Monday 13 February 2017

Sahabat aka Sayangku

Assalamualaikum..

Apa yang aku nak cerita kali ni lebih kepada kehidupan aku sebelum2 ni.. mungkin lebih kepada kawan2 aku.. dan specific kepada salah seorang sahabat aku ni..

Sejak dulu lagi kalau di kira setiap peringkat perskolahan aku.. akan ada 2 skolah yang aku pegi.. maksudnya masa tadika ada 2 tadika yang aku masuk.. skolah rendah(Melayu) ada 2 skolah.. Skolah rendah(Ugama) pun sama juga ada 2.. skolah menengah ada 2 skolah juga.. sekarag ni.. pengajian tinggi aku pun ada 2 tempat juga.. hahaaa.. nombor 2 ni kiranya nombor bertuah aku la.. LOL..

Kenapa ada 2? antara sebabnya my Dad selalu kena tukar tempat keja.. kenapa? Alhamdulillah.. sebab naik pangkat.. rezeki Allah nak bagi kan.. sebelum aku lahir lagi laa.. banyak kali kot my Dad kena tukar2 daerah.. kitorang asyik piiinnndaaahhh je kejenya.. bayangkan.. start aku dah ada ni pun banyak kali pindah apatah lagi yang abang2 ngan akak aku.. nasib la tempat2 yang my Dad kena tukar ni kat dalam negeri jugak.. my Mom pun sama.. tuntutan keluarga tu lebih penting.. kemana je pindah dia akan mohon perpindahan juga..

Bila bercakap pasal pindah skolah ni.. ofkos la kau akan tinggalkan kawan2 kau dan akan dapat kawan baru.. sepanjang perpindahan aku.. Alhamdulillah.. walaupun aku jenis yang pendiam tapi mendapat kawan tak lah sesusah mana.. sebab diorang yang datang menghulurkan salam perkenalan.. aku pulak sambut dengan mesra..

Tapi.. apa yang aku agak terkilan kalau bab2 orang-orang yang pernah menjadi sahabat aku ni adalah.. terputus hubungan.. like now.. kawan2 tym skolah menengah yang kedua tak da masalah.. tapi kawan2 tadika, skolah rendah, skolah menengah yang 1st.. orang kata dengan media sosial yang ada sekarang boleh merapatkan hubungan yang dah lama terkubur.. tapi aku?? aku cari kawan2 skolah aku dulu...harreemm nak jumpa kat fb.. sedihh.. yelaa.. kadang2 tu aku rindu juga ngan diorang.. tak tau la diorang dah lupa aku ke apa..

Kadang2 tu aku jeles je dengar kawan aku kenalkan kawan2 dia yang dari tadika lagi sama2 sampai lah sekarang.. kalau tak sama2 pun diorang boleh je jumpa masa balik rumah.. maklum la duduk sekampung.. aku ni?? kawan2 lama aku langsung tak kenal aku.. sedihhnyaa.. berubah sangat ke muka aku ni.. sama je dulu sampai sekarang.. cuma tambah cermin mata jerrr..huhuu..

Di setiap ikatan persahabatan yang wujud ni.. selalunya mesti ada sorang yang aku sayang lebih.. even aku memang rapat dengan yang kawan2 laen.. nak cerita dari awal.. ermm.. panjang sangat lak nanti.. haha.. lagipun aku dah lupa..

Okeh.. lupakan kisah sedih tu.. haha.. Ekceli aku nak cerita pasal sorang sahabat aku.. yang dulunya aku gelar dia soulmate aku.. sekarang aku tak gelar cam tu dah.. bukan sebab kitorang gaduh ke apa.. tapi baru aku tau kami ni minat laen2.. biasanya orang kata soulmate ni selalu kongsi minat yang sama dan laen2.. aku malas nak kaji soulmate ni apa sebenarnya.. huhu.. tapi apa yang aku paham macam tu laa..

Kami masih berhubung dari dulu sampai sekarang.. walaupun tak de la kerap mana.. Dalam perbualan (mesej/wasap) kami ada nama panggilan.. hahaa.. aku panggil dia Sayangku/sayang*boleh terima la kan?*.. dia pulak panggil aku.. Cintaku/cinta.. hahahaa.. ni gara2 crita 7 petala cinta la punya pasal ni.. tuk sapa2 yang tak biasa dengan benda ni.. yelaa.. manala tau ada yang macam aku.. Kejutan budaya nengok laki sama laki maen sumbat2 telinga hakhakhak.. kitorang tak ada apa2 pun.. cuma sayang kitorang gedik sikit lah kot.. kat sini aku gelar dia K *aku jenis tak reti nak bagi nama..haha*

Aku dah kenal K sejak form 2 lagi.. tapi dia ni mula2 sombong ngan aku.. aku tak tau la kenapa.. walaupun dia macam tu ngan aku dan aku memang kecik hati/sakit hati ngan dia.. tapi ada something yang aku tak tau nak cakap macamna... seperti...ko sakit hati dengan orang tuh..tapi ekceli ko still tetap ambek tau pasal dia.. haha.. macam tu la.. bila aku cerita ngan dia pasal ni dia akan kata dia langsung tak ingat.. yang dia ingat ekceli dia malu+segan dengan aku.. ntah ye ke tak..

