Saturday, 23 May 2015

Kemaruk Buat Pertama Kalinya~ huhu

Assalamalaikum…

Huhu..akhir2 ni banyak sangat kerja sampai aku x ingat langsung nak buka blog..kalau dulu paling lama 2 hari tak baca blog orang..kali ni nak dekat 2 or 3 minggu rasanya.. T.T.. *ni nak bagitau yang aku ni teramat sibuk ler gamaknya* LOL

Okey la..ekceli biarpun busy tapi ada jer masa berlibur such as lepak2+tengok movie+tidur+layan Youtube etc..sebab tu la lupa terus kat blog.. jadi..kenapa sekarang tiba2 teringat kat blog?? hmm.. ni la nak story ni..

2 hari lepas aku tengok 1 movie Thai.. ekceli dah lama dah nampak tajuk movie ni kat list Utube.. dah nama pun layan GThai kan..oppss. hehe.. okey la movie ni ada kena mengena la jugak dengan dunia songsang ni.. tapi bezanya adalah jantina..hehe.. yups  Lesbian punya.. hohohoo..
Aku tak ada la nak kupas ke apa fasal movie ni.. just nak bagitau aku tangkap cintan dengan movie ni and the OST.. memang sekarang ni playlist aku penuh dengan lagu Thai..hakhakhakk.. banyak dah lagu Thai jadi feveret aku..

Google

Okey la nak story 1 persatu dulu.. nak cakap pasal lead actress nya.. dua minah ni memang aku terjatuh hati *blush* sapa2 yang penah tengok citer ni.. tau la apa maksud aku.. serius… yang tomboy tu nampaakkk terrrsaanggaattt henseeemmm! OMG! ahaha! kegilaan apakah aku ini?? T.T aku memang tak boleh anggap dia perempuan.. walaupun pada hakikatnya dia bukanlah pengkid, maksud aku dia memang seorang perempuan..luaran dia hanya tomboy tapi dalaman dia.. aku pasti dia perempuan..tapi biasalah kalau dia ada ter crush dengan perempuan jugak..tu tak mustahil.. macam aku..lurus jer..tapi boleh jer ter crush dengan minah tomboy ni..hahaa

Google: Cantiikk


Dan yang pasangan dia ni.. serius aku suka tengok perempuan ni.. cantiiikkk.. comel jer..crush tengok mata dia masa tengah gelak..nampak smiley jer mata tu.. aku suka personaliti dia.. tak feminin sangat pun.. agak kasar dan self confident.. dalam perhubungan diorang, dia yang lead berbanding si tomboy ni.. jalan cerita dia best bagi aku dan saaangggaatttt cute bagi aku..

Google: comel je mata dia..ngehee~

Aku tak pernah sangka yang aku nanges tengok cerita Lesbian..T.T.. kalau gay.. aku tak ingat lak..ada kot..tapi ni kali pertama aku tengok LGBT vers Les punya.. punya gila dengan cerita ni sampai aku continue terus part 2.. berbanding dengan 1st punya no 2 ni aku lebih nanges T.T .. di saat si tomboy mula berubah hati *confuse+kecewa+sakit hati* lepas break tu dia couple kejap dengan minah sorang lagi.. masa tu lagi teruk aku nanges.. serius.. aku tak boleh tengok si tomboy couple dengan orang lain selain 1st love dia..sediihh.. terasa seperti aku yang jadi si perempuan tu..ahakkss!!
Banyak kali jugak la aku nanges..dialog last scene yang no 2 tu pun aku nanges..after 1 year.. she(si perempuan) still love her girlfriend(tomboy).. sedangkan dah ramai lelaki yang ajak dating.. tapi dia tak nak..padahal dia yang reject masa si tomboy nak kembali pada dia..T.T

Si tomboy: This whole year I’ve been gone.. I’ve never given up on you.. there is nothing about you I don’t know… you drink warm milk when you are mad.. you look at cellphone at 8pm every night..

Minum susu bila marah- tabiat si tomboy bila marah
Tengok handphone pada jam 8 setiap malam- janji si tomboy nak call si perempuan semasa mereka masih lagi jadi couple

Google: 1st movie punya... part last T.T

Simple tapi sangat romantik dan sweet bagi aku.. bila seseorang still buat kebiasaan dia lakukan bersama bf/gf/wife/husband/fiancé walaupun dah berpisah… sangat menyentuh hati aku..hohoo..
Okey pasal lagu pulak..memang jatuh tersembam habiss.. aku sebenarnya tertarik dengan senikata lagu ost cerita ni.. sedihh.. haisyhh..tak habis2 si yoobi ni sediiihh memanjang.. hahaa..well ini la naluri aku yang suka pada scene2 sedih.. ekceli aku perasan banyak juga la lagu Thai yang aku suka.. lirik dia lebih berterus terang dan romantik bagi aku.. contoh:

A crazy little thing called love OST- someday
Love of Siam- lagu yang Mew nyanyi masa party kat rumah Tong… etc

Kebanyakan OST cerita ni di nyanyikan oleh Budokan- ada je berlakon sebagai makcik si tomboy.. boleh tahan suara makcik tu.. aku suka dengar.. serak2+comel..haha

Okey laa.. dah habis dah kot meroyan aku..hehee..


 ni salah satu gamba si tomboy

Google : fuhh..
 Sekali pandang nampak nseem gilerr..


Google: coomeell
Walaupun dia ni nampak luaran macam lelaki.. tapi bagi aku dia still ada muka perempuan lagi..hehe.. tapi tolak dengan gaya2 dia la.. tak nampak perempuan langsung yerr..sebab tu la dia ni nampak boyish sebab dari gaya dia.. tapi kadang kala ada jer gaya girly comel dia..haha

Okeyy..last



Saturday, 25 April 2015

Sekadar Meluah~

Assalamualaikum...

Ermm... dah lama rasanya tak update blog.. tak ada apa yang nak di ceritakan.. kalau ada pun aku rasa masih awal nak cerita..

Tapi.. disebabkan hal semalam.. terlintas pulak hati nak story kat sini.. sebenarnya tak ada apa2 pun.. tapi bagi aku memang ada apa2 lah.. hehe..


dari google

Semalam.. aku, Ana, Ija dan Imah pegi karaoke.. atas permintaan Ija yang nak karokss.. so semua pun join sama.. asalnya nak ambek setengah jam.. tapi alih2 jadi sejam..suara pun dah jadi serak.. dari awal semuanya ambek lagu2 yang high note punya..perghhh~.. pecah suara.. hahaa.. aku lagi laa.. awal2 dah ambek lagu beyonce Listen..memang berteriak sampai batuk2.. taubat aku tak mo ambil lagu tinggi lepas tu..

Nak dijadikan cerita.. aku ambek lagu feveret aku.. dari dulu aku memang suka lagu sedih ni.. Lestari- Mahligai dari air mata.. pertengahan lagu tu.. suara aku dah bergegar.. tapi tahan.. then nak abes lagu tu aku ter T.T .. hahahaa!!! 1st time aku termenangis masa karoks.. sengal betul.. diorang semua tekejut tengok aku..tapi semuanya diam2..alih2 aku minta next kan.. tak sanggup aku nak terus memalukan diri..huhuu..

Malam tu.. lepas jer solat Isyak aku whatsapp dengan kawan2 baik aku kat sekolah dulu..then terkeluar cerita sorang member aku ni nak kahwin masa cuti sem ni.. Tahniah.. tunang dia memang kitaorang dah kenal.. senior kitaorang time sekolah dulu.. borak punya borak.. last2 aku sampaikan hajat dihati nak tanya pasal satu benda ni.. memang segan sangat sebab dah lama tak borak pasal cerita ni.. masa tanya tu aku langsung tak sebut nama someone ni..tapi dia still faham siapa yang aku maksudkan..

Aku: Nana.. dia pegi tak majlis kau?
Nana: aku tak pasti.. nanti aku tanya tunang aku......  yoobi.. aku tak sangka yang kau still simpan perasaan kat dia..
Aku: hahahaaaa (T.T)
Nana: Jangan risau.. nanti aku suruh tunang aku bawa semua kawan2 dia.... tapii... aku risau kalau dia(someone) bawa isteri dia nanti... nanti kau jugak yang sedih nanti..
Aku: Hehe aku okey.. jangan risau.. (T.T)

Ps: sebenarnya ayat aku tak direct macam ni.. banyak simpang siurnya.. tapi nasib baik member aku ni cepat tangkap..hehee..

Pada masa yang sama.. aku pun borak2 kat whatsapp dengan sorang budak ni.. dari dulu memang dengan dia aku luahkan perasaan.. terutamanya pasal benda2 macam ni.. 

Hana: Kak Bi..dah la tu.. tak payah la fikirkan dia lagi..
Aku: akak okey laa.. just teringin tengok muka dia.. tu jer..
Hana: sudah2 lah.. baik akak cari yang lain..nak saya tolong carikan ker?
Aku: Hahahaa! tak payah!

Malam tu jugak.. Ija masuk bilik aku.. kitaorang borak2.. then tetiba dia tanya kenapa aku nanges tadi.. aku gelak2.. aku cakap saja je buat drama..hahaaa~... Ija senyap.. pandang aku semacam.. K fine! nah! aku bagi Ija baca whatsapp aku dengan Nana.. ekceli sebelum ni aku pernah story pasal someone ni dengan Ija..

