Saturday 7 March 2015

Kejutan Untuk si Blur2~ hehee..

Assalamualaikum...



Entri sebelum ni aku ada preview pasal plan kitorang nak buat surprise birthday kat Ana.. tapi kitorang buat lambat sehari.. hehe.. sebabnya aku plan nak balik U hari isnin tapi hari tu jugak ada presentation.. tak buat apa2 lagi.. so nak tak nak kena balik ahad tu jugak.. hurmm tiap2 minggu present.. arghh malassnya nak cakap kat depan.. haha.. student tak bertauliah lah katakan..huhuhu.. 

Okey berbalik pada plan kitorang.. ceritanya begini.. 

**Action**

Ija dan Imah duduk daerah yang sama, memang dari sebelum cuti semester lagi diorang rancang nak balik U sama2 tapi kebetulan pada masa balik tu tiket bas habis.. yelah.. CNY kan..so parents Imah terpaksa menghantar dia balik U, agak jauh jugak dalam 6-7 jam untuk sampai U dan Ija pulak balik keeseokkan harinya.. (Problem 1)

Sebelum masuk semester baru, kitorang kena daftar subjek tapi malangnya sistem baru teramatlah menyusahkan kitorang (memang ramai student tak dapat daftar subjek sepenuhnya termasuk lah aku *bengang*). antara kami berempat Ija satu2 nya harapan kitorang untuk mendaftar subjek, sebab Ana dan Imah tak ada wifi kat rumah, biasanya aku pun tolong diorang daftarkan subjek tapi masa tu aku tengah holiday so memang aku tak bawa laptop.. kesian Ija sorang2 stress nak hadap sistem problem tu.. so salah 1 nak selesaikan adalah dengan daftar manual.. cam hampeh kann.. cakap sistem baru tapi menyusahkan pelajar.. sistem sebelum ni okey je..huh (Problem 2)

So dengan adanya 2 problem yang tersangat lah rapuh untuk di jadikan penyebab utama dalam plan kitorang.. Ija dan Imah bermasam muka disebabkan 2 perkara ni.. hahaa.. apa boleh buat.. tak ada benda lain yang lebih kukuh untuk dijadikan masalah, nak cipta 1 masalah takut ketara nanti, kan kitorang selalu ber wasap so dah memang la kebanyakan semua perkara kitorang kongsi bersama.. 

Idea nak bergaduh ni sebenarnya dari aku.. saje je nak bagi nanges si Ana.. kikikiii.. so aku la sebagai director+watak tambahan.. sebab kenapa? sebab tym Ana balik U tu aku kat rumah so watak utama aku serahkan kepada 2 budak tu Ija dan Imah.. disebabka Ana balik U lambat seminggu so itu antara peluang untuk menjayakan misi kitorang hehe.. 

Start hari kuliah 1st week lagi lakonan antara Ija dan Imah dah bermula, tapi hanya di wasap je lah.. Ija dah bagi hint sesuatu yang berlaku diantara dia dan Imah.. termasuk aku pun bagi hint kat FB..hehe.. hari sabtu tu Ana balik U, so Ija dan Imah mula buat lakonan secara visual.. depan Ana diorang berlagak serius+marah+tak puas hati.. tapi dalam hati Allah jer tau..rasa nak tergelak bila tengok muka risau Ana..*gelak jahat*.. apa2 yang berlaku diorang akan bagitau aku.. mastermind kann.. hahaha..

Masa befday Ana, kitorang langsung tak wish.. kesian kan budak tuh..dah lah dia ni sentitif sikit.. ada la beberapa kali tu dia try nak ingatkan Ija yang hari tu merupakan hari lahir dia.. tapi nasib baek Ija sempat potong ayat Ana.. sebab kalau terlepas.. tak 'Ump' lah plan kitorang.. hihii..

Agak terseksa juga lah 1 hari tu sebab masa kuliah Imah terpaksa duduk jauh dari kitorang.. dah lah budak tu jenis yang tak suka duduk sorang2.. tapi demi menjayakan misi.. dia sanggup duduk berjauhan.. nasib ada lah beberapa course mate kitorang yang temankan Imah.. tym kuliah last hari tu, aku tambahkan sikit perisa dalam lakonan kitorang.. biar nampak lah kitorang memang bergaduh..

Plan kitorang nak sambut befday Ana kat bilik Imah, memang kitorang selalu lepak kat bilik dia sebelum ni.. Imah balik hostel awal sebab nak ambek kek kat cafe tapi ada problem sikit sebab kek yang di tempah tu terjatuh dalam perjalanan.. jadinya aku dan Ija terpaksa melengah2 kan masa kat fakulti tu.. huhuu.. nasib baek tak lama sangat..fuhh

Kemuncak plan kitorang adalah bercakaran.. hahaaha.. mula2 sampai di bilik Imah konon2nya nak slowtalk lerr.. saje jer.. sebagai permulaan.. tapi apa yang aku angan2 kan tak menjadi 100%.. boleh pulak Imah sengih2 tym marah.. sakit hati aku dibuatnya.. aku nak dia serius.. tapi dia kata tak boleh.. Ija pun macam tu.. masing2 nak tahan gelak.. hampeh betul.. nasib lah Ana ni jenis yang blur2 sikit.. dia sendiri tak paham apa yang berlaku sebenarnya.. tym bergaduh mulut tu.. kesemua alasan2 yang dikemukakan memang tak masuk akal.. so terpaksa diorang bagi over sikit penceritaan tu.. bila ingat balik memang lawak habis..

