Monday, 22 December 2014

Korea Dari Kaca Mataku - Part 2

Assalamualaikum~

Aku tak suka post aku panjang berjela2 sebab tu aku cut.. huhuu

Sebelum aku nak bagi pendapat aku.. aku nak bagitau aku komen bukan sebab aku tak minat.. tapi sebab minat tu la aku duk layannn sampai sekarang.. (kalau dulu 12 jam masa tuk Youtube, hardisk aku lebih banyak sal Korea dari Melayu -> ayat tak sedar diri)

Pada mulanya aku angau dengan Korea ni.. semua yang tak baik orang cakap mesti aku akan sakit hati kadang-kadang melenting! (hambuiihh macam la diorang ni perfect) benda mula2 yang aku sakit hati bila kawan aku cakap

"eh korea artis banyak yang buat plastic surgery kan??"

tym ak dengar ni.. menyirap tol darah aku.. ekceli tym tuh aku minat TVXQ so ak sangkakan dia nak cakap TVXQ ni buat pembedahan muka.. memang naik lah darah aku. ekceli ramai anti fan diorang pon cakap macam tu.. tapi dah dibuktikan yang diorang ni asli.. hahaa..

Tapi memang benar pon.. kebanyakan memang buat muka jadi good looking.. ubah mata la hidung laa.. dua benda ni common. bukan tu je.. Artis korea ni akan buat apa sahaja tuk syarikat rakaman+peminat2... dan apa yang diorang buat tu?? sila baca kat bawah


Kenapa diorang buat macam tu???  

Sebab budaya mereka yang inginkan luaran yang perfect!.. budaya diorang juga suka menerima pujian.. dan juga budaya mereka ni agak peramah(??) haha.. peramah ni maksud aku.. even orang tu stranger diorang akan tegur terutamanya golongan makcik2 ni (ahjummah) contohnya " eh nak~ hensemnya/cantiknya muka kamu" perkara2 yang pelik bagi mereka juga akan ditegur atau di umpat.. samaada ianya buruk atau pon tidak.. scene ni selalu ada dalam cerita2.. mula2 aku ingatkan diorag saje buat macam tu tapi rupanya betol.. (sumber: rancangan Hello Counselor)

So.. sebab tu la sapa2 yang nak jadi artis ni korea ni mesti ada rupa.. bakat belakang kira.. sebab sebelum jadi artis diorang akan di training kan.. -> perkataan sesuka hati -.-' .. that why la kenapa diorang ni nampak perfect kat depan camera sebab tym training pon diorang di ajar dan belajar dari senior2 diorang macamna nak berlagak macho, cute, whatever depan camera..

lagi satu budaya diorang ni berlumba2 ambek perhatian.. kalau korang nampak diorang ni sweet giler kat depan camera tu nak market lebih lah tuh..(well..dah namapon artis kann) dan itu juga salah satu cara nak balas jasa peminat2..

hari tu aku ada nampak satu topic ni.. aku tak ingat tajuk tapi isi dia ala2 camni "kenapa artis korea suka pakai seksi2 tapi pada masa yang sama diorang berusaha nak menutup keseksian mereka" hahaa lawak sehh.. ada orang komen bunyik dia camni "dah tau malu tapi nak juga pakai cam tu".. hurmm.. well ekceli ada banyak sebab kenapa diorang buat camtu.. antaranya sebab manager/ pihak atasan yang suruh. diorang ni kalau nak tau dikuasai oleh orang2 atas diorang kalau dalam drama slalunya artis tu yang demand lebih dan manager yang jadi kuli, cerita camni sangat cliche dan rasanya tak/kurang berlaku kalangan artis korea(K-pop, yang laen tak tau). manager diorang lebih berkuasa berbanding dengan kehendak mereka (memang still free, tak kene ikat kaki pon tapi diorang kene tanya dulu manager sebelum buat bende2 yang luar dari schedule diorang.. okey semakin merepek.. aku just nak cakap diorang pakai seksi maybe manager diorang yang suruh supaya reporter2 boleh ambek gamba aset2 mereka (bunyik macam menjual tapi begitulah.. tak kira lelaki atau perempuan). kalau tak pon diorang yang nak tunjuk pada mulanya tetapi menjadi malu2 kucheng bila menjadi perhatian ramai.. mungkin juga diorang nak reporter2 ni komen/puji aset2 mereka.



Scene YunJae couple dalam drama pendek.. 1st tym tengok aku pon meroyan (geli+lawak+sweet)


1 bende lagi, kalau sapa2 yang fan K-pop mesti korang tau pasal couple2 ni.. lebih kepada couple dalam group tu juga.. contohnya dalam group TVXQ couple yang paling daboom! YunJae couple = Yunho(leader)+Jaejoong.. aku rasa antara semua couple2 dalam K-pop ni diorang la paling legend dan paling femes. couple2 ni semua ekceli wujud sebab peminat yang kenen2 kan.. tapi asalnya juga sebab peminat selalu nampak scene2 yang sweet2/keintiman antara member2 group sebab tu la wujudnya bermacam2 couple ni.. dan disebabkan ada respond2 yang macam ni jugak lah bertambah lah aksi diorang yang kadang2 kita tengok macam betul2 diorang ni ada apa2.. saje je tu nak bagi angau kat peminat2.. -.-'

Kumpulan Vixx N(Hakyeon)+Leo
Kumpulan BAP Daehyun+Youngjae

Kumpulan BTOB Eunkwang+Minhyuk

Banyak2 bende aku cakap kat atas gamba pasal couple2 juga yang aku upload.. hakhakhak.. sebab gamba ni ada dalam simpanan aku.. aku kurang rajin nak search bende2 laen.. ngeee~

Aku rasa banyak bende lagi yang aku nak story dalam entri ni tapi cam malass.. hohoo.. 

Ps: ekceli enri ni aku dah buat tym part1 tu lagi tapi stop kat tengah2 sebab tak dop idea.. sekarang ni pulak mencanak2 idea.. tapi malass laa..--> what thee heck -.-'

No comments:

Post a Comment

Respond Me ^0^