Tuesday 14 February 2017

Tak mudah di beli.. hahahha

Assalamualaikum..

Seminggu dua ni.. aku tak tau la kenapa.. nak kata diri aku ni dah sempurna tak juga.. mahir apatah lagi.. tapi apa yang aku tahu dan rasa juga percaya tu je la yang mampu aku berikan..

Salah sorang genk aku sekarang ni tengah demam.. katanya demam rindu kat kitorang.. tapi aku lebih rasa dia tengah kecewa sekarang ni.. sian dia.. 

Camni.. budak ni aku namakan dia Ana, baru2 ni dia dah couple dengan budak 1 kos ngan kitorang .. malah 1 group lagi.. nama dia Fir (bukan nama sebenar).. aku tak tau la macamna diorang ni boleh pulak tangkap cintan tym2 buat keje.. ekceli Ana ni.. sebelum dia couple ngan Fir dia ada suka ngan someone nama dia Iez.. juga 1 kos ngan kitorang.. diorang mula rapat melalui chat2 (Fb & wechat).. dah nama pun lelaki.. ayat2 romantik+bunga2 memang makanan diorang.. aku dah masak dah ngan perangai cam ni.. sebab apa? sebelum lelaki tu chat ngan Ana.. dia dah chat ngan aku.. malah ayat dia ngan aku lebih power dari ayat chat dia ngan si Ana.. tapi aku tak pernah pun bagitau genk2 aku ni.. sebab aku tau si Iez tak serious mana pun.. walaupun pada mulanya aku cam cair la jugak.. sikit jer.. tapi oleh kerana dia ni muda dari aku dan aku lebih berpengalaman dari dia aku tau yang itu hanya kata2 manis jer..

A: kau kat ne sekarang?
Iez: di hatimu
A: kalau kau kat hati aku.. so aku kat mana?
Iez: kau dalam sanubariku..

Iez: Assalamualaikum pujaan hati..

A: ngah buat apa?
Iez: ngah on9... cute lak prof pic fb kau ni..

Iez: kau tak perasan ke aku tengah ngorat kau?

Iez: kau kan cinta hatiku

Iez: aku tengah fikir macamna nak ambek hati kau.. sememangnya aku memerlukan teman seperti dirimu..

Tu antaranya.. bila dia dah mula dengan ayat2 dia ni.. aku gelak jer.. tak pun meliliau tempat laen..haha.. (sorry okey.. kau salah orang..ayat kau ni lapuk sangat) ni nasib baek dia tak pernah bagi ayat2 cam ni kat Ana.. kalau ye.. aku tak tau lah.. dah terbang agaknya budak tuh.. camner aku boleh tau? sebab Ana selalu bagitau aku and the genk pasal story dia ngan mamat ni.. cuma dia just bagi ayat2 yang konfius laa.. sampai si Ana ni pening nak tafsir apa maksud dia.. 

Pernah sekali.. Ana buka wechat aku.. hampir kantoi.. dia dah buka pun chat aku ngan Iez tapi aku sempat rampas balik.. hahaa.. nasib dia tak sempat baca ayat2 jiwang Iez bagi kat aku.. aku kalau boleh tak nak la bagitau.. sebab aku tau mesti Ana kecewa habis nanti.. apa yang mampu aku nasihat kat dia jangan percaya sangat kat Iez.. tapi budak ni degil.. yelahh.. dah dia tengah angau ngan budak tuh mana nak dengar nasihat akak dia ni.. dan kata2 aku betul.. berkat nasihat dari sahabat2 dia ni.. aku and the genk.. satu hari Ana dah nampak dah yang Iez just nak maenkan dia.. huh! dasar lelaki..

Kitorang ingatkan si Ana ni sedar lah sikit.. dari kes dia ngan Iez (ekceli scandal diorang berdua ni dah ramai yang tau..budak kos kitorang je la..) rupanya tak.. tak lama lepas tu.. si Fir pula cuba cucuk jarum.. aku tak tau la apa niat sebenar Fir nak jalinkan hubungan dengan Ana.. kitorang dah penat bertekak dengan Ana.. bagi nasihat kat dia.. tapi hampeh.. dengillnyaa budak nii Allah je tau.. aku tak kesah kalau diorang nak bercinta ke hape.. tapi yang aku geram ni si Ana.. dia nak terima Fir bukan sebab dia betul2 sukakan Fir.. kalau ada pun perasaan suka tu.. aku percaya ia hanya lah sekadar suka+excited sebab ada lelaki suka kat dia.. bukan sebab dia betul2 suka pun.. grrrrr.. kalau ye pun kapel biar lah dia terima tu sebab dia memang dah sayang ngan si Fir.. ni tak.. cam budak2.. bukan maen lagi cakap diri dia dah matang.. matang ape buat keputusan terburu2..

Dah tu.. tym dah couple.. mula laa.. "bosan la.. asyik2 tanya, borak pasal bende yang sama jer setiap hari.." see?! ni la padahnya kalau couple tak ikhlas.. hahahaa.. padan muka kau.. nak kapel sangat kan.. Ana ni.. mulut jer kata laen.. tapi tindaka dia laen..