Kalau ikutkan scene bergaduh boleh je di percepatkan tapi yang melambatkan diorang sendiri.. aku nak diorang gaduh menggunakan badan..tak ada la sampai sepak terajang ke apa..tolak2 tu pun ok la.. sebab aku nak Ana jadi orang tengah yang memisahkan pergaduhan diorang..*ala2 referee kat padang bola* tapii.. macamana nak selesai cepat kalau diorang bertekak mulut sambil duduk2 santaii ?? sampai aku bagi hint suruh berdiri baru lah diorang bertekak sampai tahap jerit2 then baru bangun.. masa aku nampak Ana pun ikut berdiri sebab nak menghalang Ija dan Imah dari tarik2 rambut.. *hahaa*.. aku pun cepat2 keluar nak ambek kek kat luar.. matikan lampu bilik.. then.. SURPRISE!!! 

Hahahaa.... malam tu memang bising habis.. masa kitorang nyanyi tu.. Ana dah tercongok kat penjuru.. hahaa.. agak menjadi lah plan kitorang.. ada baeknya dapat kawan yang blur2 ni.. kalau plan tak berapa menjadi, masih boleh di betulkan sikit sebab dia takkan perasan.. hihihii..

Malam tu jugak.. walaupun mata aku dah berat tapi aku terpaksa habiskan plan terakhir aku iaitu nak betulkan  status2 yang kitorang post kat FB.. post aku, Ija dan Imah sebelum ni yang konon2 berbau pergaduhan.. aku betulkan supaya tak ada yang salah faham.. yelahh.. kat kelas tu semua dah kenal 'aku n the genk'.. masa Imah duduk jauh dari kitorang tu pun dah ramai dah mata yang memandang.. siap course mate yang duduk disebelah Imah pun cakap "aku ada bahu untuk kau berpaut" hahahaa.. bunyi macam lawak.. tapi kitorang bersyurkur sebab nampak lah yang diorang concern dengan perhubungan kiorang..

Hehe... tak besar mana pun plan kitorang.. cukup lah nak surprise kan si Ana.. walaupun idea ni memang lapuk dah ramai yang buat tapi kitorang tak buat lagi.. so merasa la jugak berlakon
walaupun hampeh.. masa kat U ni lah kita kena wujudkan kenangan2 yang macam ni.. tak tau kategori manis ke masin ni..hehe.. nampak lah kitorang ni sayang dia.. walaupun selalu jugak gaduh2 mulut.. hihiii...

**The end**

15 comments:

  1. Rindu nya zaman belajar kat Uni .. appreciate the moments k ..
    because you gonna miss them a lot nanti :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Thanks.. I'll appreciate this momment =)

      Bro nu'man pun penah buat kejutan ke?cerita la nnt..hihi manatau nak buat utk befday ija pulak..hehee

      Delete
  2. Oleh kerana ada beberapa part korang kejung, aku bagi 3 bintang lakonan teater sebabak korang ni. Plus tak invite aku pun jadi cameraman.
    Menci lah. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.. Kitorang memang failed bab lakonan ni..tambah2 masing2 x bleh tgok muka mesti nak tergelak.. Alaa..3 bntang jerk?penat tau kitorg tahan gelak..huhu

      Heloo...kitorng buat kat ostel hokeyy..lelaki no entry..haha.. Eh kitorg ada buat hidden cam laa..tp x smpai abes pon..mati sndri..sedihh =(

      Delete
  3. gigih aku baca smpai habis

    but so sweet beb :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai bukankosong... Thanks gigih baca smpai habis..sry yer aku memang suka buat esei..ahahaa.. Thanks..u're so sweet too *tetiber*

      Delete
  4. Ape reaksi akhir si mngsa.terharu x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reaksi mangsa speechless+menagis dan mungkin terharu..hahahaa.. But i know dia sangat menghargainya..hehe

      Delete
  5. Ape reaksi akhir si mngsa.terharu x

    ReplyDelete
  6. best dapat kawan happening dan sporting..tak macam aku member semua stok boring.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa siannyaa...meh sini join genk kami.. Sure happening.. Hahahaaa

      Delete
  7. nanti buat kat kita jugak yerk...hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee...boleh jerr.. tp Kid kena jd someone special for me~ ahakss.. *giggle*

      Delete
    2. special acaner tu??? hahahaa

      Delete
    3. Special... like my buddies..hehee..diorang ni sgt special for me..sbb tu la sanggup keluarkan $ tuk diorang.. T.T

      Delete

Respond Me ^0^