Pada mulanya aku langsung tak mengharapkan dia menjadi kawan aku.. tapi aku tetap pelik kenapa layanan dia pada aku laen dari kawan2 kelas kitorang.. serasa aku.. dengan budak kelas dia layan okey jer.. tapi dengan aku macam dia tak sudi aku jadi salah seorang kawan dia.. aku pun malas laa nak berkawan dengan orang macam tu.. tapi.. tak kenal maka tak cinta.. *cehh..ayat lapuk.* sudah di takdirkan Allah.. masa form 5.. K dapat sebilik dengan bestfren aku M namanya.. mula2 dalam hati.. 'kenapa laa dia ni 1 bilik dengan M'.. mula2 agak awkward la juga.. sebab malam2 lepas prep selalunya aku akan merayau bilik sapa2 yang aku rapat.. antaranya nya bilik M.. selalu juga lah aku lepak kat sana.. sampai aku boleh bertegur sapa dengan K.. hari2 lepak sana.. aku semakin selesa dengan K.. hilang pejudis aku dengan minah ni.. hahaa.. hubungan kami pun semakin hari semakin rapat.. dan dari situ lah bermulanya persahabatan aku dengan K.. 

Asalnya.. aku, K dan M kami bertiga bersahabat.. tapi ekceli ramai je pun kawan2 kitorang.. cuma yang 2 ni aku lebih rapat masa tu.. kami kemana2 selalu bertiga.. kadang2 tu aku lebih selalu bersama K berbanding M..  Pernah sekali ada orang cakap macam ni:

L: Sayang.. diorang (tunjuk kat aku dan K) ni lesbian ke?
P: hah?? eh tak lah!

Kuang hajau kan mulut dia.. grrrrr.. sebenarnya L tu boyfren kepada P, kawan aku juga.. Masa tu kitorang jalan2 kat pekan.. asalnya jalan bertiga dengan P.. tapi dah dia nak jalan dengan pakwe dia.. kitorang malas laa nak jalan seiringan.. kenapa pakwe P cakap macam tu? haha.. sebab aku dan K bejalan sambil berpegangan tangan.. helloooo.. tu lebih baek dari pegang yang bukan muhrim ok.. derrr -.-' 

Persahabatan kami berpanjangan sehinggalah habis SPM.. last day kitorang celebrate bertiga kat KFC.. plus celebrate bfday aku dan K yang bersebelahan je harinya.. K 21hb aku 22hb.. hari bfday kitorang sambut kat dewan peperiksaan.. sedih kan.. hahaa.. selepas habis SPM.. kitorang still contact cumanya M busy sikit.. maklumlah orang ada pakwe.. mana nak layan 24 jam ngan kawan sendiri.. so hari2 ada je aku ngan K borakkan.. bleh dikatakan setiap hari.. ada je kata2 rindu diungkapkan.. *chehh ayaatt kemainn*

Mak K pun lebih percaya aku berbanding kawan2 dia yang laen.. so memang direstui lah hubungan kami.. mula2 kami nak sambung pelajaran sama2 kat kolej di kehel.. tapi sebab bapa aku tak berkenan dengan kolej tu so aku tak dapat pegi.. dan K pun tak jadi sebabnya mak K nak aku ada sama.. hahaa.. nampak tak kepercayaan Mak dia kat aku.. tapi ekceli sebab my Dad.. sebabnya my Dad boss kepada ayah K.. sebab tu la dia percaya aku lebih.

Walaupun kami sambung dip laen2 tempat.. aku kat selangor dia kat sabah.. tapi kami still contact.. kadang2 tu roommate aku mula la curiga aku mesej/call dengan sapa lama bebenor.. siap baca mesej aku lagik.. tak pecaya aku mesej ngan perempuan..sweet sangat ke mesej kitorg sampai diragui sebegitu..hohoo..

Sehingga lah sekarang kami still lagi berhubung.. nak dijadikan cerita kami sambung degree kat U yang sama.. cumanya dia kos laen.. aku ingatkan dengan menyambung pelajaran kat temppat sama dapat lah kami lepak sama2.. tapi rupanya tak.. kitorang masing2 ada kehidupan yang busy.. sedih2..

Satu perangai aku bila dengan dia.. aku suka buat sesuatu untuk dia.. contohnya pernah dulu aku plan baek punya ngan sorang kawan aku ni.. konon2 dia ajak pegi rumah dia.. aku sanggup datang pegi politeknik tempat dia study.. tunggu kat bawah hostel.. dia tak tau pun aku datang.. tym tu kitorang memang dah lama tak jumpa.. so bila dia turun.. hahaaa.. aku suka reaksi dia.. mana tak tekejut tengok cinta hati dia yang dah lama tak jumpa ni.. hakhak.. dan banyak la lgi aku buat.. tak de la banyak mana sebab kitorang jumpa pun jarang.. dan aku tak harap pun apa2 melainkan persahabatan kami sentiasa erat walaupun berjauhan.. 