Bila kitorang suruh Ana call Fir suh datang meeting.."Ah malas lah nak peduli pasal dia.. lantak lah dia nak datang lambat ke apa.." tapi bila Fir dah sampai.. then lepas meeting kitorang saje borak2 bende laen.. kitorang perasan jer.. bila Fir nak Ana layan dia.. then si Ana pun layan baek giler ngan mamat tu.. bukan tu jer.. Ana selalu cakap yang dia tak de hati langsung kat Fir (dan bende ni jugak lah kitorang selalu gaduhkan) tapi bila dia skodeng fb Fir then nampak ada perempuan laen tag status ke hape.. mula la jeles tak tentu pasal.. kitorang dah tau dah budak ni mulut jer cakap laen.. dalam hati dia cakap laen pulak..

Sampai lah ada something happened.. aku cakap kat Ana.. "baek ko break je la ngan dia.." tapi banyak je alasan budak tuh then aku cakap.. "kau ni sebenarnya dah suka dengan dia kan?" mula2 tak nak ngaku then dia ngaku jugak.. bila dah berlaku sesuatu baru lah budak ni minta nasihat kat aku.. aku pun apa lagi.. memang cuci habes telinga budak tuh.. geraamm aku.. hahaa..

Ekceli benda ni boleh dielakkan kalau si Ana ni fikir masak2 bila nak jalinkan hubungan dengan sesape.. dia sepatutnya uji dulu betul ke tak si Fir ni betul2 sukakan dia.. jenis si Ana ni.. aku paham sangat.. walaupun pada mulanya dia tak la suka sangat dengan si Fir.. tapi aku tau lambat laun dia akan tangkap cintan juga dengan sesape yang jadi boifren dia.. kalau si boifren ni jujur tak pe la jugak.. tapi ni.. aku tak nak tuduh lebih.. tapi kalau dia ikhlas nak jadikan Ana gelfren dia buat la leklok.. arghh! aku pulak sakit hati..

Mana tak sakit hati.. malam semalam Ija (salah sorang genk kitorang) mesej aku "kak buka wechat sekarang!".. tak lama lepas tuh dapat noti kat wasap.. dia hantar screencap kat aku.."kak..cuci dulu budak nih" aku baca la screencap tuh.. dalam tu merupakan perbualan antara si Ija dengan Ana.. si Ana bagitau.. kalau dia betul2 break dengan Fir.. dia akan pindah U.. what the... grrrr.. sabar je aku.. sempat la aku memain ngan budak ni..

A: betul ke nak pindah?.. haa.. pindah r..
Ija: =.='
A: hahahaha

Aku tau si Ana tak kan pindah.. sebab nak berurusan tuh lagi menyusahkan.. tapi aku tetap mencuci otak+pemikiran si Ana ni.. penat juga la ibu jari aku ni menaip laju2.. sebab tengah sakit hati kan.. and last2 seperti yang aku jangka.. dia tak jadi pindah.. aku suh dia telan bulat2 nasihat aku.. dulu boleh la dia nak keras kepala.. sekarang ni dah jadi cam ni.. ikut je budak tuh.. hahaaa..

Subuh tadi laen cerita pulak.. sorang budak lelaki kos aku.. ntah camner.. korek punya korek.. dia citer dia tengah gaduh ngan awek dia.. dan tanpa sedar aku bagi nasihat panjang lebar kat dia.. hahaa.. dah habes dah.. tetiba aku tanya diri aku sendiri.. "kau dah kenapa yoobi? bukan maen jadi penasihat cinta tapi diri sendiri tak pernah kapel pehal?" hahahaa.. entah lah.. ni bukan sekali dua aku jadi penasihat dalam perhubungan ni.. dari dulu sampai sekarang kalau kawan2 aku ada prob ngan boifren2 diorang mesti diorang cari aku.. bukan takat kawan aku.. pernah sekali sorang mamat ni.. aku tak kenal pun dia ni.. just tau yang dia ni boifren bestfren aku.. ntah macamna dia boleh tau no fon aku.. aku rasa mungkin bestfren aku ni pernah terbagi tym awal2 diorang kapel kot.. siap nanges lagi mamat ni OTP aku.. well aku tak kesah nak dengar masalah.. kalau aku dapat bagi nasihat aku bagi la tuk mengurangkan rasa sedih diorang.. kadang2 tu aku rasa aku ni dipercayai lah dah diorang cerita problem diorang kat aku.. tapi nak tanya.. aku ni layak ke tak? bukan ape.. aku dah la tak pakar dalam perhubungan ni.. tapi diorang nak jugak minta pemdapat aku.. aku tak tau releven ke tak.. aku just ikut apa kata hati+fikiran aku jer.. kalau okey tu Alhamdulillah la.. tapi ada jugak bagai nak rak nak minta pandangan aku.. aku punya la bagi sehabisnya.. tapi tak jugak di buatnya.. buat abes air liuq aku jer..

1 comment:

  1. Dan ini adalah post yang dah lama dalam draft.. Hahaa.. Mls nk edit.. Publish je lah.. Tarikhnya sempat juga aku tgok bila masa aku taip benda ni.. 3/2/2015..omg.. Dah genap 2 tahun daj dia bersarang kat draft.. Hahahhhaaa..

    ReplyDelete

Respond Me ^0^