Sunday, 18 January 2015

Kisah Lama... Aku dan Dia~

Assalamualaikum


15 Jan 2015

***************

S: Abang! sampai hati abang buat macam ni kat kak d.. Abang tau tak kesian kat kak d.. dia dah lama tunggu abang.. kenapa abang buat kak d tertunggu2? kalau dah tak nak, putuskan lah hubungan.. jangan menyepi je..*sambil menangis*

Aku terpaku.. S marah lelaki dihadapannya sambil menunjuk ke arah aku.. dia begitu sedih dengan kelakuan lelaki tersebut.. aku hanya mendiamkan diri..

aku berdiri di koridor.. mataku melihat pemandangan dibawah.. si dia ada di sebelah ku.. hanya kami berdua berada di koridor tersebut. 

R: Maaf lah.. dah lama kita tidak bertemu.. maaf buat awak tertunggu-tunggu..
Aku: Tak apa.. saya faham..

Aku dan dia masing-masing meluahkan rasa dihati.. dia mengatakan padaku apa yang berlaku sepanjang kebisuan dalam perhubungan kami.. situasi itu sepertinya hubungan kami telah lama sunyi dan sepi.. Entah lah.. aku pun tidak pasti.. tapi rasaku seolah2 tidak selama mana.. perasaan itu bagai baru sahaja..

Dalam perbualan ketika itu.. aku ingin bertanyakan padanya.. sesuatu yang ingin aku ketahui.. namun belum sempat mulut ku berbicara.. tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu.. kami berdua menoleh kebelakang.. rupa-rupanya rakan-rakan karib ku berada di belakang menyembunyikan diri.. mendengar secara senyap..

'Arghh.... kenapa diorang ada di sini...?ishh.. kacau daun jerk'

Mana mungkin aku meneruskan niat aku untuk bertanyakan pada si dia.. kehadiran mereka telah mematikan hasrat ku.. akhirnya soalan itu hanya bergema dalam hatiku sendiri..

***************

Aku membuka mata.. kedengaran sayup-sayup azan subuh.. aku membetulkan duduk ku dari pembaringan.. hari ni merupakan hari last exam.. akhirnyaa... mata dan kepala ku masih separa sedar.. kalau ingin diturutkan bisikan syaitan.. memang aku berniat untuk sambung tidur.. 

"LAILAHA ILALLAH....." tangan ku tadahkan..bacaan doa selepas azan meniti di bibirku.. dengan semangat yang bersisa aku gagahkan untuk ke kamar.. tidak sanggup berperang dengan kedinginan air subuh hari aku hanya mampu mengambil air wudhuk..

Dalam ketika anggota tubuhku dibasahi dengan air.. tiba-tiba memori ingatan ku memaparkan imbasan cerita tidur ku.. aku terpana.. dalam hati mencurigai apa yang ada dalam mimpiku.. 

Di kegelapan solatku.. imbasan itu terus bermain difikiran.. ada kesayuan dihujung hatiku.. persoalan yang aku ingin bertanya padanya sekali lagi bergema dalam hatiku "awak.. saya nak tanya..apa perasaan awak pada saya sepanjang kita berjauhan?" aku tertunduk... kenapa perlu dirinya muncul dalam mimpiku?



16 Jan 2015

Aku membaringkan tubuhku.. laptop di hadapan ku buka dengan penuh harapan.. niat di hati mencari orang yang telah lama pergi dalam hidupku.. kesan daripada mimpi subuh itu memberikan kerinduan terhadap dirinya.. walaupun aku tahu bukan mudah.. tapi aku tetap ingin mencuba..

Beberapa jam kemudian.. kegagalan tetap menguasai... si dia mungkin tidak menggunakan nama sebenarnya.. tercalit perasaan hampa dalam hatiku.. tanpa sedar hatiku menangis.. mataku turut mengikut jejak hatiku...

Ku pujuk hati.. mungkin dia sudah berpunya.. mimpi tu hanya mainan tidur.............

-----------------------------------------------------------

Aku berfikir sendirian.. sudah lama aku tidak bermimpi mengenainya.. kenapa tiba-tiba? ini kali kedua dia datang dalam mimpi ku.. kali pertama aku bermimpi dirinya pada tahun 2011.. airmataku turut mengalir sama seperti dalam mimpiku.. kisah mimpi tu aku pernah ceritakan dalam blog asal aku.. aku tak paham..banyak2 lelaki yang hadir dalam hidup aku kenapa dia? padahal aku sudah lama membuang kisah lama aku dan dia dalam hidupku.. mungkin bukan buang..tapi kisah ni telah ditenggelami masa... 

2003.. tahun yang menemukan aku dengan R.. buat pertama kali.. ada seorang lelaki cuba mendekati diriku tanpa aku kenali.. kalau di fikirkan balik..memang pelik.. maklumlah aku tym tu masih lagi budak baru.. dan dia senior aku..