Ija: (geleng2 kepala baca whatsapp) kak betul cakap kawan akak ni.. sudah2 la tu..
Aku: (sengih2) apa yang nak disudahkan? memang dah sudah pun..
Ija: habis tu yang ini?? (tunjuk whatsapp)
Aku: Ija.... walaupun akak macam ni.. tapi akak okey.. yang tu.. akak just nak tau..kot2 dia ada kat majlis kahwin kawan akak..
Ija: Buat apa akak nak tau?
Aku: sebab akak nak tengok muka dia..
Ija: Issyhh! tak paham lah.. kenapa akak nak sangat tengok muka dia? kalau dia bawa bini dia?? tak ke akak tambah sakit hati?
Aku: ehh.. tak la.. akak okey jer.. akak dah lama tak nampak muka dia.. tu jer..
Ija: buat apa lagi nak tengok muka dia?? (dia pulak yang marah lebih2)
Aku: Sebab memang dah lama akak nak tengok muka dia.. dari lepas dia ambek result SPM.. akak dah tak pernah nampak dia. lagi...


google


Kalau ikutkan hati.. memang aku dah nanges masa tu.. huh.. aku tak tau nak story macam mana.. sebab benda ni dah lama.. sejak aku form 2.. dia form 5..dan sampai sekarang..aku sendiri tak paham kenapa aku masih nak tau pasal dia..walaupun tahun lepas aku dah tau yang dia dah kahwin tapi aku still degil nak puaskan hati aku.. kalaulah dia ada Fb atau kat mana2 la yang ada gambar dia.. aku rasa aku tak jadi degil macam ni.. biarlah dia dah ada isteri ke anak ker yang penting hajat yang aku dah lama pendam tu tercapai.. tu je yang aku nak.. aku memang dari dulu tak pernah nak minta lebih.. dan aku memang tau kedudukan aku dari dulu sampai sekarang..

Kami tak pernah ada hubungan apa2 pun.. dan perasaan aku memang dari awal aku pesan yang dia hanya seseorang yang aku admire.. bagaikan artis dengan peminatnya (dia penyanyi nasyid sekolah).. macam tu la gambaran keadaan aku dan dia.. kitaorang tak pernah berbual pun.. aku jer suka duk skodeng dia masa sekolah dulu..hahahaa... kesian kan yoobi... hehee

Walaupun aku selalu sedapkan hati.. fikirkan yang Allah takdirkan macam ni sebab Dia nak bagitau yang sememangnya tiada jodoh antara kami berdua.. tapi hakikatnya... aku masih tertanya2.. apa hikmah disebalik rancanga Allah yang langsung tak mempertemukan kami.. bayangkan lah.. masa aku ambik diploma.. dia ambik degree di Kolej yang sama dan fakulti yang sama.. dia senior aku.. besar sangat ke fakulti tu sampai aku tak pernah jumpa dia walau sekali?? 3 tahun aku disana.. 7 tahun dia disana... rasa lawak pulak bila ingat balik.. dah tu aku langsung tak jumpa Fb dia.. kedekutt betul laa dia nii... geram pulak aku.. Arghh!!


dan google

Salah ke kalau aku nak tengok muka dia sekali tu jer? aku tak mengharapkan apa2 pun.. cukup lah aku tengok wajah dia sekali pun cukup lah.. dan aku sememangnya tak ada jawapan kenapa aku nak sangat tengok dia walau macamana keadaan sekalipun.. mungkin sebab aku dah lama simpan hajat ni sejak dia ambik result.. tu paling last aku tengok dia.. arghh!! kenapa dengan ak nii??! dan tolonglah jangan tanya aku kenapa.. sebab aku sendiri tak ada jawapan yang tepat.. selain alasan aku 'dah lama tak nampak'.. kenapa la diorang tak faham2 perasaan aku ni.. please laa... tolong lah faham.. tu je aku nak.. tak susah pun kan? huhuu..

Ps: Menangis atau tak masa majlis nanti tu aku tak kesah.. yang penting dapat tengok dia walaupun dari jauh.. *Peace*


Monday, 23 March 2015

Suspicious- Part 2

Assalamualaikum...


google..

Entri kali ni aku nak sambung balik entri suspicious-part 1.. walaupun aku di kritik oleh plu2 tegar kat sini.. hahaaa.. tapi aku nak teruskan jugak.. alang2 dah cerita part 1.. okey la sebelum tu aku nak 'backup' diri aku pasal scene 'sumbat menyumbat' tu.. yer.. aku tau benda tu tak de la over sangat sampai aku nak tuduh diorang tu Gcouple.. tapi macam aku penah cakap sebelum ni.. aku memang tak pernah tengok depan2 mata aku.. kalau kat utube memang belambak.. dan k-pop pun gila2 macam tu jugak malah lebih dari tu.. ditambah lagi aku ni jenis excited tengok sweet scene *bagi aku* macam tu..^.^ so no wonder la kenapa reaksi aku begi teruja.. dan kalau sesiapa perasan di akhir story aku tu.. aku ada cakap ada benda yang buat aku lebih syak wasangka berbanding aksi 'sumbat telinga' ni  hehee..

Mula2 tengok tu memang aku meroyan jugak la.. dan memang aku tak nafikan aku syak diorang 'ada apa2'.. tapi lepas keesokan harinya bila aku fikir balik.. tak baik tuduh orang macam tu.. siann mereka kena fitnah.. hehee.. tapi malangnya hati aku tetap berbunga bila ingat kejadian tersebut..  then tiba2 otak aku mula plan something.. aku tak tau la kalau ada perempuan lain yang sanggup buat benda ni.. huhuu.. plan aku nak jadi 'mamarazi' tanpa kamera.. hahaa.. *memang aku tak ada keja lain -.-' *

Aku pun mula mengatur plan nak skodeng diorang pada hari, masa dan tempat yang sama...

D-day

Sampai2 je kat library (area yang sama dengan last week) aku terus ke rak buku paling hujung yang membolehkan aku mengintai ruang meja2 study.. mula2 aku tak nampak kelibat diorang.. tapi bila perhati sekeliling rupanya si I (Is) duduk di meja lain.. tak jauh dari rak buku tempat aku mengintip.. bila dah jumpa sasaran aku pun cari la meja kosong.. yang bestnya aku dapat bertentangan dengan Is.. so boleh la tengok reaksi diorang.. masa tu si S (Syah) tak ada lagi.. kat meja tu aku nampak Is dengan sorang perempuan yang duduk berhadapan dengan Is.. tengok dari gaya diorang macam tengah discussion.. serius jerrk muka..

Kurang dari setengah jam.. akhirnya aku nampak muka Syah yang baru sampai.. dari reaksi dia nampak seolah2 kepenatan.. mungkin dia tergesa2 dalam perjalanan tadi.. tapi yang aku sedikit musykil.. kenapa muka dia nampak happy? aku ingat lagi muka dia senyum lebar bila tarik kerusi sambil2 curi2 pandang kat Is yang dari tadi serius je aku tengok.. kehadiran si Syah masa tu macam tak ada perubahan pada situasi perbincangan.. dan aku berani katakan Is langsung tak menoleh pada Syah.. kalau aku lah.. bila kawan aku baru sampai.. sekurang2nya aku tegur jugak lah sikit.. elehh bukan meeting pun sampai tak boleh nak cakap benda lain.. reaksi Syah yang bagaikan di pulaukan tu berubah jadi serius menghadap laptop.. dah tak kena layan.. buat hal sendiri lerr..

Dalam masa kurang 20 minit aku nampak perempuan tu mula mengemas buku2 dia.. dah habis berbincang kot.. sebenarnya masa tu aku masih tertanya2 kenapa Is langsung tak toleh pada Syah.. sampaikan perempuan tu dah berdiri nak beredar pun dia masih buat muka tak pedulikan kawan dia kat sebelah... then! selepas je perempuan tu blah dari tempat tu (masa ni aku memang perhatikan reaksi si Is) aku nampak dari riak wajah Is, dia seolah2 ingin melakukan sesuatu tapi secara senyap.. kenapa aku describe kan macam tu? sebab masa tu dia tengok sekeliling dia.. dan yup mata kami bertemu *lol* dia sedikit menyembunyikan muka dia dari tiang (tiang menjadi halangan tuk perhati seluruh muka si Is) tapi aku still boleh nampak.. dalam masa beberapa saat je aku tengok dia perhatikan orang sekeliling (aku sendiri tertanya2 apa yang dia nak buat sebenarnya sebab muka dia memang nampak 'something') lepas je dia rasa tak ada orang perhatikan.. aku nampak tangan kiri dia perlahan2 mendarat kat atas tangan kanan Syah then diusap2 tangan si Syah.. Oh maii.. aku baru je habis meroyan minggu lepas.. kenapa hari tu dia nak buat aku meroyan jugakk! seriously.. aku tak kesah kalau dia nak buat depan2 orang.. nak peluk ke hape.. tapi kenapa kau nak perhatikan orang sekeliling dulu??

Ohya.. lupa nak bagitau reaksi si Syah.. hehe.. dia buat donno jer.. *nasib baik* kalau dia buat muka happy atau muka gedik ker.. sah2 aku tak tido malam tu.. -.-' .. lepas tu aku tak ingat dah.. tapi yang aku ingat.. masa aku blah tu.. rupanya diorang pun blah jugak.. dan kami menuju tempat yang sama.. iaitu cafe.. pada pandangan aku diorang ni jumpa di library sebab diorang nak makan sama2..