Masa kitorang masuk U.. banyak kali lah aku plan nak makan sama2 dengan dia.. mula2 masuk tu okey.. tapi sampai lah beberapa minggu.. aku tak tau dimana silapnya.. mungkin juga masing2 busy.. walaupun ada je masa nak jumpa.. tapi tak tau lah kenapa.. berkali2 aku ajak dia.. mula2 dia akan kata ok.. tapi last2 dia akan bagi alasan tak dapat pegi.. walaupun aku kecik hati tapi aku still terima alasan dia.. sehingga lah satu hari ni aku betul2 kecik hati+sedih+terasa dengan dia.. mungkin aku yang terlalu memaksa.. rasanya aku tak paksa mana pun cuma aku just nak tagih janji dia yang nak keluar dengan aku..

Aku: Sayang.. kan ko dah janji ngan aku.. kita keluar makan sama2..
K: eerrr.. sory cinta.. aku ada hal... blablabablablaaa..... nanti lahh! tutt.tuutt..tuutt(panggilan dimatikan)

Aku terpana.. pertama kali nada suara dia tinggi bercakap dengan aku.. pertama kali jugak dia matikan panggilan serta merta.. tanpa dengar respond aku.. aku tak sangka dia tinggalkan aku camtu je bila dia dah ada kawan laen.. dia tak pikir pun perasaan aku masa tu.. orang yang selalu ada dekat dengan dia bila dia susah.. Aku ingat lagi bila dia mula2 masuk U.. dia still tak bleh adopt dengan suasana hostel+U.. dia selalu cakap dia tak bleh terima roommate baru dia.. dia rasa semua roommate dia pandang dia tak puas hati.. sadisnya perasaan tu sampai dia rasa nak berhenti.. aku tak suka dia rasa susah hati.. banyak nasihat aku cakap kat dia supaya dia tak pikir macam2.. yang benda tu hanya perasaan dia je.. aku perasan perangai dia.. dan aku dapat rasa perasaan risau+resah dia nak merenima apa yang bakal dia hadapi.. untuk buat dia rasa tak keseorangan menghadapi pelbagai perasaan tak menentu.. aku sanggup jalan kaki malam2 sebab nak hantar dia pindah ke bilik baru.. hostel kami agak jauh untuk jalan malam.. ekceli dia ni masuk 1 unit beruniform, dia kena pindah bilik untuk sama2 dengan unit dia.. tapi dia ni sengaja pindah lambat2.. sebabnya dia dah selesa dengan roommate lama dia.. disebabkan dia tak masuk lagi bilik baru tu.. 1 unit beruniform tu kena marah oleh ketua unit..*diorang malam2 ada roll call*.. selepas beberapa minggu.. Alhamdulillah dia dah boleh rapat dengan roommate dia.. walaupun sebenarnya aku jeles dia ada kawan baru.. tapi tak de la aku nak halang..

Start hari dia tinggikan suara tu.. aku langsung tak mesej dia.. sedihnya aku masa tu.. aku betul2 terkilan..

3 comments:

  1. Bila baca balik.. Terasa pulak 'sakitnya tu di sini'.. Huhu.. Aku memang kecik hati gila masa tu.. Tak tau berapa lama kami tak berhubung.. Nak d pendekkan cerita.. K tak habis pun pengajiam dia kat sana.. Walaupun ak kecik hati dgn dia.. Tapi sayang ak kat dia x kan berubah.. Sebelum dia pindah... Ada juga kami berhubung.. Rupanya dia ada prob dgn ahli unit dia.. Dan aku jugak la yang pujuk dia.. Haaa.. Baik x yoobi.. Walaupun mungkin bkn aku sorg yang pujuk dia.. Huhu.. Dan alkisahnya.. Tahun lepas.. Masa tu ak belum habis pengajian.. Dia bagitau aku.. Yang dia nak bertunang.. Bermula lah episod suka duka dia sebagai tunangan orang.. Dia sedih sebab dia yang dulu bertunang.. Dan kalau memang itu jodoh dia.. Dia akan kahwin hujung tahun.. Tapi aku kata kat dia "jangan la sedih.. InsyaAllah.. Manatau 1 hari nanti aku pun dapat jodoh..cuma lambat atau cepat je.. ".. Tapi.. Mungkin jodohnya masih belum sampai.. Hujung tahun lepas.. Diorang putus tunang.. Bukan main happy dia.. Hahahaa.. Mana ko nak cari orang happy putus tunang... Yelah.. Dah dia pun sebenarnya tak suka sangat pun dengan lelaki tu.. Tu yang bahagia tu.. Aku pum bersyukur juga.. Sebab aku pum tak suka dengan perangai mamat tu.. Hampehh.. K sekian...

    ReplyDelete
  2. Welcome back. Ingatkan dah tak nak update

    ReplyDelete

Respond Me ^0^