Aku pun tak sedar sejak bila dia mula minat kat aku.. kenapa?bagaimana? ntah laa.. aku memang akan pelik kalau ada orang minat aku tanpa saling mengenali.. maklumlah fizikal dan personaliti aku hanya biasa2 saja.. aku tidak pernah terfikir pun ada orang yang minat kat aku di sekolah baru tu..

Tapi sebenarnya.. ada cerita disebalik perasaan pelik aku ni.. aku masih ingat lagi.. sebenarnya kami berdua satu rumah sukan.. aku pernah mengikuti latihan kawad pada hari pertama.. tetapi hari kedua dan seterusnya aku sengaja mengelak untuk terus terjebak dari mana2 aktiviti sukan..hehee.. awal2 lagi sudah tunjuk belang...

Semasa hari pertama berkawad tu (seminggu selepas orentasi klu tak silap).. aku sudah terperasan kehadiran si R sebab dalam banyak2 pelajar lelaki.. dia sorang je pakai songkok.. myb ada laa beberapa kerat plajar lelaki yang pakai.. mula-mula.. aku tengok dia.. dia memberikan pandangan pertama yang okey pada mataku.. personalitinya dan songkok dikepalanya membuatkan hatiku terdetik
'bestnya kalau dapat boyfriend macam ni'
tapi itu hanya kata2 hati ku yang saja2,, memang aku tiada niat nak goda ke minta perhatian dari dia ke..memang tak.. tambah2 lagi ekceli.. tym tu hati aku dah ada orang lain.. dann...geram jugak laa.. sebab tym aku latihan kawad dengan tudung labuh aku tu.. aku perasan kwn kelas aku(sek rendah) bersama si buah hati sebenarnya ada di tepi padang.. melihat aku sedang berlatih... maluuu sioott... grrrrr... aku dapat rasakan diorang memang segaja cuci mata kena kan aku... sebab ekor mata aku nampak diorg sengih2 tengok aku... grrrrrr!! tak tau la macam mana muka aku tym tu.. tapi yang penting aku try to be cool.. rilek beb.. walaupun dalam hati menyumpah2 dua ekor tuh.. 

Kali kedua aku bertemu dengan R di dalam dewan.. waktu tu sistem kam ala2 kolej.. sebab kami tidak mempunyai kelas tetap.. penat kaki ni pergi sana sini mengejar kelas yang berpindah2. dan dalam jadual tu juga kami mempunyai masa rehat selain rehat yang biasa tu..cehh.. masa rehat tu kami di arahkan pergi ke dewan.. cikgu tak mo nampak plajar2 yang berkeliaran.. ketika itu lah.. sekali lagi aku terlihat si R yang sedang berpusu2 untuk keluar dewan.. skali lagi hati aku terdetik ayat yang sama tym aku latihan kawad tempoh hari..

Aku pun tak tau kenapa dia menarik perhatian aku.. tapi tarikan tu hanya sekadar saja.. aku langsung tak menaruh hati pada dia.. kata-kata tu aku diamkan.. tak kan lah aku nak bagitau kawan2 aku... tak ke haru nanti..huhuu.. 

Sampai la satu hari.. dalam bulan 3 atau 4.. dah lupa dah.. tiba2 kakak kepada kawan aku tiba2 mengirimkan salam seseorang kepada ku...

Y: "blablablablaa(cakap ngan adik dia).. oh ya D.. ada orang kirim salam dengan ko"
Aku: erkk?!*pelik..kenapa tiba2 timbul nama aku? padahal apa yang di borakkan tadi langsung takda kena mengena dengan aku..memang lari dari tajuk*
F: hah? sapa2? *adik Y (kawan aku) tanya.. dia pulak yang excited.
Y: si R.. 
dalam hati ' sapa pulak si R ni..*memang aku tak tau pun nama lelaki tu*
F&A: wuuuuuu~~ *macam biasa respond kawan2 aku.. bukan main galak lagi diorang usik aku -.-' *
F: uik..ko tau tak sapa lelaki tu? *aku menggeleng* dia ketua pengawas tuk sesi petang.. blablablabla... haa~ tu dia.. *sambil menunjuk kearah belakang aku..*

Aku toleh kebelakang.. beberapa pelajar lelaki yang juga merupakan senior kami berkumpul dilorong yang menghubungkan bilik guru dengan dewan... diorang tengah bermain..errmmm.. lebih kepada mengusik sebenarnya.. 

"tu dia... apa lagi..pergi laa.." kata beberapa orang kawannya.. sambil menolak2 si R..

Aku tym tu still blur.. aku nampak jer si R ni senyum malu2 sambil memandang arah kami...tapi aku.. 'dengan siapa dia senyum ni?mungkin dengan orang lain kot'... well still innocent.. dah la tym tu muka aku ketat..tengah pelik kan..hahahaa..