Masa aku baru nampak diorang ni.. aku tak kenal lagi.. then hujung2 sem 2 baru aku dapat tau yang rupanya si Syah ni 1 sekolah menengah rendah dengan roommate aku.. dari situ lah aku dapat tau nama betul Syah dan Is.. siap stalked FB diorang lagi.. huhu.. Syah dan Is ni 1 sekolah rupanya.. patut la rapat.. dan.. masa tu aku dapat tau rupanya Syah dah ada girlfren laaa... dan Is ni seorang yang aktif di Masjid.. hehee.. hilang kejap suspicious aku terhadap mereka... kenapa kejap?? sebab masa tu aku belum masuk kedunia plu2 sebenar.. maksud aku baca kisah hidup plu lerr.. tapi aku tak ada la fikir sangat hal diorang sebab dah lama tak nampak muka diorang.. dan aku berharap syak wasangka aku tu hanya lah syak semata2.. walaupun syak aku tu boleh jer jadi betul.. tapi harap2 tak laa..

End..

Ekceli.. masa aku skodeng diorang dalam diam.. aku terminat kat Syah.. minat wajah dia je lah.. muka dia cerah.. kuning langsat.. nsem pada aku sebab walaupun cerah tapi tak de la nampak jambu.. nampak muka budak baik la.. mula2 aku ingat kan dia ni sombong.. sebab kami pernah terserempak.. aku tengok dia.. dia pandang aku sambil berkerut+pandangan tajam.. tak tau kenapa.. tapi bila pikir balik.. mungkin sebab mata aku jugak.. sebab Ija kata, mata aku boleh tahan tajam jugak bila pandang orang tanpa senyum.. 
Masa sem 3.. di takdirkan aku sekelas tutorial dengan Syah.. walaupun jarang jumpa (sebab dia jarang masuk kelas) tapi masa dia buat presentation.. ada adegan lawak seimbas lalu.. hahaa.. aku sangkakan dia ni jenis yang petah berakata2.. sebab agak banyak jugak program yang dia join.. tapi dengan persembahan pembentangan dia tu.. membuatkan jangkaan aku meleset sama sekali.. jangankan ada orang nak dengar.. perempuan2 kat depan tu siap berbual lagik.. nampak la reaksi dia kat depan tu hanya aku je paham dan nampak.. kitorang dua je gelak.. hahaa..


Saturday, 7 March 2015

Kejutan Untuk si Blur2~ hehee..

Assalamualaikum...



Entri sebelum ni aku ada preview pasal plan kitorang nak buat surprise birthday kat Ana.. tapi kitorang buat lambat sehari.. hehe.. sebabnya aku plan nak balik U hari isnin tapi hari tu jugak ada presentation.. tak buat apa2 lagi.. so nak tak nak kena balik ahad tu jugak.. hurmm tiap2 minggu present.. arghh malassnya nak cakap kat depan.. haha.. student tak bertauliah lah katakan..huhuhu.. 

Okey berbalik pada plan kitorang.. ceritanya begini.. 

**Action**

Ija dan Imah duduk daerah yang sama, memang dari sebelum cuti semester lagi diorang rancang nak balik U sama2 tapi kebetulan pada masa balik tu tiket bas habis.. yelah.. CNY kan..so parents Imah terpaksa menghantar dia balik U, agak jauh jugak dalam 6-7 jam untuk sampai U dan Ija pulak balik keeseokkan harinya.. (Problem 1)

Sebelum masuk semester baru, kitorang kena daftar subjek tapi malangnya sistem baru teramatlah menyusahkan kitorang (memang ramai student tak dapat daftar subjek sepenuhnya termasuk lah aku *bengang*). antara kami berempat Ija satu2 nya harapan kitorang untuk mendaftar subjek, sebab Ana dan Imah tak ada wifi kat rumah, biasanya aku pun tolong diorang daftarkan subjek tapi masa tu aku tengah holiday so memang aku tak bawa laptop.. kesian Ija sorang2 stress nak hadap sistem problem tu.. so salah 1 nak selesaikan adalah dengan daftar manual.. cam hampeh kann.. cakap sistem baru tapi menyusahkan pelajar.. sistem sebelum ni okey je..huh (Problem 2)

So dengan adanya 2 problem yang tersangat lah rapuh untuk di jadikan penyebab utama dalam plan kitorang.. Ija dan Imah bermasam muka disebabkan 2 perkara ni.. hahaa.. apa boleh buat.. tak ada benda lain yang lebih kukuh untuk dijadikan masalah, nak cipta 1 masalah takut ketara nanti, kan kitorang selalu ber wasap so dah memang la kebanyakan semua perkara kitorang kongsi bersama.. 

Idea nak bergaduh ni sebenarnya dari aku.. saje je nak bagi nanges si Ana.. kikikiii.. so aku la sebagai director+watak tambahan.. sebab kenapa? sebab tym Ana balik U tu aku kat rumah so watak utama aku serahkan kepada 2 budak tu Ija dan Imah.. disebabka Ana balik U lambat seminggu so itu antara peluang untuk menjayakan misi kitorang hehe.. 

Start hari kuliah 1st week lagi lakonan antara Ija dan Imah dah bermula, tapi hanya di wasap je lah.. Ija dah bagi hint sesuatu yang berlaku diantara dia dan Imah.. termasuk aku pun bagi hint kat FB..hehe.. hari sabtu tu Ana balik U, so Ija dan Imah mula buat lakonan secara visual.. depan Ana diorang berlagak serius+marah+tak puas hati.. tapi dalam hati Allah jer tau..rasa nak tergelak bila tengok muka risau Ana..*gelak jahat*.. apa2 yang berlaku diorang akan bagitau aku.. mastermind kann.. hahaha..

Masa befday Ana, kitorang langsung tak wish.. kesian kan budak tuh..dah lah dia ni sentitif sikit.. ada la beberapa kali tu dia try nak ingatkan Ija yang hari tu merupakan hari lahir dia.. tapi nasib baek Ija sempat potong ayat Ana.. sebab kalau terlepas.. tak 'Ump' lah plan kitorang.. hihii..

Agak terseksa juga lah 1 hari tu sebab masa kuliah Imah terpaksa duduk jauh dari kitorang.. dah lah budak tu jenis yang tak suka duduk sorang2.. tapi demi menjayakan misi.. dia sanggup duduk berjauhan.. nasib ada lah beberapa course mate kitorang yang temankan Imah.. tym kuliah last hari tu, aku tambahkan sikit perisa dalam lakonan kitorang.. biar nampak lah kitorang memang bergaduh..

Plan kitorang nak sambut befday Ana kat bilik Imah, memang kitorang selalu lepak kat bilik dia sebelum ni.. Imah balik hostel awal sebab nak ambek kek kat cafe tapi ada problem sikit sebab kek yang di tempah tu terjatuh dalam perjalanan.. jadinya aku dan Ija terpaksa melengah2 kan masa kat fakulti tu.. huhuu.. nasib baek tak lama sangat..fuhh

Kemuncak plan kitorang adalah bercakaran.. hahaaha.. mula2 sampai di bilik Imah konon2nya nak slowtalk lerr.. saje jer.. sebagai permulaan.. tapi apa yang aku angan2 kan tak menjadi 100%.. boleh pulak Imah sengih2 tym marah.. sakit hati aku dibuatnya.. aku nak dia serius.. tapi dia kata tak boleh.. Ija pun macam tu.. masing2 nak tahan gelak.. hampeh betul.. nasib lah Ana ni jenis yang blur2 sikit.. dia sendiri tak paham apa yang berlaku sebenarnya.. tym bergaduh mulut tu.. kesemua alasan2 yang dikemukakan memang tak masuk akal.. so terpaksa diorang bagi over sikit penceritaan tu.. bila ingat balik memang lawak habis..

Kalau ikutkan scene bergaduh boleh je di percepatkan tapi yang melambatkan diorang sendiri.. aku nak diorang gaduh menggunakan badan..tak ada la sampai sepak terajang ke apa..tolak2 tu pun ok la.. sebab aku nak Ana jadi orang tengah yang memisahkan pergaduhan diorang..*ala2 referee kat padang bola* tapii.. macamana nak selesai cepat kalau diorang bertekak mulut sambil duduk2 santaii ?? sampai aku bagi hint suruh berdiri baru lah diorang bertekak sampai tahap jerit2 then baru bangun.. masa aku nampak Ana pun ikut berdiri sebab nak menghalang Ija dan Imah dari tarik2 rambut.. *hahaa*.. aku pun cepat2 keluar nak ambek kek kat luar.. matikan lampu bilik.. then.. SURPRISE!!! 

Hahahaa.... malam tu memang bising habis.. masa kitorang nyanyi tu.. Ana dah tercongok kat penjuru.. hahaa.. agak menjadi lah plan kitorang.. ada baeknya dapat kawan yang blur2 ni.. kalau plan tak berapa menjadi, masih boleh di betulkan sikit sebab dia takkan perasan.. hihihii..

Malam tu jugak.. walaupun mata aku dah berat tapi aku terpaksa habiskan plan terakhir aku iaitu nak betulkan  status2 yang kitorang post kat FB.. post aku, Ija dan Imah sebelum ni yang konon2 berbau pergaduhan.. aku betulkan supaya tak ada yang salah faham.. yelahh.. kat kelas tu semua dah kenal 'aku n the genk'.. masa Imah duduk jauh dari kitorang tu pun dah ramai dah mata yang memandang.. siap course mate yang duduk disebelah Imah pun cakap "aku ada bahu untuk kau berpaut" hahahaa.. bunyi macam lawak.. tapi kitorang bersyurkur sebab nampak lah yang diorang concern dengan perhubungan kiorang..

