mom tengah marah dia hambur kan saja.. tapi aku tak pernah nampak lagi laa.. my Mom just cerita yang my Mom pernah kena suruh pegang cacing.. euuwww~ orang laen tak berani nak bantah.. tapi my Mom satu2 nya perempuan yang bantah tak nak buat macam tu siap marah balik fasilitator tu.. hahaa.. satu lagi, pernah something berlaku pergaduhan mulut dalam family+ipar duai sebelah my Dad.. tengah2 gaduh mulut.. agak hot jugak ler tapi my Mom buat tak kesah.. dia lagi kesah dengan makanan dia..hahaa.. sebab perkara tu rasanya tak perlu lah di perbesarkan. sebab tu la my Mom buat dono*don't know* jer.. my Mom pun tak ambil kesah apa orang nak kata.. kalau aku cakap something like "eee malu la nanti orang cakap blablablaa" then my Mom "eh kau peduli apa cakap orang" kekekee..tapi selagi benda tu elok laa.. yelaa kadang2 benda elok pun kita takut atau segan nak buat..something like that laa..

Okey.. rasanya dah banyak dah aku kongsikan cerita about my Mom, walaupun banyak lagi perihal my Mom ni..tapi takkan nak story semua..kann?

"Happy Birthday Mom.. adik doakan semoga Allah panjangkan umur Mom and Dad.. adik nak tengok Mom and Dad boleh bermaen dengan anak2 adik nanti sama macam Mom and Dad bermaen dengan anak2 abang2 sekarang.. semoga Allah mengampuni segala dosa Mom and Dad serta diberi kesihatan yang berpanjangan dan tidak lupa juga adik pohonkan semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan Mom and Dad serta amal ibadah yang di lakukan diterima oleh Allah.. Adik really2 love You, Mom and Dad"


Dari Google