Setelah beberapa hari kemudian... R sampaikan hasrat untuk berjumpa dengan aku.. selepas sekolah.. then aku pun p laa~

Mula2 tu aku minta..merayu ngan member aku F&A tuk temankan aku... serius.. aku segan nak jumpa lelaki ni sebenarnya.. tapi biasa laa.. budak2 kan.. tapi hampehnya.. diorg bagi tinggal aku..huhuu.. tak de la tinggal terus.. tapi diorang duduk jauh dari aku... ketaq lutut aku... sempat jugaklah aku menyumpah dalam hati... -.-' dah tu diorang sempat usik2 aku dari jauh.. grrrrr...

Petang tu declare lah kami sebagai pasangan couple.. giler kejap.. hahahaa... bila aku fikir balik pun.. lawak jer.. padahal masa tu hati aku masih pada yang lama.. tapi sebab tu jugak lah aku beberapa kali menangis... aku dah lama tunggu(xda la lama sangat) dia luahkan perasaan..tapi..ntah laa..sampai aku macam ragu2 dia sukakan aku.. - ayat2 kechewaa tym budak2..

Ok selingan je td.. perhubungan aku dengan R berterusan sampai last day skolah.. my Dad terpaksa pindah ke daerah lain.. so aku kena ikut.. sepanjang kami bercouple.. biasalah kan kalau lelaki nak duduk rapat, pegang tangan -.-' tym dating... tapi malangnya aku bukan macam tu.. berbanding dengan dia.. aku lebih nampak ego..huhuu.. aku tak pernah tenung dia lama2..dan dia selalu bising bila aku seolah2 tak memperdulikan dirinya.. hahahaaa... beberapa kali..ada laa scene kejar mengejar.. hakhak.. tak da la kejar mana pun.. cuma.. tym masa balik tu.. peraturan sekolah tu kena berbaris di luar kelas dan satu persatu kelas akan turun tangga.. kat tangga tu la pengawas selalu bertugas.. dan kebetulan satu hari tu R betugas di tangga aras kami.. dah nampak dah muka mengusik kawan2 aku tu..sabar jerk.. bila tiba giliran kami.. aku memang dapat rasa..dari ekor mata aku.. R tengah tenung aku.. aku plak tengah cover malu+segan ngan kawan2 kelas aku.. tym tu bleh plak si R panggil aku.. tapi aku buat tak layan.. laju je langkah kaki aku turun tangga.. dan aku dengar bunyi tapak kasut dia kejar aku...isyhhh... nak buat scene drama ke apa nii... tapi tak lama laa.. sebab dia kan tengah bertugas.. ertinya dia terpaksa lepas kan aku lari dari dia..hahahaaa...

Tapi tu semua kisah lama.. walaupun aku berkali2 katakan yang aku sebenarnya bukan nya sukakan dia sangat pun.. tetapi akhir perhubungan kami.. aku sebenarnya terasa juga kesedihan tu.. dia bagi aku something..*aku dah lupa mana 1 hadiah dia bagi tym last pertemuan kami*..yang aku ingat.. aku bagi dia jam.. dan luahan dia masa tu.. "aku betul2 suka kan kau..kau yang pertama buat aku rasa macam ni" entahlah... aku dah lupa ayat dia.. tapi rasanya macam tu laa.. serius.. memang bergenang jugak air mata aku..

Pastu buat pertama kali dia temankan aku tunggu kenderaan yang ambek aku kat luar pagar sekolah.. selalunya aku larang.. aku tak suka orang lain nampak..hahaa..padahal dah ramai pun yang nampak.. maksud aku budak2 yang tinggal kawasan rumah aku ler.. tym tunggu tu.. aku dah nak balik dah.. then dia cakap.. "hati2 kat sana..jangan lupakan aku..nah.*bagi kertas..ada no fon* bila sampai call aku..

Pun sama juga..aku tak berapa ingat.. tapi apa yang aku pasti.. ekceli tak da pon ayat2 biasa digunakan oleh mana2 couple.. "sampai disini sajalah perhubungan kita"or else.. aku pun ternanti2 jugak dia cakap macam tu.. tapi tak da pulak.. dalam fikiran aku.. 'ohh..mungkin faham2 sendiri lah... our relation is over' cam tu kot..

Ps: ikut sumber yang bleh dipercayai.. selepas perpisahan kami.. dia dah ada girlfriend lain..(cepatnya kau mencari ganti..huhuu..) tapi yang tak bleh blahnya.. kawan aku cakap muka perempuan tu macam aku.. what theee~ -.-' 

Last: aku tak tau apa cerita.. hadiah yang dia bagi kebanyakannya rosak..hati ku berkata bahawa my Dad yang buat.. maklumlah aku dah duduk hostel.. tym susun pakaian aku dah susun baik2 dah semua hadiah yang aku terima.. tapi bila balik rumah.. masuk bilik..ermm..cam pelik jeerr.. huhuhuu TT.TT

Pasal mimpi tu.. ada benda lawak yang berlaku dalam mimpi tu.. watak si 'S' dan 'rakan2' tu sebenarnya genk2 aku sekarang... tapi si R tu dah 11 tahun punya cerita..hahahaa..acane diorg bleh kenal lak? dah tu siap marah2 lagi..hahahaaha..lawak2..

2 comments:

Respond Me ^0^