Hehe... tak besar mana pun plan kitorang.. cukup lah nak surprise kan si Ana.. walaupun idea ni memang lapuk dah ramai yang buat tapi kitorang tak buat lagi.. so merasa la jugak berlakon
walaupun hampeh.. masa kat U ni lah kita kena wujudkan kenangan2 yang macam ni.. tak tau kategori manis ke masin ni..hehe.. nampak lah kitorang ni sayang dia.. walaupun selalu jugak gaduh2 mulut.. hihiii...

**The end**

Sunday, 1 March 2015

My Awesome Mom~

Assalamualaikum...


Google..


Baru2 ni ekceli befday my Mom.. ingat nak karang lepas entri sebelum ni.. tapi dah lewat dah tym tuh.. esoknya ada kuliah.. so hari ni baru ada kesempatan nak story benda ni.. sempena ulang tahun lahir my Mom.. so of course la aku nak story about my Mom..

Firstly.. my Mom merupakan anak bongsu *same like me*.. adik beradik my Mom ramai sebenarnya.. tapi ramai yang meninggal tym kecik.. my Mom dilahir kan dalam keluarga yang serba kekurangan.. tambah2 lagi kat pedalaman.. selalu dengar cerita my Mom yang terpaksa jalan kaki berbatu2 jauhnya tanpa memakai kasut semata2 nak pergi sekolah.. my Mom ni suka pergi skolah tau.. hehe.. tak macam anak dia nii..huhuu.. sampaikan datuk aku masuk kan my Mom sekolah awal sebab dulu kecik2 my Mom tak sabar nak masuk sekolah.. kan bagus klu anak dia pun cam tu jugak..

Dalam semua adik beradik.. my Mom satu2nya yang berpendidikan dan berkerjaya.. pengorbanan my Mom untuk habiskan study walau takat SPM (aku tak tau dulu pnggil apa) tapi kalau dulu tahap tu dah memang tinggi dah.. lagi pun datuk aku rasanya dah tak ada dah masa tu.. masa sekolah menengah tu my Mom terpaksa menumpang rumah orang untuk memudahkan ulang alik pergi sekolah.. memang jauh kampung my Mom dengan Pekan.. sampai sekarang..naek kereta pon still jauh. apatah lagi jalan kaki.. ohh tidaakkk...

Lepas jer abes sekolah menengah my Mom pun apply la kerja jadi kerani kat pekan tu jugak.. dan di sini lah bermulanya episod2 perkenalan dengan my Dad.. hihihi.. my Dad dulu agak nakal tau.. ramai jer yang minat kat my Dad tapi entah kenapa my Mom yang inesen tu jugak my Dad duk ushar.. hahaa.. mungkin sebab muka baru kan.. lagipun my Mom ni pendiam dulu.. sebab tu kot my Dad terpikat.. eceeeyyhh~ 

Ekceli my Mom ni nampak jer pendiam.. tapi hati my Mom ni agak keras jugak lah.. walaupun my Dad selalu ajak keluar dating tak pun my Dad sesaje nak jumpa my Mom.. tapi my Mom ni tak ada perasaan.. hahaa.. pernah sekali my Dad ajak makan sama2.. then my Mom pun on jer.. aku mula2 macam tekejut la sikit.. yelaa.. awal2 dah berani setuju keluar.. tapi my Mom cakap (tym story kat aku) "ehh..dah ada orang nak belanja ambek je la" lol ... *My Dad bantai gelak tym dengar reason ni* maksud ayat my Mom tu.. dia terima ajakan my Dad tanpa ada niat apa2.. dah orang belanja..bagus laa save jugak budget dia.. hehe

Personality my Mom ni.. walaupun agak pendiam tapi sebenarnya my Mom ni kental orangnya.. mungkin sebab kehidupan yang susah dari sejak kecil lagi itu yang mengajar my Mom jadi tabah seperti sekarang.. serius.. aku jarang tengok my Mom menangis.. pernah tengok 2, 3 kali masa tengok movie+AF1+nenek aku meninggal.. dan aku pun nanges jugak tengok movie dan AF1 tu.. tym nenek aku meninggal aku nanges sebab my Mom.. mesti my Mom sedih tym balik kampung hari tu.. huhuu..

Walaupun pada mulanya my Mom ni macam buat tak kesah jer dengan my Dad tapi akhirnya cair jugak hati my Mom setelah melihat kesungguhan my Dad.. sampaikan my Dad sanggup datang rumah my Mom nak ambek hati bakal mak mertua masa tu.. hihii.. dan Alhamdulillah.. sebelum my Parents nikah kat kampung my Dad.. my Mom sah menjadi seorang muslimah.. yess.. my Mom convert to Islam.. dari situ la my Mom belajar semua benda dari my Dad.. dari sekecil2 perkara seperti bab kebersihan, memasak, mengaji and everything.. dan Alhamdulillah juga.. walaupun my Mom tak lancar sangat baca Al-Quran tapi my Mom dah banyak kali khatam Al-Quran..

Apa yang aku bangga dengan memiliki ibu seperti my Mom adalah my Mom tak pernah malu untuk belajar agama walaupun benda tu basic dan dah pernah belajar sebelum ni tapi my Mom still join kelas2 fardu ain.. katanya "biarlah dah belajar..apasalahnya nak tambah lagi ilmu.. ustaz/ustazah ni kalau mengajar bukan benda tu je.. diorang boleh bagi ilmu melalui cerita2 tambahan diorang".. sampai lah sekarang.. kalau ada bicara ilmu kat tv.. mesti my Mom akan duduk depan tv sambil ditangan ada buku dan pen..my Mom akan salin perkara2 yang penting.. Sama juga bila my Mom tak tau baca jawi.. my Mom akan tanya aku atau akak dan abang2 aku tanpa rasa segan.. solat pun tak pernah tinggal.. di tambah lagi solat2 sunat.. *aku yang belajar di sekolah agama pun tak kerap solat sunat.. hukhuk* .. aku memang bersyukur dapat my Mom yang ambil berat perihal solat.. kalau nak dibandingkan Emak kawan2 aku.. yang rata2 semuanya memang beragama Islam tapi tak pernah nak solat.. harap anak jer yang dihantar ke sekolah agama.. huhuu..

Seumur hidup aku.. aku tak pernah kena pukul or whatever dengan my Mom.. sama juga dengan abang2 dan akak aku.. marah kena tengking pon memang aku tak pernah alami.. kalau my Mom marah pun my Mom tak tengking.. hanya dengar tone tak puas hati+menyindir jerr.. hahaa.. lagi satu, kalau tym sekolah rendah dulu kawan aku selalu cakap "eh.. aku tak boleh kotorkan baju aku..nanti mama aku marah" dalam hati aku 'mak aku tak pernah marah pun kalau baju aku kotor?' tapi aku ni bukannya jenis maen lasak outdoor punya.. guling2 kat lumpur ker.. memang tak la.. sebab aku ni dulu indoor punya.. ermm.. duduk rumah jerr..

My Mom ni jenis yang macam tak kesah dengan benda sekeliling..kalau rasa hati my Mom tengah marah dia hambur kan saja.. tapi aku tak pernah nampak lagi laa.. my Mom just cerita yang my Mom pernah kena suruh pegang cacing.. euuwww~ orang laen tak berani nak bantah.. tapi my Mom satu2 nya perempuan yang bantah tak nak buat macam tu siap marah balik fasilitator tu.. hahaa.. satu lagi, pernah something berlaku pergaduhan mulut dalam family+ipar duai sebelah my Dad.. tengah2 gaduh mulut.. agak hot jugak ler tapi my Mom buat tak kesah.. dia lagi kesah dengan makanan dia..hahaa.. sebab perkara tu rasanya tak perlu lah di perbesarkan. sebab tu la my Mom buat dono*don't know* jer.. my Mom pun tak ambil kesah apa orang nak kata.. kalau aku cakap something like "eee malu la nanti orang cakap blablablaa" then my Mom "eh kau peduli apa cakap orang" kekekee..tapi selagi benda tu elok laa.. yelaa kadang2 benda elok pun kita takut atau segan nak buat..something like that laa..

Okey.. rasanya dah banyak dah aku kongsikan cerita about my Mom, walaupun banyak lagi perihal my Mom ni..tapi takkan nak story semua..kann?

"Happy Birthday Mom.. adik doakan semoga Allah panjangkan umur Mom and Dad.. adik nak tengok Mom and Dad boleh bermaen dengan anak2 adik nanti sama macam Mom and Dad bermaen dengan anak2 abang2 sekarang.. semoga Allah mengampuni segala dosa Mom and Dad serta diberi kesihatan yang berpanjangan dan tidak lupa juga adik pohonkan semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan Mom and Dad serta amal ibadah yang di lakukan diterima oleh Allah.. Adik really2 love You, Mom and Dad"


Dari Google

Thursday, 26 February 2015

Cerita 2, 3 Minggu Lepas~

Assalamualaikum..

Agak lama juga aku tak update+buka blog.. sebab baru2 ni aku habiskan masa dengan family aku (terutamanya with my Parents) jalan2 makan hangen.. minggu pertama tu kitorang pegi beberapa tempat dalam negeri jer.. tapi tak lama sebab masa cuti2 tu abang aku call bagitau anak dia tak berapa sihat so kitorang balik kampung nak jenguk anak buah aku sekali dengan jaga diorang la sebab akak ipar aku keje.. bila cakap pasal anak buah ni.. ekceli aku pernah jaga sorang anak buah aku dalam 2 tahun jugak la dari start umur dia 3 bulan, 2 bulan pertama tu akak ipar aku lerr jaga aku just tengok2 jer.. belajar dari dia.. tapi bila dah nak dekat 2 tahun aku tak jaga budak ni.. agak kekok juga la.. sebab dah lama tak urus baby kan.. ohya.. yang aku jaga sekejap ni umur dia bawah setahun means adik kepada yang aku penah jaga tu..

