Assalamualaikum~
Permulaan kisah citarasa pelik aku ni.... bermula sebab aku suka kisah cinta yang mencabar perasaan.. aku tak tau la kalau bagi orang laen mencabar.. tapi bagi aku iya.. sebagai contoh cinta yang terpendam.. tak dapat diluahkan.. cinta terlarang adik beradik tiri dan sebagainya..(dulu aku tak pernah tahu pon pasal hubungan sejenis ni)
Kisah cinta terlarang ada dalam drama Autumn In My Heart.. cerita ni memang femes.. walaupun Winter Sonata lebih popular dari cerita ni (so what?! haha).. so aku nak ceritakan sedikit sebanyak pasal story ni.. untuk membuahkan PERASAAN tersebut aku nak ceritakan mukaddimahnya.. (sory ya.. penulisan bukan bidang aku.. tapi aku tetap gedik nak karang jugak hihii)
Autumn In My Hear menceritakan keakraban dan kasih sayang yang tiada tandingannya antara abang (Joonsuh) dan adik perempuannya Eunsuh, mereka membesar dengan kasih sayang yang di curahkan oleh kedua ibubapa mereka. namun kebahagian mereka tergugat apabila mereka sekeluarga mengetahui bahawa anak kesayangan mereka iaitu Eunsuh bukanlah daripada darah daging mereka. darah Eunsuh tidak sama dengan darah mereka. perkara ini pada mulanya tidak lah begitu teruk kerana mereka tetap menyayangi dan menganggap bahawa Eunsuh tetap anak bongsu mereka namun kehadiran Shin Ae yang merupakan anak kandung kepada keluarga Yoon, cuba mewujudkan diri dalam keluarga tersebut, kerana ingin mengubah nasib hidupnya yang dahulu mempunyai ibu yang hanya peniaga kecilan dan abangnya yang hanya tahu menyusahkan mereka anak beranak. perasaan rendah diri dalam diri Eunsuh ditambah lagi dengan hinaan dari Shin Ae juga turut kesihankan emak kandungnya yang dalam kesedihan merelakan anak perempuannya (Shin Ae) pergi meninggalkan kehidupan mereka yang miskin telah membuatkan Eunsuh mengambil keputusan untuk tinggal bersama emak kandungnya sebagai pengganti Shin Ae. walaupun sangat perit untuk berpisah dengan anak kesayangan mereka namun mereka tetap terima keputusan Eunsuh. begitu juga halnya terhadap Joonsuh, amat susah untuk menerima ShinAe menggantikan Eunsuh dalam hatinya. untuk melupakan saat kesedihan itu keluarga Yoon mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara.
scene ni sedih yang teramat T.T |
Apa yang aku ingin highlight kan disini.. kisah Eunsuh dan Joonsuh setelah mereka berpisah
Sejak kecil Eunsuh dan Joonsuh saling menyayangi. sehingga tanpa mereka sedari perasaan sayang itu melebihi segalanya. perpisahan antara mereka memberi seribu kedukaan dalam hati dua adik beradik susuan ini. Eunsuh sering merindui abangnya juga kedua ibubapanya tetapi kerinduan terhadap abangnya melebihi segalanya. tidak pernah sekalipun hari-harinya tidak merindui abangnya sehinggalah dia menginjak usia dewasa. dan disepanjang kerinduan itu tanpa dia sedari perasaan sayang tersebut sebenarnya telah membuahkan perasaan cinta. takdir menentukan pertemuan antara adik beradik susuan ini. airmata kerinduan diluahkan semahunya. amat rumit sekali untuk menjelaskan status hubungan mereka kepada yang bertanya. maka apa yang mudah, gelaran adik sepupu itulah yang paling mudah. status tunangan orang, itulah yang di pegang oleh Joonsuh. perasaan gembira dengan pertemuan itu melampaui kekecewaan Eunsuh terhadap status abangnya. oleh kerana dengan masalah yang dihadapi oleh Eunsuh, dia tinggal bersama dengan abangnya. hari-hari mereka begitu indah sama seperti dahulu namun perasaan sayang tersebut semakin matang. sedar akan perasaan tersebut, Eunsuh mengutuskan surat meluahkan apa yang dia rasakan. bagi Joonsuh, perasaan itu telah lama hadir dalam hatinya. sejak awal remaja lagi dia sudah menganggap bahawa Eunsuh adalah wanita hatinya namun dia hanya mampu pendamkan kerana halangan keluarga pastinya tidak merestui. tetapi setelah surat itu berada dalam genggamannya dia tekad untuk mengikut kata hati yang telah lama dipendam.. maka mereka dengan perasaan separuh rela mengetepikan soal keluarga. berhari-hari mereka mengutamakan perasaan mereka. namun sebagai anak yang masih sayangkan kedua ibubapa, mereka terpaksa akur dan andai itu yang terbaik untuk semua maka mereka rela walaupun ia amat sakit untuk ditelan. tiada siapa yang dapat memahami apa yang ada dalam hati mereka.