Selepas beberapa hari.. anak buah aku belum baik sepenuhnya lagi.. tapi apa boleh buat kitorang terpaksa tinggalkan diorang sebab kitorang dah beli tiket pegi semenanjung.. anak buah aku sebenarnya tak sakit teruk sangat pun.. Alhamdulillah diorang still aktif tapi biasa la budak2 penjagaan dia kena lebih sikit.. 



Sumber: google


Then keesokkannya kitorang terbang.. ada laa beberapa negeri kitorang lawat especially negeri2 Utara la.. akak aku ada kat sana so dia bawa la kitorang shopping.. hahaaa.. seminggu jugak lah kat sana.. ada beberapa tempat kitorang pergi.. my Mom pun bukan maen sakan lagi borong pakaian.. huhuu.. aku yang tengok pun naek gerun.. haha.. aku pula tak de la banyak sangat borong pakaian.. tudung je lah lebih sikit sebab nak bagi kat kawan2.. dan aku memang puas hati jugak la sebab memang jauh murah dari tempat aku.. kalau ikutkan hati memang banyak kitorang nak beli tapi.. nak membawa tu payah.. nak packing lagi.. my Dad geleng2 kepala jer mampu.. siann..hahaa

Ada satu tempat shopping ni kitorang pegi.. masa aku tengah tengok orang ramai yang datang.. tiba2 ada la 3 atau 4 sekawan lelaki ni.. tak de benda pun sebenarnya.. tapi nak story jugak lah.. ekceli benda ni biasa sebenarnya tapi kurang biasa bagi family aku tengok lelaki buat lelaki macam tu.. hehe.. diorang tak buat apa pun.. tapi 2 orang ni aku memang nampak diorang jalan rapat2.. alaa.. macam jalan tangan letak atas bahu tu.. memang biasa.. tapi yang gediknya tetiba tangan yang letak kat bahu kawan dia tu gatal pulak nak ramas2 belakang kawan dia dah tu bleh pulak dia usap2 pinggang kawan dia.. aku yang tertengok pun rasa 'errkk!.. tempat public kot..' terus aku tengok parents aku.. fuhh.. nasib baek diorang tengah galak belek2 baju.. andai kata mata kitorang sama2 menyaksikan benda tu.. mesti aku krik kriikk kriikk.. awkward gila.. kalau macam tu memang awal2 aku tengok tempat laen.. ha ha -.-' 

Ekceli.. sepatutnya lepas dari jalan2 kat negeri2 Utara ni.. kitorang terus balik tapi saje nak abes kan duit *lol* singgah lah ke Ibu negara.. nak dijadikan cerita nfon aku tercicir kat teksi.. gelabah gila aku cari2 fon.. huhuu.. Alhamdulillah teksi tu baek.. tapi dekat 2 hari la aku tak pegang fon.. padan muka! hahahaaa *nanges*


Tengah tunggu flight

Masa dalam kapal nak pegi Ibu negara.. aku tak tido pun.. tak tau la apa jer aku buat.. biasanya aku akan rehatkan mata.. tapi mungkin sebab aku dah membuta dalam perjalanan.. maybe sebab tu la aku tak ngantuk dah.. dan ni la keje aku antaranya..


Pemandangan malam dari atas

Serius.. aku suka sangat2 tengok pemandangan malam.. maksud aku lampu2 la.. aku ambek ni setelah beberapa minit kapal berlepas.. dengan kamera yang tak seberapa aku ni di tambah kemahiran yang masih tak sampai setahun jagung.. ini je la aku mampu.. walaupun aku sebenarnya suka juga tangkap gambar tapi bukan semua benda aku teringin nak tangkap.. masa ambek ni.. aku lebih suka guna mood manual.. dah memang tu jer kitorang kena ajar.. guna mood lain aku tak berapa reti.. tambah2 nak cepat kan.. so guna mood yang aku pandai je la..


Selepas beberapa minit pemandangan bandar tadi.. muncul pulak pemandangan bandar negeri laen.. 

Bila bercuti kat bandar yang sesak ni.. dapat la aku cuci mata pegi salah satu tempat menarik yang wajib di kunjungi kepada mereka2 yang foreigner.. orang2 sini pun selalu jugak pegi tempat ni..

Dah lama tak naik LRT

Bila laa aku dapat naek kat atas tu.. teringiinn~


Bila kawan aku tanya bila balik U? yelaa.. dah nak masuk sem tym tu kan.. memang terbaek laa esoknya kuliah.. hari ni baru aku balik.. hahaha.. hari pertama memang serabut.. pakaian aku sumpah selekeh.. dengan badan tengah mengembang sekarang ni.. nak pakai seluar formal yang biasa aku pakai pun dah errmmm..... hahahaaa T.T ... gerak dari rumah memang drift la nampaknya... chehh.. drift konon.. tak de nya aku nak membahayakan nyawa *cehh poyo.. padahal tu sian kereta...* dengan jem lagi buat aku gelabah.. kejap ke kiri kejap ke kanan dah nampak kereta laju kat belakang tapi kereta kat depan still kat kanan jugak bawak pun cam jalan sambil bukak mulut telan angen.. memang berangen juga aku dibuatnya.. hahaa.. ni ayat2 orang yang kelam kabut pegi kuliah.. Padan muka ko..lambat2 lagi makan tengahari.. siap gelak2 lagi dengan parents.. baju tak iron lagi memang persiapan terbaek.. hahaa.. ekceli mood aku tym tu still mood holiday lagi.. alaa.. aku tau bukan aku sorang je buat macam ni.. kann?? ayat2 tak puas hati tym drive memang biasa lerr.. kadang2 kita rileks2 jer bawa tapi boleh naek hangen dengan karenah2 pembawa2 kereta laen.. dan diorang pon sama.. hangen jer tengok aku.. hohoo..

Minggu ni dah mula semester baru.. subjek pun semakin menarik.. yang tak menariknya nak buat research tuk final sem.. well menarik ke tak menarik kena buat juga.. tapi satu jer cara nak buat benda ni menarik.. cari la tajuk menarik yang ko enjoy nak buat.. bagi aku laa.. masa buat discourse aku dulu.. mula2 aku fikir macam susah jer.. boleh ker aku buat? memang tak yakin dengan kemampuan diri.. tapi Alhamdulillah kunci dia bagi aku selain dari doa+usaha.. ko kene set dalam kepala benda ni walau sesusah mana pun kau kena selesaikan satu persatu.. kena paham dan anggap jer benda ni tak la sesusah mana.. bagi aku la.. untuk otak aku yang tak berapa nak geliga ni kan.. tu laa.. dulu tau maen je keje..

Okey.. selain dari projek tuk sem ni.. aku dan genk2 aku pun ada projek besar.. ha ha ha *gelak jahat* tak lama lagi befday Ana.. kitorang nak buat gimik sikit kat dia.. bukan apa.. aku teringin nak tengok dia nanges disamping nak begaduh dengan Ija dan Ima..*kejam punya kawan* haha.. kitorang sekarang ni tengah ambek feel..memang dah start kumpul perasaan tak puas hati.. konon je laa.. padahal tu tak ada apa pun.. marah2 tak puas hati tu perkara biasa.. *peace*.. tapi satu benda je aku risau nak melakonkan watak ni.. aku risau tegelak je tym kemuncak gimik ni.. yelaa.. kitorang sehari memang tak sah tak gelak macam macik ponti.. -.-' bayangkanlah betapa bisingnya bila empat kepala bergabung.. aku harap projek ni menjadi dan ada la orang yang menanges nanti.. kikikii... salah satu kenangan terindah di U.. hahaa.. okey.. tak mo story lebih.. rentetan selepas kejadian akan aku ceritakan akan datang.. jadi ke tak jadi.. ngeee~~


Thursday, 5 February 2015

# 3 in 1 story #

Assalamualaikum...


Sumber google

Baru tadi budak A ajar aku nak donlod criter kat torrent.. sebelum ni ade je u torrent kat laptop aku guna sebelum ni.. abang aku pun guna laptop tu tuk download Merlin.. setelah aku merengek nak citer tu.. hahaa.. criter faveret aku tuh..tapi ending hampehh tol.. laptop tu lappy warisan akak aku punya.. tapi dah kene curik lerr.. siap ngan hardisk yang abang aku bagi lagik.. dah la banyak bende dalam tuh.. sedih gilerr.. T.T.. so kena la install yang baru.. ermm.. baru aku tau banyak jer criter boleh download kat torrent ni.. hahaaa~

Tapi bukan benda tu yang aku nak criter... 3 hari lepas.. 

Ija: Kak, buka wechat sekarang.. ade ke patut Ana nak pindah U gara2 mamat tuh. (mesej)

Then aku pun buka la cepat2.. kat group chat tu nampak jer kewujudan diorang.. ingatkan bincang pasal bende tu.. sekali main sticker daa.. -.-' .. aku punya la susah hati... aku pun join la main sticker jugak.. hahaa.. then dapat noti wasap dari Ija (private.. biasa kat group).. budak tuh bagi screenshot perbualan dia dengan Ana.. dalam tuh ada la si Ana ni berhajat nak pindah sekiranya dia betul2 break dengan pakwe dia..

Sebelum ni.. sebelum dia kapel.. sebelum dia jumpa mamat tuh.. dan sebelum2nya lagi.. aku dah bagi nasihat dah dengan budak Ana ni.. tym tuh dia tengah kapel dengan pakwe kat kampung dia.. dia selalu cakap dia ni dah matang.. dalam bab kapel dia lah yang paling tererr.. sampai aku yang tua dari dia pun kalah sebab tak pernah kapel.. *grrrrr* tapi malangnya itu hanya kata2nya saja.. kematangan ni boleh dilihat dari segi pemikiran bukan dengan gaya pemakaian atau pun tingkah laku.. tu pendapat aku laa.. gaya pemakaian dia agak matang sikit la dari aku.. *so what?!hahaa*

Style budak Ana ni kapel.. betul2 membuatkan aku teringat kat zaman2 skolah.. kekekee.. dia maen bedal je mamat2 yang ajak dia kapel.. cumanya dia ni mula kapel masa form 6.. kira dah besar panjang dah la.. berbanding umur PMR, SPM.. nasib lah yang ajak ni pun tak de la ramai sangat.. kalau ramai aku tak tau la macamna..

Jenis pemikiran dia ni.. 'lebih baek terima orang yang sayang kat kita daripada kita yang sayangkat orang tuh'... well.. ada betulnya dan ada juga salahnya.. apa gunanya terima orang tuh kalau hati kita tak de kat orang tuh langsung? kalau ada sikit pun.. kita akan bosan dengan orang tersebut kalau kita tak menerima dia seadanya..

Ana: isyhh.. bosan la kak.. asyik tanya benda yang same jer tiap2 hari.. 'buat apa?' 'dah makan ke belum' 'jalan dengan sape'.. bende2 tuuu je..

Pandai pula bosan.. tapi bila tak mesej mula lah..

Ana: eeee! kenapa dia tak mesej ni kak? selalunya tiap2 malam dia akan mesej.. tak pun call.. 
*dah sudaa tanya aku pesal?*
Aku: larr... hari tu kata mesej bosan la, ape laa.. ni tak mesej mencari jugak..
Ana: bosan sebab dia tak paham apa yang Ana nak... ni tak mesej ni layan perempuan laen ke ape?!
*what the ..... -.-' *

Aku memang tak paham jenis budak ni.. buat tu tak kena.. buat ni tak kena jugak.. well perempuan memang macam tu.. dan aku pun macam tu jugak.. hahaa.. tapi at least aku ni tak de la macam budak ni..

Ana: Ana nak dia ada selalu dengan Ana.. kalau dah jauh pun selalu la call.. Ana nak dia bagitau kesemuanya setiap hari.. blablablablablaaa~

Bila budak ni cakap macam ni.. terus aku bangkah pendapat dia.. well dia kena paham lelaki ni bukannya suka sangat nak melapor apa2 benda kat awek dia.. kalau ada pun sangat la sedikit.. tambah2 lagi nak selalu bersama2 dengan dia *selalu dating* .. aku pantang betul pendapat dia yang ini.. bebuih jugak la mulut aku ceramah budak ni.. alih2 dia cakap " eeee...kenapa pendapat akak dengan pakwe Ana same je? dia selalu cakap macam tu kat Ana" -.-' .. umo 22+pemikiran yang still budak2 VS umo 28+pemikiran lelaki yang dah matang(kot) .. dah memang laa berlainan pendapat.. keinginan pun laen2.. 

Kepala budak ni lagi memang laen dari aku.. bila aku kata A dia kata Z.. dari awal perkenalan sampai sekarang budak ni selalu buat aku membebel.. dah tu cakap "rileks laa akak.." chehh! dah buat darah aku naek boleh plak suruh aku rileks.. yee.. aku tau perbezaan pendapat tu mesti dan normal.. aku sedaya upaya nak menerima perangai budak berdarah A ni.. hahaa.. kitorang ni walaupun selalu gaduh.. kadang2 kawan kelas kitorang tengok kitorang bercakap pun macam bergaduh.. hahaa.. tapi sebenarnya ini lah yang membuatkan hubungan kami bertambah rapat.. sekarang ni lepas je dari aku ceramah kaw2 kat dia pasal problem dia dengan pakwe dia yang baru.. baru lah dia tau betapa berharganya nasihat dari orang yang dulu makan garam ni.. bak pepatah Ija.. hahaa..

Apa yang aku cakapkan pun tuk diri dia juga.. sekarang ni bukan masa busy nak bercinta bagai.. kalau di takdirkan dia pun turut mempunyai perasaan yang sama dengan orang yang mengajak menjalinkan hubungan.. aku tak kesah sangat.. walaupun kalau bagi aku.. aku tak nak dia kapel dengan mana2 lelaki.. tapi aku hanya manusia biasa.. iman aku pun tak tebal mana.. aku takut nak membenci+memperlekehkan sesuatu sebab aku tau ia akan berbalik pada aku sendiri.. dan ianya pernah terjadi pada aku.. huhuu.. apa yang mampu aku nasihatkan jaga perilaku dia jer..dan dia pun tau benda tu..

Tapi Alhamdulillah.. selepas apa yang terjadi kat si Ana ni.. dia dah mula faham apa yang aku katakan.. dia dah janji dah dengan kitorang.. dia tak nak kapel dahh.. kalau boleh kawen terus hahaa.. errmm... kita tengok macamna masuk sem nanti.. siap la budak ni..



dari pacik google

2nd story.. aku ada chat dengan budak kelas aku jugak.. lelaki.. ntah macamna dia criter masalah dia dengan awek dia... *padahal aku tak rapat sangat pun..tambah2 tu 1st tym kitorang chat*  bukan cerita detail pasal masalah tu pun.. dia bengang sebab awek dia ni selalu merajuk tak tentu pasal..

J: dah pujuk dah.. habis dah ayat2 saya keluarkan.. tapi dia still juga merajuk...
perempuan ni memang suka merajuk tu fact! susah macam ni....
A: dah kalau ko rasa susah.. cari je la yang laen..
J: dah tu juga yang di sayang macamana akak?
A: grrr.. jiwangg! hahaa.. dah tu p la pujuk.. call dia..
J: buat apa kalau kriikk krik kriiikk.. buang masa je.. baek layan Dr. Zakir Naik..
A: haaahh.. bagus la tuh..

hurrmm.. pemikiran perempuan ni pun sama juga.. aku pelik lah.. kenapa diorang ni over sangat nak melayan buahati diorang.. mak bapak diorang dah bagi lampu ijau ker nak buat semua tuh.. adoii.. aku sekarang ni boleh la cakap macam nii.. dan benda ni la jugak aku takut kan bila dah ada kapel nanti *kalau ade laa*.. 

Yang aku nak sebut ni pasal "dah itu juga yang di sayang nak buat macamana?" sorry to say la.. aku sekarang ni masih belum lagi dapat rasakan perasaan menyukai seseorang yang sememangnya banyak kekurangan.. well aku tak pernah kapel kan.. kalau pernah pun tu tym budak2.. cinta monyet orang cakap.. aku tak masukkan perhubungan tuh dalam list kapel yang sebenar.. bila budak lelaki ni cakap macam tuh.. dalam hati aku terus cakap.. 'susah sangat ke cari laen?' hahaa... amboii ko yoobiii..sedap je kan cakap.. ye aku tau sakitnya bila putus cinta.. dan sememangnya aku pun pernah kecewa tapi lebih kepada bertepuk sebelah tangan jerr.. *sedihh* hahahaaa.. tapi kadang2 tu aku tak paham sangat macamana diorang (orang2 laen) susah sangat nak lepaskan buahati diorang.. kalau pasangan diorang okey, baik, memang menantu pilihan tak pe jugak.. tapi kalau dah terang2an kelabu asap buat apa nak jadi pasangan hidup? aku tak cakap diri aku perfect menantu pilihan ke hape.. tapi at least biar la yang mak bapak boleh terima pasangan kita tu jadi sebahagian dari family.. tapi kesimpulannya sini.. mulut orang yang tak pernah rasa bercinta memang senang jer cakap.. macam aku laa.. dan aku mohon doa supaya Allah tak berikan perasaan tu sebelum tiba masanya.. Amiinn...



google jugak..


Last story.. masa aku tengah wechat dengan Ana dan Ija.. sambil2 membebel tu.. tangan aku mengedik pulak pergi 'People Nearby' .. aku jarang bukak wechat sebenarnya.. tersangat jarang dan aku tak tau sangat pun kegunaan kat dalam wechat ni.. aku sempat la scroll sekali imbas je pastuh blah.. aku tak tau plak bila dah check in people nearby ni *ayat sesuka hati* orang laen still detect wechat aku.. tiba2 ada 2 orang add aku.. tapi aku tak terima pun.. tak lama pastu ada 3 orang.. aku pilih 1 je laa.. 

Malam tu memang menggedik lah kan.. aku tak pernah pun nak bekenalan2 ni semua.. pernah pun tym muda2 remaja dulu..hihii.. di awal perkenalan tu okey.. dia tak guna gamba dia.. lama juga la chat dengan mamat ni.. tukar2 soalan.. makin lama semakin mencapai tahap privacy yang boleh mendedahkan siapa diri aku..

L: boleh tengok gambar? *soalan+permintaan yang common dan menjengkelkan aku*
A: ni susah sikit.. aku tak suka bergambar blablablaa *alasan cuma.. padahal ade je gamba*

Alih2 dia tanya aku ni macamana orangnya.. aku pun bagi la ciri2 yang cliche.. hahaa.. then aku tanya dia pulak.. aku nak dia bagitau ciri2 fizikal dia jer.. alih2 dia bagi gambar.. 'hurrmm.. tak ensem sangat pun' lol.. tak.. aku tak memilih rupa ke apa.. biasa lah tu manusia.. just my comment.. lagipun kan kenal2 cam tu jer.. bukan nak jadi pakwe ke ape.. dalam2 berkenalan tu boleh pulak dia tanya alamat rumah aku.. heyyy.. nak datang ke apa.. memang ngok la kalau aku bagi..