okey.. inilah apa yang aku ingin ketengahkan. perasaan yang terlalu sayang antara abang dan adik tanpa disedari sebenarnya telah merubah sayang itu kepada cinta. dalam cerita ni, scene dimana tunang dan kawan baek Jonsuh bertanyakan hubungan antara mereka.. aku sangat tenggelam dengan emosi mereka.. dalam hati aku.. kalaupun mereka beritahu dari A sampai Z pastinya susah untuk orang laen memahami bagaimana wujudnya perasaan cinta tersebut sedangkan mereka pada awalnya hanya adik beradik.
Seorang kawan aku pernah cakap.. dia tak dapat merasai kisah cinta terlarang ni.. apa yang dia rasa adalah geli---> -.-' aku punyalah feeling habis2an boleh pulak dia cakap geli.. yelaa.. kalau kau bayangkan keadaan kau dengan abang kau memang laa.. aku pon nauzubillah.. memang tak la aku nak bayangkan cam tu.. grrrrr..
Tapi aku ada kawan baik yang pernah dalam keadaan macam ni.. serius aku terkejut.. dalam hati ' biar betul dia ni suka dengan abang dia' semuanya bermula sebab abang dia menjadi penyelamat tym dia kena buli..tym tu dia skolah rendah.. tapi.. lepas dengar penjelasan dia.. dan aku tengok keadaan hubungan diorang ni tak macam adik beradik laen yang gadoh2.. diorang pon jarang bercakap sebenarnya.. huhuu sangat kontra dengan keadaan aku dan abang2 aku.. aku boleh faham perasaan dia.. tapi pada masa sama aku ingatkan yang perasaan tu tak betul.. dia pon tahu.. tym tu kitaorang form 5.. dan aku tahu keadaan tu berterusan sehingga dia masuk poli. dia pernah cakap dengan aku.. dia akan terima lelaki laen dalam hidup dia kalau lelaki tu boleh buat dia jatuh cinta tanpa dia membuat perbandingan lelaki tersebut dengan abangnya.. masa di poli dia pernah bagitau ada lelaki yang cuba menarik perhatian dia.. tapi tak di layan.. ekceli dia tak bagitau pon sebabnya tapi aku sendiri dapat rasa sebab2 penolakan tersebut.. huhu.. tapi alhamdulillah sekarang dah okey.. sebab abang dia sudah berpunya.. dan mungkin dari situlah Allah menghilangkan perasaan terlarang tu..
Aku tak tau la boleh sampai ke tak apa yang cuba aku ketengahkan dalam entri ni.. kalau sapa2 yang susah nak faham PERASAAN yang aku highlight kan tu.. try la tengok drama tu.. dah berabad dah drama tu.. ermm okey.. chow cin chow dulu~ tidoq tidooqq~ ZzzzZzZz
Ps: errkkk!! pelik benar ayat penulisan aku ni.. memang tak da bakat langsung.. hukhukhuk.. sebab tu la aku tak teruskan niat aku nak jadi penulis.. sebab aku tak reti macamna nak sampaikan apa yang aku nak sampaikan.. hohooo..T.T