A: aik.. nak buat apa? hantar rombongan meminang ke apa?
L: boleh ker? hehee..

cheh.. dia pun tak nak kalah 

L: nak minta no fon...

Ahahahaaa~ aku hanya mampu tergelak.. entah perempuan mana la yang nak bagi no fon cam tu jer..  aku harap tak de la yang maen bagi je no fon kat sape2.. aku menggedik malam tu pun sebab saje je tetibe mood nak berkenalan dengan someone.. hahaa.. malam tu je laa.. sekarang ni mood aku dah kembali normal.. Alhamdulillah..


Ps: dah 3 lebih nii.. mudah2an bukan gajah yang mengejutkan aku tym subuh nanti..huhuu




Tuesday, 27 January 2015

Diri ku Pendendam??

Assalamualaikum..


Sumber: Google


2 hari lepas aku ada chat ngan budak skolah aku dulu.. dia muda setahun je ngan aku.. antara semua bebudak yang rapat ngan aku.. dia ni special sikit.. special ni maksudnya dia yang lebih mengetahui apa yang orang laen tidak ketahui.. even bestfren aku pun aku jarang ceritakan apa yang ada dalam hati aku.. ceeyyhh~

Tym skolah dulu selalu jer aku cari budak ni kat bilik bila bosan.. haha.. apa yang kami borakkan mesti akan masuk bab2 orang yang kami minat.. tapi ekceli ada bende juga yang aku rahsiakan dari dia.. tengok keadaan laa..

Okey.. berbalik pada bende yang aku nak story ni.. ermm.. tengah syok2 chat.. tetiba dia sebut nama someone yang... susah nak cakap.. sebab dia tak la memberi kesan sangat pada aku.. mungkin pada suatu ketika dahulu.. ye.. ade la sikit..

Ekceli.. someone ni.. (aku namakan dia L) kawan kepada budak yang aku rapat ni si A.. diorang 1 kelas dari form 2 lagi rasanya.. L pernah jadi adik angkat aku.. masa dia form 2.. comel je orangnya.. kecik2.. tym tu je laa.. nampak sangat belum pecah suara dia.. hahahaa.. kitaorang selalu je mesej.. kat rumah ke.. asrama pun kadang2 curik2 mesej.. makumlah dulu2 still tak boleh bawa nfon.. bleh kira rapat juga la.. tapi malang sekali.. aku hanya boleh huha huha ngan dia dalam fon je..*kitaorang tak pernah calling2 punn* cakap depan2 lagii laa tak pernah.. aku hanya mampu tersenyum malu bila bertembung ngan budak ni.. *inesen nya diriku dulu..*

Pernah sekali L panggil aku bila dia nampak aku lalu kelas diorang..(tapi aku tak layan) dia panggil nama je ye.. tak de 'akak'.. kuang ajaq tol.. bukan la apa.. tym tu sistem asrama skolah agama ni femes bab panggil pangkat ni.. cuma lelaki tak sangat kot.. *ntah.. aku tak tau diorang.. lantak laa* lagi satu kenapa aku geram dia panggil aku dengan nama je.. sebab kat dalam mesej bukan maen sopan giler panggil aku akak.. sekali depan2 hilang terus akak.. aku tak tau la.. kot2 dia segan nak panggil 'akak' depan2 kawan kelas dia..

Tahun seterusnya perhubungan kitaorang still lagi adik - akak angkat.. bleh tahan la.. 3 tahun still lagi galak ber mesej.. sampai la pada saat aku ternampak sorang budak form 1 baru masuk ni.. nama dia K.. muka dia mengingatkan aku dengan seseorang yang agak special *tym tu je.. sekarang hanya kenangan cuma..* perhatian aku tetiba terarah kepada K.. aku jadi secret admire dia.. ha ha ha *lawak gila bila ingat* ada la sorang dua kawan lelaki kat kelas aku jadi orang tengah.. nak jadikan dia adik angkat *tamaknya kau yoobi*.. tapi seperti biasa aku ni pemalu orangnya.. aku malu nak tunjukkan muka walaupun dah banyak kali salam yang aku kirimkan pada dia.. *ayaattt...grrrrr*

Okey stop pasal budak K.. kiranya dalam tahun tu aku ada dua adik angkat.. aku sedaya upaya tak nak L tau pasal ni.. memang dia tak tau langsung.. bahagia kitaorang bertiga.. hahaa.. tapi cuma bertahan hingga pertengahan tahun je.. mulut orang tengah aku yang terlalu ringan tanpa sedar menceritakan pasal aku dan budak K.. sebabnya orang tengah aku ni rapat kedua2 nya.. tym dia bagitau dia dah terlepas cakap.. aku dah risau.. merajuk ke budak ni nanti.. aku siap karang surat lagi tuk menjelaskan keadaan.. *ceyyhh..bajet orang dulu kala*.. tapi belum pun sempat surat aku sampai ke tangan L.. aku dah dapat dah surat dari dia.. jangkaan aku memang tepat.. malah lebih lagi ada la.. marah giler budak tu.. siap suruh aku pilih antara dia atau budak form 1 tu.. hahaaa.. *sekarang je bleh gelak..dulu susah hati.. huhu*

Aku punya lah dalam dilema pikir pilih siapa sampai kan cikgu kat depan pun tembus je tak aku tenung muka cikgu tu.. tambah2 hari tu last skolah sebelum cuti pertengahan.. bukan aku sorang tapi ramai je otak+roh diorang dah sampai kat rumah.. pikir punya pikir.. dah rasa macam pilih buahati pun ada juga.. alih2.. aku pilih si K.. sebabnya tym tu aku tengah happy ngan K..hahaa.. tambah2., aku sakit hati jugak la dengan nada surat si L ni.. eeii.. nama je lelaki.. cemburu mengalahkan perempuan..

Start L dapat surat keputusan muktamad aku.. kitaorang 100% stop mesej.. dari L bertukar kepada K pulak yang selalu mesej dengan aku.. hahaa.. sejak tu jugak aku seakan bermusuh dengan L.. pantang tengok muka aku.. nampak la muka dia yang tak puas hati.. well L ni jenis lembut sikiiitt je.. dia bukan 'aww' .. tapi dia jenis yang ramai kawan perempuan.. haa.. dapat imagine kan.. 

Aku mula2.. tak de la kisah sangat.. lantak dia la nak benci aku ke apa.. tapi start kebencian aku pulak bila kitaorang dah naik form.. aku dah form 5.. ntah macamna aku terminat pulak dengan si E.. seumur dengan L.. siap kawan rapat L lagi..huhuu.. tapi minat aku ni bukan adik - kakak.. tapi lebih special laa.. aku sempat la bermesej dengan dia.. tapi dia tak kenal aku pun.. tak ingat dari mana aku dapat no fon budak E ni.. orangnya sopan.. A(budak perempuan yang aku rapat) pernah cerita.. si E ni jarang bercakap dengan perempuan.. tengok pun jarang.. (memang test aku dulu...) lagii laa aku tangkap cintan kat E..

Masa aku still maen mesej dengan E.. pernah sekali dua.. L terperasan yang aku tengah senyap2 perhatikan si E.. bila aku tengok L.. dia macam dah terbau2 yang aku ni minat kat E.. nampak la reaksi muka dia yang kalau boleh aku terjemahkan "eh.. minah ni..tak cukup sorang.. nak cekup kawan aku pulak?.." *lantak ko la..jeles ke?*


Sumber: Google

Aku pernah bagitau E.. jangan bagitau sapa2 yang kitaorang selalu mesej.. aku teramat risau kalau si L dapat tau.. (sebab dia tau no fon baru aku) confirm2 dia tambah benci ngan aku.. tambah2 aku still nak rahsiakan siapa diri aku dari si E.. dia dah janji tak bagitau sapa2.. tapi malangnya L dapat tau jugak.. dia siap mesej aku dengan kata2 yang menyakitkan hati aku.. dari pada aku tak benci dia.. alih2 disebabkan mesej tu la sampai sekarang berbekas kat hati aku.. walaupun aku dah lupa isi kandungan mesej tu..

Tak tau sama ada E yang tanya sapa empunya no fon aku tu kat L ataupun L yang selongkar nfon si E.. sebab aku dah dapat rasa yang L tau aku minat kat E.. kecewa habis aku tym tu.. siap aku marah kat E.. nak putuskan hubungan (hubungan mesej je puunn.. hahaa).. sebab masa tu aku ingtkan E yang bagitau.. tapi balasan mesej dia pulak buat aku rasa serba salah.. dia macam tak tau apa2 pun.. (ntah betul ke tak).. siap dia bagi kata2 terakhir yang buat aku cair+sejuk terus marah aku.. hahaa.. nak je aku tarik balik kata2 aku tu.. tapi ego punya pasal.. sampai di situ je hubungan alam maya kitaorang..

Sebenarnya.. apa yang aku nak cakap ni.. aku nak mempersoalkan hati aku.. selama ni aku labelkan diri aku bukan lah pendendam orangnya.. serius aku tak rasa nak berdendam dengan sapa2.. even aku rasa nak dendam pun.. nak balas balik.. tapi bila peluang tu datang.. macam tak sampai hati pulak nak buat macam tu.. tapi bila.. si budak A ni sebut nama L.. terus aku macam "errkk..dah kenapa budak ni sebut nama manusia sorang tu.." rasa macam hilang mood+geram+menyampah pun ada la sikit singgah ke hati aku.. dan sebenarnya.. L ada sent fren request kat aku.. dah lama dah.. tapi sampai sekarang aku tak approve.. tak tau kenapa.. tapi mungkin sakit hati tu still berbekas lagi.. ntah laa.. tapiii.. sakit2 hati pun yang ko stalked Fb dia apesal?? pelik betul aku ni.. hahaa...

Hari tu member aku ada cari pasal sifat mengikut bulan.. kebanyakannya entri yang berkongsikan pasal benda ni sama je.. sebab sumber diorang daripada Dr. Fadzilah Kamsah.. *aku tak berapa enjoy sangat kajian Dr. ni sebab antara banyak2 bulan.. bulan tu menampakkan ciri2 perfect.. sesuai jadi dokter la apa laa.. sikiit je ciri2 dia sama dengan aku..* yang member aku cari pulak kebanyakan memang kena dengan aku..(mungkin kebetulan).. dalam beberapa sifat negetif dia list kan.. sifat pendendam tu aku selalu tolak.. aku cakap kat diri aku 'eh aku bukan pendendam pun..' tapi tadi bila aku teringat balik pasal bende ni.. aku muhasabah diri balik.. betul ke aku ni bukan pendendam? kalau bukan.. apesal ko still sakit hati (walaupun sikit) bila nama dia muncul?.. errmmm.. ntah la~

Monday, 26 January 2015

Suspicious - Part 1

Assalamualaikum...




Dalam entri ni aku nak story pasal.. ermm.. macam mna nak cakap ya.. yang pentingnya bukan pasal aku.. tak ada kena mengena langsung.. tapi ni berdasarkan apa yang aku nampak.. mungkin sapa2 yang baca ni agak kurang senang.. yalah.. aku perempuan.. tapi bleh pulak buat benda ni.. tak buat apa pun.. just tengok je..huhuu.. okey sebelum memulakan cerita aku minta maaf dulu yee~

Benda ni dah lama berlaku (tak lama sangat pun).. seingat aku maybe tahun lepas atau 2013.. ceritanya macam ni..

Masa tu aku tengah duduk sorang2 kat library.. memang lah bukan aku sorang je.. ramai je kat library ni.. sementara tunggu kelas aku pukul 3.. aku lepak jap kat library tu.. aku tak ingat aku buat apa tym tu.. tapi rasanya tengah buka laptop.. so.. biasalah kalau sorang2.. agak alone dan awkward sikit.. sebab aku biasanya berteman.. tapi dah tak sama subjek ngan member.. nak buat macam mana.. lagipun dah nama pun U memang lah kena berdikari..

Tengah2 aku rest kan mata.. penat kot asyik tenung laptop.. aku tengok la gelagat manusia2 yang ada dalam library.. ada yang sorang sama macam aku.. ada yang berpasangan.. ermm.. couple kot.. ada yang berkumpulan.. tiba2 mata aku terlihat.. sorang lelaki ni.. (aku amek huruf 1st dia lah.. I ) tengah menghadap laptop kawan dia (kawan dia aku namakan S).. aku nampak diorang tengah kongsi earfon.. maknanya 2 orang lelaki ni tengah tengok something kat laptop.. tapi kejap je.. pastu si I ni macam bagi komen dengan apa yang diorang tengok.. macam serius je bende tu.. aku nampak macam si I ni disagree dengan apa yang diorang tengok.. tak lama lepas tu.. 1 bende yang buat aku terkejut sedikit bila si I menanggalkan earfon sebelah kiri dia then dia dengan selamba memasukkan earfon tu kat telinga kiri S.. bleh imagine tak bende ni.. kiranya kan diorang ni tengah kongsi earfon tadi.. pastu bila I tak nak dengar dah.. dia pas la balik earfon tu kat member empunya earfon tu (si S).. bende ni mungkin biasa je bagi kaum lelaki.. tapi apa yang aku rasa tym tu... 'sweeettt gileerr'.. hahahaa... at first aku tak expect apa2 pon.. serius.. tanpa sedar mata aku tengah tengok gelagat diorang.. dari pandangan aku.. aku boleh simpulkan yang diorang ni memang rapat. terus terang tym tu aku dah fikir bukan2.. salah 1 soalan yang balik2 muncul dalam fikiran+hati aku.. "apasal lelaki tu bagi macam tu? bukan selalunya lelaki just bagi "nah.." cam tu je ke??.. and then selalunya aku nampak scene2 tlg 'sumbat' kan telinga ni biasa couple 2 je buat.. keerr.. macamna? huuu~ "

Bila dah nampak scene cam tu aku pon apa lagi.. perhatikan la diorang.. hahaa.. bukan apa.. aku just cam curious dengan diorang.. kat meja yang diorang duduk tu ada 6 orang.. dalam hati aku cakap maybe diorang ni kawan kelas kot.. tapi ada sekali dua tu si S ni di tegur oleh sorang dua lelaki.. tapi aku tengok I macam buat tak tau je.. 'ohh myb diorang ni salah 1 la.. classmate/roommate/schoolmate etc..

Nak diceritakan lagi.. pemerhatian aku nampak perbezaan cara kedudukan mereka.. I dengan S duduk rapat.. berbanding sebelah S tu nampak ada jurang.. kiranya S duduk kat tengah la.. macam tu juga dengan 3 orang lagi yang duduk dihadapan diorang.. ada la sesekali tu aku tengok reaksi lelaki sebelah S ni.. dia macam.. ermm.. susah nak cakap.. tapi ada sekali tu dia tengok gelagat S dan I ni.. pastu macam dia paham2 sendiri.. well ni just pemahaman pandangan aku..

Malam tu.. ekceli.. aku still teringat2 scene maen sumbat2 ni.. hahahaa.. aku memang tak puas hati.. sampai laa aku buat sesi Psykologi dengan sorang roommate aku..

A: W.. bagi ko..selalunya ko nampak.. bila dua orang kongsi earfon then sorang tu dia bagi balik earfon kat orang sebelah dia(yang sama2 dengar earfon) macam mana cara dia?
W: ???....... erm... nah.. bagi je lah..*sambil buat aksi memberi something*
A: ko biasa tak nampak kalau sorang tu dia tolong sumbatkan telinga sorang lagi? (ayat tunggang tebalik)
W: errmm...selalu kot.. orang couple kan slalu macam tu.. tak pon perempuan-perempuan ke..
A: kalau lelaki??!
W: erkk??..ermmm.. ada kot..*tone tak yakin*

Hahahaaa... see?? okey aku memang tak puas hati juga.. kebetulan aku tengah duk layan sorang member aku kat selangor..member tym dip dulu.. aku tanya dia bende yang sama.. dan jawapan dia adalah sama dengan jawapan roommate aku tadi!!

F: ntah.. tak pernah plak aku buat aksi sumbat2 ni sebelum ni..
A: hahahahaaha*gelak kuat*
F: asal ko tanya?
A: takde apa lahh.. okey tukar crita laen..
F: eeeiiii...diaa nii..
*borak2 pasal bende laen . tetibe..*
F: weeyyy yoobi.. ko criter la....
A: aapeee??
F: Pasal yang ko tanya aku tadi tu.. aku tau mesti ada apa2 ni kann??
A: ahahaahaa... laa.. dari tadi ko pikir bende tu ke?... ada laa.. =p
F: isyhh!! ok finee!! *betul2 geram budak ni..*
A: hahahaa.. tak laa... tadi.. aku blablablablablaaa *aku cerita la dari awal sampai akhir..*
F: ooowww... ermm.. kat U aku ni selalu je kot aku nampak lelaki macam tu.. siap berpegang tangan lagi.. kitaorang pun tekejut.. tapi.. buat tak nampak je.. husnuzon je..kawan rapat~ hahaha *gelak miang*
A: errkk?? hahahahaa


Ps: masa 1st tym aku nampak I dan S.. aku ingat kan diorang ni senior.. yelaa.. budak2 baru (sem1) takkan la terus rapat macam tu.. tapi rupanya diorang ni 1st year jugak.. aku tau pun sebab aku nampak diorang dalam kuliah yang hanya budak tahun 1 dari fakulti aku je ambek.. chehh.. 1 fakulti rupanya.. tapi tak pernah pun aku nampak muka diorang.. ermm.. maybe sebab course laen2..
Masa aku masuk sem 2 baru aku tau nama diorang.. rupanya S ni pernah 1 kelas tym skolah menegah rendah dengan roommate aku daa..  hohoo.. kecik je dunia ni.. kalau dah ditakdirkan memang pusing mana2 pun mesti ada related punya.. dan 1 lagi.. melalui siasatan aku.. betul la.. I dan S ni dulu 1 skolah..hehe..
Okey.. cerita kali ni tak ade apa sangat pun.. just permulaan.. sebenarnya keesokkan harinya aku dah cuba fikirkan yang diorang ni tak ada apa2 pun.. bende tu biasa je.. tapi ada something yang berlaku membuatkan pemikiran positif aku di koyak-rabakan .. hahaa.. nanti la ada masa laen aku cerita..hihii..

Last: Macam aku bagitau awal2 tadi.. aku minta mahap lah yee kalau ada yang fikir aku ni macam menyibuk pasal cerita2 yang macam ni.. ermm.. tapi.. dari awal jugak aku dah bagitau pasal diri aku kat profile aku.. hehee~